bila hatiku berbicara

Sanggup dicerai demi pengkid

Posted on: November 17, 2008

KUALA LUMPUR – Seorang isteri sanggup meninggalkan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan dan seorang anak perempuannya semata-mata mengikuti pengkid yang menyerupai penyanyi lelaki pujaannya.

Isteri itu yang bekerja di institusi kewangan dan menjadi model sambilan dikatakan mula menjalin hubungan ‘cinta songsang’ dengan pengkid tersebut yang juga merupakan teman sekerjanya sejak penghujung 2005.

Bermula dengan hanya meminati wajah ‘tampan’ yang dimiliki pengkid berkenaan yang dikenali dengan Boy, Azni (bukan nama sebenar) yang merupakan model bertudung lantas jatuh hati dan cuba untuk mendekatinya.

Perkenalan itu akhirnya membuatkan mereka berdua rapat dan menjalin hubungan ‘cinta songsang’ secara senyap-senyap tanpa pengetahuan suami, keluarga dan rakan-rakan.

Menurut Azni, tindakannya itu menyebabkan rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu musnah.

Bercerita lanjut, Azni memberitahu, pada awal perhubungan dengan Boy, suaminya (Azim – bukan nama sebenar) tidak mengesyaki apa-apa meskipun beliau selalu pulang lewat.

Bukan sahaja pulang lewat tetapi Azni semakin lama mengabaikan anaknya dan tidak mempedulikan rumah tangganya.

“Suami hanya fikir saya sibuk dengan kerja sebagai model sambilan tanpa mengetahui sebenarnya telah curang bersama seorang pengkid,” katanya.

Namun, kisah percintaan songsang itu akhirnya sampai juga ke pengetahuan Azim yang mengetahui perkara itu melalui rakan sekerja Azni dan juga anaknya sendiri.

“Azim betul-betul terkejut apabila anak saya bercerita tentang saya bersama Boy di atas katil dan rakannya pula bercerita tentang keakraban saya dengan pengkid itu.

Setelah tidak menemui jalan penyelesaian meskipun telah merujuk ke pejabat agama, Azim akhirnya terpaksa melepaskan isterinya ke tangan seorang pengkid pada penghujung 2006.

Sehingga kini, Azni dikatakan masih berhubungan dengan Boy.

~Macam-macam ada sekarang ni, pompuan nak jadi lelaki, lelaki nak jagi pompuan. Alahai apa le nak jadi…dunia dah akhir zaman gamaknya, masing-masing dah tak rasa bersyukur apa yang di anugerahkan Allah s.w.t. Apa kata anda?

Advertisements

23 Respons to "Sanggup dicerai demi pengkid"

saya berkata:
apa pengkid tu boleh tlg dia masuk syurga ker apa?..
penat mak bapak antar gi sekolah..
sedeh..

fatwa dah kata pengkid tu haram, actually, tanpa fatwa pun kita tau hukum hakam agama pengkid tu bertentangan dengan fitrah normal manusia.

budak kampung….

dia dah jauh…tetapi harapnya diorang akan insaflah akan kesalahan mrk…kembali ke pangkal jln..yg sedih seorang ibu sanggup tinggalkan anak dan suami demi pengkid..kesian…….nauzubillah……….

haniey…

depa bukannya nak pk soal halal dan haram…kekadang depa tau itu dosa….tp nak buat jugak…hrp adalah phak tertentu yg menarik golongan ini….agar kembali kepangkal jln…

Assalamu’alaikum Wr. Wb.

salam perkenalan
dari Jawa

160:Kaum Luth telah mendustakan Rasul- Rasul

165:Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia,
166:Dan kamu tinggalkan isteri- isteri yang dijadikan Tuhan untukmu, bahkan kamu adalah orang yang melampaui batas. (As Syura)

nuriman…salam kunjungan…lama tak datang ‘rumah’ saya…hehe…

rosaknya masyarakat kita sekarang….tugas syaitan memang mendorong kita kepada kejahatan…..asal wanita yang sudah sempurna…bersuami dan memiliki anak …tetiba digoda syaitan hingga terjebak dlm cinta dgn penkid…teruknya kecenderungan manusia jika tidak dipimpin agama….

terbaru….Raja Azmi ( isteri jelani sidek) akan menghasilkan filem berjudul ‘anu dalam botol’ yang berlatarbelakangkan kehidupan pasangan homoseksual….masyaAllah, menakutkan….walaupun dia berkata filem tu nak membawa mesej memberi kesedaran ttg keburukan gejala homoseksual ni….saya bimbang…mesejnya tak sampai, tapi yang lebih-lebih ialah adegan kotor yang dipamerkan itu yg buat orang lagi seronok nak cuba….

slm ummuhanah….

maaf ya lama tak ke rumah ummuhanah hehehe…bukan rumah ummuhanah aje….umah org lain gak…entah mai angin malas nak gi bertandang…n tak berapa reti nak bagi komen lah pulok………..

laaaa yer ke…hisy….apa ke faedahnya tu….takdak ke crite lain yg nak di ilhamkan……

pak ndak…….

terima kasih ya….

salam krisna

selamat berkenalan jugak dr sy……

Majlis Ilmu Di Masjid Baitul Aman

Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:
Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
Hari Sabtu 20 Dec 2008 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
Hari Ahad 21 Dec 2008 mulai Solat Maghribhuraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
http://pondokhabib.wordpress.com

en me la ni duk kolompo tang mana?

Hmmm…Cinta yang Terlarang. 😦

Dunia ini panggung sandiwara. Ceritanya mudah berubah…
Ada peran wajar… dan ada peran berpura-pura…
Mengapa kita…bersandiwara… Mengapa kita bersandiwara…

Greetings from Indonesia,
Wuryanano 🙂

macam-macam org zaman skrg ni… dah ada suami dan anak pn masih lagi nk cari masalah

salam akak……citer pasal penkid ni….kiter ade sorang kawan yg telah tetipu dgn makhluk jenis ni…..dia tak tau pun makhluk jenis ni pompuan sebab seluruh family makhluk ni sembunyikan identiti dia….dengan alasan depa dah tak boleh nak ubah dah makhluk tu jadi wanita sempurna….setelah sethn lebih berpacaran akhirnya Allah tunjuk juga jalan kat kawan saya ni dan terbongkar la rahsia makluk Allah tu….skarang ni diorang still kawan n mak si pengkid tu memang sayang kat kawan saya ni….tapi kawan saya ni tak kuaserr dgn penkid tu….dia tunggu jer kot2 ada jodoh dia dengan LELAKI SEJATI…..sesapa rerasa yang memang nak cari jodoh tu buleh ler antar resumer kat kawan saya ni…..wassalam…..

kesian kat dia…moga kawan fiza akan bertemu jodoh………

Saya kira, saya hanya mampu mendoakan perubahan terhadap wanita tersebut untuk mengembalikan jalannya kepada yang asal. Semoga hatinya terbuka untuk bersatu dengan keluarganya kembali. Sayang sungguh sebuah rumahtangga runtuh, lebih2 lagi anak yang menaggung bebannya..

Saya juga mendoakan agar wanita yang meneruskan hidup sebagai pengkid itu juga kembali membawa dirinya dengan fitrah asalnya. Semoga Allah membuka hatinya. Sesamalah kita mendoakannya.

moga mrk akan kembali kepangkal jln..menjadi ibu dan isteri yg sejati………

Perempuan kalau dah pengkid atau tomboy senang nak tukar jadi perempuan kembali.
Tetapi lelaki yang pondan mengapa sukar kembali menjadi lelaki?? Kalau boleh pun, ia mengambil proses yg lama.
Kenapa pereka fesyen yg lelaki tu semua lembut-lembut belaka?
Takdak pun yg keras. Boleh bagi jawapan?

AstaghafirrullahAlazimmm…
marilah kita bersama-sama berdoa mereka akan pulang ke pangkal jalan, semoga pintu taubat akan terbuka..InsyaAllah…
Tak perlulah kita keji atau menghukum mereka, doakan kesejahteraan semoga panjang umur dan dapat bertaubat…

moga mereka cepat2 insaf……sebelum terlambat…sekarang ni sudah banyak kejadiaan yg berlaku……tanah runtuh…dan memacam lagi…insaflah wahai manusia……………malu le dengan bangsa lain…….

me dok gombak.. alone

senang2 dtglah rumah akak boleh kenai……

hmmmm..
pape jelorhhh..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

November 2008
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 845,722 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: