bila hatiku berbicara

AURAT WANITA

Posted on: September 4, 2008

(AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI)

1. Bulu kening- Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)-“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian- “Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada- “Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. “An-Nur : 31

5. Gigi- “Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. “Riwayat At-Thabrani, “Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan- “Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan- “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”. Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata- “Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.” An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)- “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” Al Ahzab: 32. Sabda SAW, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan- “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. ” An Nur : 31.”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” Riwayat Al Bazzar. “Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian- “Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Al Ahzab : 59.

12. Rambut- “Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Advertisements

8 Respons to "AURAT WANITA"

Apa susahnya nak balik kampung, kalau bas ekspress dah tak ada naik aje ‘bas lompat’. Kalau nak ke utara tu lompat le dari Selangor ke perak, ke Pulau Pinang, lompat ke Kedah.

nak melompat macam mana kucing hitam oii kalau tuan sendiripun nak melompatpun tak boleh…kucing hitam nak bagi saya tumpang balik ke hehehe gurau aje…….

sekarang ni sikit sangat manusia yang ikut peraturan……

erm itulah jadinya sekarang….

ramai yang tahu suma nie…tapi sengaja lah tue tak nak buat pa yg wajib…mungkin hati tak dapat nak rasa dosa yg bertimbun…

erm itulah opi..rasaya ibu bapa memainkan peranan penting dlm soal ini…pokok pangkalnya terletak kpd iman seseorang…sy teringat masa duk kat rawang dulu…duk berjiran dgn org2 rufaqa..dgn kata lain arqam..anak2 depa ni semenjak bayi lagi di biasakan dgn bertudung dan berkopiah…bila anak tu berusia dua tahunpun tak mau kuar rumah kalau tak bertudung……….kalau bab tu sy mmg kagum dgn diorang..aurat mrk jaga sungguh….

assalammualaikum…..sesungguhnya manusia sekarang lebih suka membuka aurat mereka berbanding menutupnya,,,,,, yang paling teruk mereka berbangga dengan kejahilan yang mereka sendiri lakukan… wahi kawan222 ku sesunguh manusia perlu berubah demi menjadi seorang umat allah yang mulia dan seorang insan yang terpelihra iman dan takwanya…. dan saya memohon kepada warga lelaki 22222 diluar sana jangan lah anda terlau abses melihat aurat wanita sesungguhnya itu adlah dosa yang boleh membawa diri anda kearah kemaksiatan… adalah lebih baik anda membawa wanita yang tidak munutup aurat itu kearah lebih baik…. sesungguhnya allh sedang menguji seseorang lelaki itu sama da iman nya kuat atau tidak…… sekali lagi saya memohon kepada lelaki diluar sana bawalah wanita yang anda sayangi kearah yang boleh memperlihat wanita islam adalah wanita yang terbaik disisi allah…… sekian wassalam

waalaikumusalam

kekadang sy sendiripun merasa sedih..sy ada kawan baik..mak dia tutup kepala..tp anak dia tak..sy tak tegur tp sy kasi dia tudung..tp dia tak pakai sampai la ni.emak diapun tak marah anak dia pakai baju sendat n suar jin ketat…kalau ktia tegur nanti apa kata emak dia….tu lah kan anak org…biarpun kawan sendiri….kalau anak kita sendiripun belum tentu nak ikut cakap kita…apa2pun moga di beri hidayah utk kita dan semua……….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

September 2008
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: