bila hatiku berbicara

Sajak Kematian

Posted on: November 11, 2008

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video ’Sajak Kematian’ di sekolah-sekolah, seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video ’Sajak Kematian’ di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda. “Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini. Laporan media sebelum ini memaparkan penggunaan klip video ’Sajak Kematian’ di sekolah, yang antara lain memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.

P/s Pasal apa tak setuju pulak, budak-budak zaman sekarang bukannya zaman kita dahulu. Budak-budak zaman sekarang “benda lain”pun dia dah tahu biarpun umur muda inikan pula Sajak Kematian. Bukankah ini dapat menginsafkan budak-budak agar tidak melakukan perbuatan yang tidak di redhai oleh Allah s.w.t. Mungkin juga diarang akan mengingatkan kembali apa yang diorang tonton dari itu mereka takut untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang di larang kerana mereka takut akan siksaan Allah. Tu pun kalau yang masih ingat………..tetapi manalah tahu kalau ada juga yang terkesan di hati mereka.

Atiqah Rahman / Orkes Nur El Suraya

Selimut Putih


Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
( 2X )

( 2 )
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
( 2X )
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
( 2X )

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung
( 2X )

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
( 2X )

( ulang 2 )…

Kita semua faham kita semua akan mati, kehidupan dialam barzakh ada diceritakan di dalam Al-Quran, juga ada buku yang menerbitkan kisah kehidupan selepas kematian.

Takutkah ibubapa jika anak2 mula berubah daripada melawan, meninggikan suara dengan ibubapa?, Sukakah atau pelikkah ibubapa jika anak2 bangun seawal pagi menunaikan solat subuh jika sebelum ini mereka liat bangun ?. Sedihkah ibubapa jika anak2 tiba2 berubah menurut segala kata2 ibubapa dan guru2 ?. Marahkah ibubapa bilamana tiba2 anak2 membuang segala cd2 melalaikan dan melagukan irama nashid dan qasidah ?. Tidak bersyukurkah ibubapa melihat perubahan anak2 sebeginirupa ?.

Sedarlah semua yang mengaku umat islam muslim, dewasa ini maksiat berleluasa tanpa mengira umur. Dulu ada kisah mengemparkan dimana budak2 kecil melakukan maksiat. Tidakkah ini suatu yang dahsyat ?. Pelik bin ajaib jika ada pihak yang menentang namun masih boleh dipertimbangkan agar kanak2 lebih dari 10 tahun ke atas sahaja kerna ada kanak2 belum dapat menerima keadaan sebegini.

Dalam konteks politik, adalah sewajarnya Sajak Kematian ini dipentaskan atau ditayangkan videonya disidang parlimen dan sidang dewan rakyat serta di sidang dewan negeri bagi menginsafkan ketua2 pemimpin politik yang bertelagah, lalai menjalankan kewajiban kepada marhaen, gila kuasa dan pangkat dan bernafsu kepada dunia agar mereka ini insaf bahawa pangkat, kuasa dan uang tidak akan dapat di bawa kedalam kubur.

Wajib ke atas mereka agar mereka lebih menghayati dan menghormati erti kematian, erti zuhud dunia dan keadilan kepada semua. Kembangkanlah Sajak Kematian ini kepada semua orang Islam samada yang kecil atau besar, yang tua dan yang muda, yang lelaki dan perempuan dan kalau boleh kepada semua agama yang mempercayai kehidupan selepas mati.

Nekadislam; Lebih baik daripada tengok budak2 dan makbudak ternginja2, menari2 dan bersorak sakan dalam Macam-Macam Aznil serta Anak-AnakKu.

p/s ni dari tranungkite saya copy….bukan untuk orang lain untuk saya jugak…mohon izin kepada penulisnya…….

p/s hanya orang yang tertentu sahaja yang takut dan kecoh bagai nak kiamat bila mendengar sajak kematian dan apa yang di tonton. Padahal bila kita hayati betapa insafnya kita…dan betapa kerdilnya kita…dan betapa banyaknya dosa kita. Kenapa tidak di kecoh bila di steyen tv menyiarkan cerita-cerita seram yang merapu meraban entah apa-apa tu. Mudahan-mudahan apa yang di siar dan di tonton ini akan mendapat keinsafan di jiwa kita dan anak-anak kita yang bakal mewarisi generasi akan datang dengan pegangan islam yang sebenarnya………….

kecoh dan kecoh apa-apa ajelah..hinggakan anak bilis ke bapak jerung…..tak faham saya…………


Advertisements

12 Respons to "Sajak Kematian"

Ramai budak tak suka subjek sejarah adalah salah satu kerana cara penyampaian yang membosankan….tiada slide².

budak2 sekarang tak suka cikgu mengajar berdiri tegak kat depan..pok pek pok pek..dia suka sesuatu yg advance setanding kemajuan teknologi zaman mereka

Yang bantah tu menafikan pendidikan Islam untuk anak-anak. Dan mereka sendiri tidak mahu mengakui hakikat kematian dan seksaan-seksaan yang bakal diterima.

Mungkin juga tiada jawapan jika si anak bertanya itu ini tentang alam barzakh.

hmmmm….

Kak jie saya dulu kalau guru mengajar sejarah sy pasti mengantuk..tp sy suka gak baca buku sejarah…

Bayan

InsyaAllah ada jawapannya kalau si anak bertanya…terangkan lah apa yang kita tahu dan dengar melalui kuliah2 dan ceramah dalam cd dan kaset..ttp biarlah anak tu faham………sbb tu lah sy suka sangat dengan penceramah Ustaz Ahmad Ismail dari Singapura..terkesan di hati….boleh menitis air mata…….

n satu lagi bukan hanya untuk kanak2 yg darjah 1-2 aje rasanya 1-6pun boleh…sek menengah juga……..IPTpun lagilah bolehnya………….

sayapun sebenarnya sangat setuju jika tayangan tersebut dutunjukkan pada2 anak saya. saya lagi suka. Kita ni ibu bekerja..kadang2 sempat…kadang tak sempat nak bercerita tentang kejadian-kejadian dan balasan yang kita akan dapat kalau sesuatu perkara yg di larang itu dilakukan.

bagus juga bila ada mata pelajaran yang mengetangahkan isu agama macam ni. Sekurang-kurangnya dah terlekat di dalam minda diorang apa yg salah dan apa yang betul. Kalau salah…begini…begini…kita kena siksa…anak saya yg 5 tahun..walaupun tak tengok lagi CD sajak kematian tu..cuma tengok dalam ceritapun dah…berubah. Siap pesan..bila mama nak sembahyang..ajak kak long nak sekali. Padahal sebelum..kalau kita ajak solat ada shj jawapannya..kejap lagilah! lepas abis cerita nilah!

hi akak ittewww.. selamat berweekends ..

salam sayang kak iman.. dah lama x jenguk blog akak..

hehehe… terbaca topik akak ni terus plak teringat show ‘bersama aznil’ cian gak tgok budak2 kecek molek tapi dah biasa guna ‘bahasa kasar’…. budak2 di ajar menari stail syakirah mubarak yang goyang semua badan ala2 tarian tenggo tuh.. cian anak2 zaman akhir ni… ni lah yg dinamakan melentur puluh biarlah dari rebungnya… ibabapa jugak yg bertgjwb mencorakkan anak2 kecek itu… ibarat mencorakkan di atas kain warna putih… kalo didikan baik, maka warna putih akan kekal atas kain tu tp kalo didikan x sempurnah, bertukar la warna putih kepada warna hitam…

itulah generasi bakal jadi pemimpin akan datang.. siap2 pengganti penari tenggo plak… nauzubillah…

..selamat berhari minggu gak utk en me…….

salam kangan utk Sue…show bersama aznil…kekadang akak layan gak bila jom borak tu…mmg cerdik bebudak tu…tp kesian bila generasi masa kini terlalu sangat di hidangkan dgn hiburan yg melampau……..kesian bebudak…tak salah berhibur…tp kalau terlalu banyak sangat berhibur adalah tak molek …ada mak bapak bangga kalau anak depa pandai menari dan menyanyi…tp tak berapa kisah kalau anak tak reti mengaji dan bersolat…ada setengah org macam tu….masa akak duk kat bch ada mak pak suruh mengajar anak diorang mengaji.umur 15pun tak tahu mengaji lagi..akak kesian sangat………nauzubillah……semoga anak ini akan memperolehi hidayah……..

aku bukan terlalu baik……..ttp semoga hati ini cenderung kearah kebaikan………

Aku setuju dengan apa yang awak cakap tu. Kita dok kaj itu boleh dan ini tak boleh dari segi psikologi.. tapi rancangan yang rosak akhlak tak bising pulak…

eh criter apa kat tv3 sekarang…tajuk niyang rapik ke apa…best ke?seram ke?macam hantu plastik ajer…kalau ambik hantu betui jadi pelakonkan best lagi ganaih hehehe…sy rasa kali terakhir sy tengok criter seram yg ada pelakon dynas dan kazar…pastu sy dah tak tengok….sbb sy kesian sangat tengok rupa hantu macam………..hantu plastik…criter..congkak le …semuanya hampeh laaa….seram sangat ke?sbb tu lah anak2 tengokpun tak takut……….

sama pendapat dengan saya

salam pak ndak…sama ek?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

November 2008
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: