bila hatiku berbicara

Maal Hijrah 1430

Posted on: Disember 26, 2008

Assalamualaikum wbth.

Kepada semua Muslimin dan Muslimat Yang Di Rahmati Allah sekelian.

MA’AL HIJRAH 1430

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, InsyaAllah.

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun

(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah – Ahad 30 Zulhijjah 1429H bersamaan 28 December 2008)

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib – Isnin 1 Muharam 1430H/ 29 Decmber 2008)

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantuny a dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka..

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

.
Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

Marilah kita sama-sama “ Memartabatkan Islam”.

Wassalam.

p/s Insya-Allah kita bakal melangkah ke tahun baru hijrah 1430. Kepada sahabat-sahab blogger yang pernah singgah dan yang pernah memberi komen-komen terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Maaflah segala kesilapan dan keterlanjuran saya kalau ada salah dan silap saya selama saya berblog……..Semoga Allah memberkati kita semua dunia dan akhirat………..minta maaf banyak kerana tak dapat nak update doa………

Advertisements

8 Respons to "Maal Hijrah 1430"

salam dari globalmalau
Saya copy maklumat untuk anda:

salam dari hamba Nov 19, ’08 10:40 AM
by global for group 4pulauriau

Pattani: Al-Qaeda Isytihar Perang Mulai Muharam Ini..
16-11-08

Ibnu Hasyim
CATATAN PERJALANAN:

SUDAH lama saya tak ziarah kawan saya di Pattani. Semalam dia telefon saya, dan mengajak saya ke sana. Kalau tiada apa-apa halangan malam ini saya akan bertolak, insya Allah! Saya nak tahu ada apa perkembangan terbaru mengenai Negara Gajah Putih itu.. Saya buka web Tranungkite Online, lihat sudut luar negara, ada tertulis web ‘Pattani Darulsalam’. Saya terus klik..

Keluar artikel terbarunya Wednesday, August 6, 2008 ‘Jawapan Kepada Tuduhan Musyrikin Tentang Pembunuhan Kaum Muslimin di Pattani Darussalam’. Versi: Bahasa Melayu No Rujukan: 0122071429 – MSM Tarikh: 22 Rejab 1429 Hijriah KENYATAAN MEDIA RASMI Majlis Asy-syura Al Mujahidin Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara, kepada seluruh kaum Muslimin. Iaitu mengenai isu pembunuhan ke atas kaum Muslimin Pattani yang kononnya dilakukan oleh ‘Mujahidin’ seperti yang dituduh oleh kerajaan Thailand.

Mereka tampil memberi penjelasan seperti berikut…

“Pertama: Seluruh Mujahidin daripada kaum Muhajirin dan Ansar di Pattani Darussalam tidak pernah terlibat dengan pembunuhan terhadap kaum Muslimin sebagaimana yang didakwa oleh tentera kerajaan musyrikin Buddha Thailand. Kami menegaskan bahawa dakwaan sedemikian adalah usaha keji yang dilakukan oleh mereka untuk memalingkan sokongan kaum Muslimin di Pattani Darussalam yang selama ini diberikan kepada Mujahidin.

Kami tegaskan juga bahawa didalam agenda perang saraf tentera Thailand, terdapat doktrin yang membolehkan mereka membunuh kaum Muslimin di Pattani Drussalam, untuk kemudiannya dipertanggungjawabkan kepada Mujahidin, dalam usaha mereka untuk membuatkan kaum Muslimin marah dan hilang kepercayaan mereka terhadap Mujahid fi sabilillah.

Kedua: Golongan ansar memang ada menjalankan siri-siri pembersihan terhadap munafiq/mata-mata/pemberi maklumat kepada tentera kerajaan musyrikin Buddha Thailand. Ini dilakukan memandangkan golongan ini (munafiq/mata-mata/pemberi maklumat) banyak mendedahkan maklumat kepada tentera kerajaan musyrikin itu sehingga mengakibatkan ada Mujahidin dan keluarga mereka yang diancam, dibunuh dan ditawan. Namun, siri-siri pembersihan ini dijalankan dengan penuh hati-hati dan dibincangkan terlebih dahulu dengan para amir yang dipertanggungjawabkan.

Para munafiq/mata-mata/pemberi maklumat itu juga akan hanya dibunuh setelah terdapat bukti yang benar-benar dapat diyakini. Para munafiq/mata-mata/pemberi maklumat itu juga, pada kebiasannya akan diberikan 3 kali peluang bertaubat melalui peringatan berbentuk surat dan peringatan-peringatan lainnya, dan jika mereka tetap tidak berubah, barulah pembunuhan keatas mereka akan dijalankan. Perlu ditegaskan, pembunuhan hanyalah terhadap si munafiq itu sendiri. Keluarganya sama sekali tidak akan dilibatkan.

Ketiga: Setiap operasi/amaliyyah yang dilakukan oleh Mujahidin daripada golongan Muhajirin mahupun Ansar sentiasa mengambil kira keselamatan kaum Muslimin. Kami tidak akan secara sengaja cuba membunuh orang-orang yang beriman. Namun, sekiranya ada kaum Muslimin tercedera/terbunuh dalam operasi/amaliyah yang dilakukan, itu betul-betul merupakan sesuatu yang tidak disengajakan dan tidak termasuk dalam prosedur arahan tetap operasi kami.”

Demikian penjelasan yang dikeluarkaqn oleh Asy-Syeikh Abu Ubaidah Hafizahullah, Muhajir dan Mujahid Pattani Darussalam, merangkap Jeneral Awwal Majlis Asy-Syura Al-Mujahidin, Tandzim Al-Qaeda bahagian Asia Tenggara.

“Hang tak takut ke nak pi sana? ” Kata kawan saya, bila saya nyatakan hasrat saya itu.

“Takut apa??”

“Kan puak mujahidin Al-Qaeda Usama Ladin bahagian Asia Tenggara sudah isytihar akan mulakan perang mulai Muharam 1430 ini??”

Saya cari lagi dalam web tersebut. Terdapat kenyataan sebelum itu, ‘Khabar Gembira Untuk Ummah!’ Versi: Bahasa Melayu No Rujukan: 0120071429 – MSM. Tarikh: 20 Rejab 1429 Hijriah kepada seluruh kaum Muslimin. Antaranya menyebutkan…

“Berdasarkan kesepakatan Majlis Asy-Syura Al-Mujahidin yang telah bermesyuarah di Pattani Darussalam pada hari ini, tanggal 20 Rejab 1429, Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara ingin memberikan khabar gembira kepada ummah dengan tiga hal berikut:

Pertama: Majlis Asy-Syura Al-Mujahidin, Tandzim Al-Qaeda bahagian Asia Tenggara berjanji akan tetap tunduk dan patuh dengan penuh taat terhadap Allah Rabbul Jalil dan Rasulullah SAW dalam meneruskan jihad fi sabilillah yang penuh barakah ini. Kami akan sentiasa memelihara niat kami dalam jihad ini dan akan berusaha gigih dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi, disamping memacu usaha berterusan dan proaktif dalam mencetuskan perpaduan utuh keseluruhan fraksi-fraksi Mujahidin di Asia Tenggara, insyaallah.

Kedua: Majlis Asy-Syura Al-Mujahidin, Tandzim Al-Qaeda bahagian Asia Tenggara mengulang kembali baiah/ikrar kami untuk tetap taat terhadap Ulil Amri, pemimpin para mujahidin, Asy-Syeikh Al-Mujahid Usamah bin Ladin Hafizahullah serta timbalan beliau Asy-Syeikh Al-Mujahid Ayman Az-Zawahiri Hafizahullah. Kami akan terus berperang dibawah lembayung bendera yang beliau kibarkan selagi mana ketaatan kepada beliau itu tidak menyalahi ketaatan kepada Allah dan Rasulullah SAW. Kami sesekali tidak akan meninggalkan baiah/ikrar kami ini dan kami tidak akan meminta ianya dibatalkan, insyaallah.

Ketiga: Majlis Asy-Syura Al-Mujahidin, Tandzim Al-Qaeda bahagian Asia Tenggara akan memulakan kempen baru peperangan yang dinamakan dengan kod OPERASI TAWBAH, bermula Muharam 1430. Segala perkara tentang kempen peperangan ini akan kekal rahsia sehingga kempen ini dimulakan kelak insyaallah. Kempen baru ini yang akan menjadi satu kejutan baru bagi rejim thagut di Asia tenggara insyaallah, memerlukan doa daripada seluruh ummah ini. Kaum muslimin juga diminta bersiap sedia bermula sekarang untuk menggabungkan diri dalam kempen ini. Serentak dengan itu juga, Majlis Asy-Syura Al-Mujahidin, Tandzim Al-Qaeda bahagian Asia Tenggara telah menstrukturkan kembali kepimpinan organisasi mengikut penstrukturan berikut untuk mendepani perubahan yang mungkin berlaku setelah bermulanya kempen itu kelak.”

Struktur Kepimpinan Tertinggi MAJLIS ASY-SYURA AL-MUJAHIDIN Bahagian Asia Tenggara adalah seperti berikut… Amir Majlis Syura Asy-Syeikh Abu Ukkasyah Al-A’rabi Hafizahullah, Timbalan Amir Asy-Syeikh Imam Waqqas Hafizahullah, Jeneral Awwal Asy-Syeikh Abu Ubaidah Hafizahullah, dan Jeneral Thani Asy-Syeikh Abu Abdillah Hafizahullah.

“Pada aku, Patrtani adalah kampungku sendiri.. Takdak apa-apa, tak perlu takut..”

Mengapa saya kata begitu? Ikutilah catatan perjalanan ini selanjutnya…

globalmalau

Tags: salam dari hamba

assalamualaikum dan selamat menempuh tahun baru moga Allah menempatkan kita bersama dgn hamba-hambaNya yang beriman dan dirahmati dunia akhirat.amin.

Assalaamu’alaikum w.b.t.. bagus sekali posting nya, alhamdulillah .

Di kesempatan ini ambe nk ucapkan salaam ma’al hijrah 1430, semoga Allah mengampuni segala dosa kita yang lampau dan menerima segala amal ibadah kita. Dan semoga di tahun2 mendatang kita diberkati, diredhai, dikasihi olehNya, amiin. Dan semoga ALlah membantu mereka2 yang dizalimi, amiin. 🙂

salam maal hijrah wat akak nuriman ittewww..

Salam maal hijrah kepada anda juga wahai En_me. Anda kerja kilang mana? Cntik jugak laptop awak tu. Colour putih kekelabuan. Moga-moga kita semua berhijrah dari perangai buruk ke perangai yg lebih baik. Perbaharukan azam.

Assalamualaikum…
Salam maal hijrah 1430, semoga Allah mengampuni segala dosa kita yang lampau dan menerima segala amal ibadah kita. amin

Wassalammualaikum..

SALAM MAAL HIRAH 1430

Salam Globalmalau terima kasih di atas artikel yg menarik itu……….semoga Allah menyelamatkan umat islam di seluruh dunia…yg mana ketika ini rejim israil sedang menganas…sama2lah kita berdoa semoga Allah selamatkan umat islam seluruh dunia………….

waalaikumusalam ummusaif, en me..hikmatun, ahmad zafir………..bip….

semoga segala pintu langit terbuka luasd mengangkat doa2 kita sewaktu maal hijrah ini…semoga Allah s/w/t mengampunkan segala dosa2 kita yg telah lalu………dan semoga hari ini lebih baik dr semalam………..yakini keajaiban doa…………Salam Muharram untuk umat islam walau di mana saja berada…………..

Perbuatan tak beradab

PUTRAJAYA: “Itu perbuatan tidak beradab dan cukup keji kerana selama ini orang Islam tidak pernah membuat kenyataan mengeji agama lain walaupun kita yakin hanya agama Islam yang benar di dunia ini,” tegas Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, ketika mengulas laman blog yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau beranggapan tindakan itu sebagai kurang ajar dan hanya mahu menggugat keharmonian negara yang dikecapi sejak sebelum merdeka.

“Mereka (penulis blog) tahu orang Islam tidak akan mengeji agama lain kerana tindakan berkenaan salah dan haram di sisi agama Islam. Jadi apabila mereka mengata kita (umat Islam)…mereka menguji kemampuan dan agama kita.

“Kita tidak pernah melakukan sedemikian kepada nabi lain seperti Jesus atau Nabi Isa kerana baginda juga nabi yang wajib dipercayai dan beriman dengannya sebagai Rasulullah.

“Begitu juga dengan agama lain. Kita tidak pernah cakap atau baling batu kerana kita menghormati agama lain,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Akhbar Sabtu lalu melaporkan seorang penulis blog dikesan cuba menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini apabila menyiarkan artikel berbahasa Melayu dan beberapa lukisan menghina Islam serta Nabi Muhammad.

Laman blog terbabit menggunakan nama seorang wanita Melayu lengkap dengan gambar dan profil peribadi berserta nombor telefon.

Harussani yang juga penerima Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah, berkata tindakan pihak tertentu yang seolah-olah ‘menjolok sarang tebuan’ boleh mengganggu ketenteraman dan keharmonian negara.

p/s pancung saja kepala manusia ini …biadap………..saja nak menghina Islam…………dan umat islam……….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Disember 2008
I S R K J S A
« Nov   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 840,937 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: