bila hatiku berbicara

Aidilfitri bukan untuk berpesta-pestaan

Posted on: Oktober 17, 2008

Dato’ Dr Haron Din
Tue | Oct 14, 08 | 4:40:09 pm MYT
SOALAN: Aidilfitri merupakan suatu pesta besar, dinanti-nantikan untuk dihayati sepenuh jiwa raga oleh umat Islam sama ada yang berpuasa atau tidak. Mereka sanggup berbelanja besar membuat rumah terbuka, dengan pelbagai ragam seperti yang dapat kita lihat hari ini. Soalan saya, betulkah amalan sebegini, atau apakah pandangan Dato’ mengenai cara perayaan yang sebenar menurut Islam? – Mohd Fitri Aziz, Pulau Pinang

Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri, disambut setelah umat Islam menjalani ibadah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan.

Puasa merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Apabila selesai berpuasa, bermakna, kita menyelesaikan satu rukun.

Oleh kerana itu adalah wajar bagi mereka yang berjaya menunaikan rukun itu, berhari raya atau bergembira kerana berjaya menunai perintah Allah.

Tujuan kegembiraan dipamerkan adalah untuk mensyukuri nikmat Allah selepas ibadah sempurna dilakukan.

Hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Ramadan pada awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan pada akhirnya bebas daripada api neraka.”

Bagi orang yang mendapat ketiga-tiga itu, apakah dia tidak mahu menyambutnya dengan perasaan gembira sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah SWT.

Bagi mengisi cara perayaan tersebut, syarak menggariskan beberapa panduan tertentu antaranya:

1. Diharamkan berpuasa pada hari raya – Ertinya kita harus menjamu selera. Sebaik-baiknya persediaan untuk menjamu selera itu mestilah munasabah dan tidak membebankan.

2. Berpakaian bersih, kemas dan menarik, termasuk berpakaian baru.

3. Pada pagi hari menuju ke tempat solat hari raya – sebaik-baiknya di tanah lapang jika keadaan mengizinkan kerana hendak memberi peluang kepada yang uzur, dapat bersama mengikuti khutbah raya.

4. Bertakbir dengan takbir yang disyariatkan – bermula terbenam matahari pada akhir Ramadan, masuk ke bulan Syawal sehingga selesai khutbah Aidilfitri.

5. Mendengar khutbah di samping bersembahyang hari raya.

6. Bermaaf-maafan, ziarah menziarahi, mengukuhkan silaturahim.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w bersabda (mafhumnya): “Apabila berlaku Hari Raya Fitrah, malaikat-malaikat turun ke bumi, berbaris di jalan-jalan orang yang hendak pergi ke tempat solat, sambil menyeru mereka dengan suara yang didengari oleh semua makhluk, kecuali jin dan manusia, dengan kata-kata “wahai umat Muhammad, ayuh beramai-ramai kepada keredaan Allah, Tuhan yang Maha Mulia, Tuhan yang memberi anugerah yang amat banyak dan yang mengampun dosa-dosa yang banyak.”

Apabila mereka berada di tempat solat dan menunaikan solat serta mendengar khutbah, maka Allah berfirman kepada malaikat-malaikat tadi, “Tahukah kamu apakah balasan Aku kepada semua mereka itu?” Malaikat menjawab, “Allah sahajalah yang Maha Mengetahui dan akan membalas apa sahaja amal-amal ibadah mereka.” Allah menjawab lagi, “Aku bersaksikan kamu, bahawa Aku akan membalas amalan puasa mereka, sembahyang malam mereka dan solat mereka pada hari ini, dengan keredaan-Ku dan keampunan-Ku kepada dosa-dosa mereka.” (Riwayat Ibnu Abbas r.a)

Dalam Kitab Durratun Nasihin, halaman 80 dibawa suatu hadis Nabi s.a.w bersabda (mafhumnya): “Pada hari raya berbanyak-banyaklah bersedekah dan lakukan perkara-perkara yang mendatangkan kebajikan serta pahala, perbanyakkan memuji Allah, mengagungkan Allah dan bersungguh-sungguh mentaati-Nya kerana pada hari itu Allah akan ampunkan dosa manusiayang berpuasa dan menyambut hari raya dan dibalas dengan syurga Allah.”

Kaab bin Munabbih menceritakan, pada hari raya, raja iblis amat murung dan amat dukacita, anak-anak buah dan kuncu-kuncunya berkumpul beramai-ramai dan bertanya kepada raja mereka, siapakah yang menyebabkan dia berdukacita, segeralah beritahu agar mereka bertindak menghapuskannya.

Maka jawab raja iblis, “Tidak bukannya orang yang mendukacitakan aku, tetapi Allah, Allah yang memberi keampunan kepada dosa yang telah kita usahakan mereka berdosa.”

“Jika begitu apa kita perlu lakukan?” tanya anak-anak iblis.

Jawabnya, “Mestilah kamu bertindak memalingkan manusia daripada keredaan Allah, hanyutkan mereka dengan nafsu syahwat, biar mereka menjamu selera sehingga melanggar hukum Allah, hasutkan sehingga mereka melakukan perkara yang diharamkan, ajak mereka berhibur dengan hiburan yang melalaikan, suruh mereka minum dan makan yang ditegah oleh Allah, biar mereka dimurkai semula oleh Allah.”

Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w bersabda dalam suatu hadis yang mafhumnya: “Syurga amat merindui kepada empat kategori insan untuk memasukinya. Pertama, yang membaca al-Quran. Kedua, yang menjaga lidah daripada bertutur yang tidak baik. Ketiga, yang memberi makan orang yang lapar (terutamanya untuk berbuka puasa) dan keempat, yang berpuasa sepenuhnya pada bulan Ramadan.”

Sehubungan itu umat Islam semuanya henaklah berteraskan hal-hal daripada garis panduan yang saya nyatakan seperti di atas. Wallahua’lam. – lanh _

Advertisements

11 Respons to "Aidilfitri bukan untuk berpesta-pestaan"

salam,

masih beraya ke ??
Jika kita mengambil agama dalam apa saja tindakan InsyaAllah pasti mendapat pimpinan….hari raya adalah hari kemenangan, maka tidak salah melahirkan kegembiraan di atas kemenangan…cuma bagaimana rasa gembira itu dizahirkan Islam telah kemukakan garis panduan.Kita perlu tepuk dada tanya iman …..
dalam zaman sekarang di mana ilmu mudah dan cepat disampaikan, masih ramai yang jahil tentang sambutan hari raya yg dibenarkan dalam Islam…maka jadilah sambutan raya masih sama dan bergelumang dengan kemaksiatan seperti sambutan raya tahun-tahun yang sudah. Bagi yang sudah mendapat penjernihan….inilah masanya utk kita berubah !

salam ummuhanah..kita dah tak ry..masa kita kecik2 dulu raya tak sebulan .kita raya kalu ada org datang..je.kita bermaafan..dan menjamu apa yg ada…

hari raya hari kemenangan utk umat islam yg berpuasa…ya tak salah bergembira..ttp kena ingat hari ry bukan di campur aduk dengan maksiat.

Camne ummuhana raya kat SP?tentu seronokkan..sbb sy balik kat aluq staqpun sonok dapat jumpa mak menakan dan sepupu sepapat…meriah sangat…

cukup cukup lah raya setakat tiga empat hari je. makin teruk rasanya trend raya sebulan ni. nak puasa enam pun susah. nak memenuhi tuntutan menyahut jemputan yang terlalu banyak pun susah. nak memenuhi tuntutan dalam menerima tetamu pun jadi susah. nak kembali berjemaah magrib isya pun sedikit sebanyak susah.

kalau banyak susah dari senang.. raya apa ke benda namanya ???

ish marah la pulak sudahnya ..

akak, biler nak buat open house nih..

heheheh jeff tu lah trend zaman lani..dah bulan ramadhan makan..bulan syawal apa lagi..dulu masa akak kecik2 raya dua tiga hari je..pastu emak ngan ayah posa enam..raya enam…tu aje raya…

open house sana sini…

hehehe en me bagi akak kalu ada org datang akak masak n itulah open house kat umah akak…nak datang ke? raya ada dua hari lagi nih kekekeke…………

iman….bila nak update entri ni…syawal dah abis….tak sabar tunggu entri baru ni…hehehe

salam ummuhanah…kita tak tau nak tulis apa..apa lagi sejak akhir2 ni kita tak berapa sihat..kalau sudi pergilah kat blogspot kita…

Okey negara manakah dlm dunia raya sampai sebulan.. Hmm takde negara lain dah melainkan Malaysia. Itulah adat Melayu. Sudah jadi hantu raya. Bangsa lain semua raya sehari dua saja.. Tengok org Arab. Diorang raya sehari je. Raya kedua diorang puasa enam. Kalau pagi Syawal lepas semayang sunat Aidilfitri, diorang balik rumah kendian tidur. Tapi kalau kita, … Hmm… Sorry naik lori you !! Lepas balik semayang tu kira nak berjalan dah !!

Seperkara lagi, orang Arab sambut hari raya berbeza sama sekali dgn cara kita. Malah, sambutan bulan Ramadhan lebih meriah dari sambutan Syawal. Tapi negara kita sebaliknya pula.. Mau taknye.. Mereka begitu menghayati ganjaran pahala di bulan Ramadhan. Mereka prihatin dan takmau lepas peluang merebut pahala. Ibadat yg mereka buat bagaikan satu pesta. Berbeza sekali dengan kita. Pesta kita bukanlah ‘pesta ibadat’ tetapi ‘pesta pulau pinang’ ( tengah hangat sekarang ). Hahaha. Teruk betol. Kita menyambut Ramadhan dengan rasa letih dan tak bermaya. Nak berqiamullail tu jauh sekalilah. Jangan harap ! Kita langsung tak ambil peduli tentang ganjaran pahala Ramadhan. Bodoh betul kita kan akak Nuriman?? ( bukan akak, tapi orang lain )

salam aidiladha…dah raya korban dah ahmad zafir…raya korban kat mana tahun ni?

Salam Aidiladha kepada akak jugak. Saya raya kat Bayan Baru, Penang. Saya pun orang Penang. Umah saya kat Kepala Batas, Seberang Perai. Heh hu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Oktober 2008
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 835,525 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: