bila hatiku berbicara

Tak sanggup

Posted on: Disember 30, 2008

Salam Maal Hijrah 1430 salam persahabatan untuk semua. Pembuka kata dengan ayat-ayat yang sama SAYA TIDAK TAHU HENDAK TULIS APA-APA DI BLOG INI. Sebab itulah blog ini senyap sunyi kerana saya sudah beralih arah ke blogspot. Bukan saya nak ucapkan SELAMAT TINGGAL kepada blog ini, tetapi entahlah saya memang tak  tahu nak update apa. Tetapi kata suami saya, jangan tinggalkan blog ini. Hari ini saya dengan azam baru berkobar-kobar untuk mengupdate blog. Kalau nak ikutkan segala cerita-cerita yang tidak terlalu peribadi saya hendak kongsikan di blog ini, tetapi apakan daya saya lebih suka berkogsi kisah di blogspot saya.

Petang sabtu yang lalu saya ke rumah kawan suami di Kajang. Kebetulan adalah hal sikit, bila kawan suami on tv ada orang mengaji. Eh siapa yang meninggal, rupanya Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Al Fatihah. Semalam saya sempat menonton pemakaman Almarhum Tuanku Ja’afar semoga Allah mencucuri rahmat dan di tempatkan di sisi hambaNYa yang beriman .

Sebelum ni pun saya adalah jugak menonton majlis ijabkabul Mawi dan Ekin. Tahniah untuk Mawi dan Ekin, semoga kekal ke akhir hayat. Bukan minat sangat tetapi tu lah bila dah terlalu di hebohkan kitapun nak jugak tengok. Apa-apapun itulah perkhawinan selebriti……….dari a hingga z akan di war-warkan no komen.

Memandangkan anak saya Hafiz cuti sekolahnya tak lama. Saya sudah pastinya menjalani kehidupan seperti biasa. Sepi tu biasalah, orang selalu tanya saya…tak boring ke duk sorang-sorang kat rumah?

Jawapan saya tidak…bila kita sudah biasa tak ada menjadi masalah apa-apapun. Malahan banyak yang boleh kita isi, kalau rajin bercucuk tanam di belakang rumah. Baca buku, jahit manik   dan lain-lain. Kalau nak dikutkan masa selalu terisi dengan aktiviti, tu pun kalau kita mahu lakukan.

Semoga hadirnya Maal Hijrah dan 2009 ini akan memberi sinar baru untuk kita semua. Untuk sahabat yang sudi menyinggah yang memberi komen dan yang menjadi pembaca senyap di blog yang tidak seberapa ini, terima kasih banyak-banyak. Memang berblog ini seronok….tetapi tak tahu nak cerita apa-apa. Tu lah kalau ada artikel-artikel menarik saya copy saja. Salam sayang untuk semua…

Sebelum saya mengundurkan diri saya ingin mengucapkan tahniah untuk Mufti Perak Dato Harunsani yang menjadi tokoh maal hijrah.

Saya tak sanggup untuk meninggalkan blog ini, biarpun sudah berkali-kali saya nak ucapkan selamat tinggal…tetapi  sayang tu masih ada.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Disember 2008
I S R K J S A
« Nov   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 853,974 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: