bila hatiku berbicara

Golongan yang di takuti yahudi

Posted on: Januari 6, 2009

Golongan manakah yang ditakuti oleh puak Yahudi? Masih wujudkah golongan yang
ditakuti oleh mereka itu?

Jika dilihat kepada situasi semasa tiada seorang pun yang dapat menakutkan
mereka. PBB? OIC? EU? Apa lagi? Umat Islam? Pemimpin Islam? Negara Umat Islam?
Semuanya menjadi bahan ketawa Yahudi. Malah mereka terbahak-bahak melihat
tingkah laku umat Islam hari ini yang terkinja-kinja dengan bangga
mengagung-agungkan budaya Yahudi.


Dalam kuliah selepas maghrib tadi ustaz ada menyatakan bahawa penolakan puak
Yahudi terhadap Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bermula seawal Tahun
Dua Hijrah lagi. Mereka juga mempersendakan Nabi Muhammad beruntung dan bernasib
baik kerana telah diturunkan kepada bangsa Arab yang dungu dan tidak berilmu.
Bangsa yang tidak tahu berperang. Itu kata-kata nista mereka terhadap Rasulullah
SAW. Jika Nabi Muhammad diturunkan kepada mereka kata mereka maka tahulah mereka
apa yang akan mereka lakukan. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Yahudi
adalah bangsa pembunuh nabi-nabi.

Sedangkan Rasulullah sendiri tidak ditakuti oleh mereka apatah lagi kita umat
Islam zaman ini yang sebahagiannya secara terang mahupun secara sembunyi menolak hukum Islam. Ada pula di kalangan umat Islam hari ini hanya mahu mengambil sebahagian daripadanya sahaja. Itupun bahagian yang menguntungkan diri mereka sahaja. Yang merugikan dan menyusahkan mereka tolak. Hudud mereka tolak. Zakat mereka terima.


Berbalik kepada golongan yang ditakuti oleh puak Yahudi. Siapakah mereka
sebenarnya?Golongan itu adalah segolongan umat Islam yang sentiasa mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Sentiasa berusaha menegakkan hukum Islam dalam diri dan diri keluarga mereka serta negara mereka.

Golongan inilah yang paling ditakuti oleh puak Yahudi. Sebab itu mereka membunuh
para ulama. Sebab mereka tahu golongan ini tidak dapat dibeli dengan kemewahan
dan kesenangan dunia. Golongan inilah yang mahu mereka hancurkan supaya yang
lain tidak berani menentang mereka lagi.

Sambil menutup kitabnya dan dalam nada suara yang tegas ustaz berpesan, “Kita
boleh beri bantuan kepada saudara kita di Palestin dalam bentuk apa sahaja yang
kita mampu hatta dengan doa sahajapun boleh. Kita boleh bacakan qunut nazilah di
setiap solat kita tetapi yang paling afdal adalah….

KITA SENDIRI HENDAKLAH BERUSAHA DALAM APA JUA KEADAAN SUPAYA MULAI SEKARANG MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH. BERMAKNA MENGERJAKAN SEMUA PERINTAH ALLAH DAN MENINGGALKAN SEMUA LARANGANNYA. APABILA KITA SEMUA SEBAGAI UMAT ISLAM TELAH

BERJAYA MENEMPATKAN DIRI KITA DALAM GOLONGAN YANG SENTIASA MENGINGATI DAN MENCINTAI ALLAH DAN RASULNYA INI, MAKA PUAK YAHUDI AKAN RASA TAKUT DAN GERUN SEBAB KITA SEMUA SUDAH TIDAK DAPAT MEREKA PENGARUHI LAGI.”

Fikir-fikirkanlah dan beramallah walaupun dengan ilmu yang sedikit.

From mimi mimi SahabatInteraktif
samuraizon7@yahoo.com

p/s menitis air mata bila mengenangkan nasib umat islam di Palestin. Tentunya hidup mereka dalam ketakutan. Kalau kita sambut tahun baru berdentam dentum bunyi bunga api. Tetapi mereka di lontar dengan dentuman bom dan peluru-peluru yang kian mengganas.

Advertisements

7 Respons to "Golongan yang di takuti yahudi"

Org sibuk boikot sana sini..
ada yang demonstarsi
ada yg bdoa tak lelah..
manusia sibuk dengan dunia sendiri,
ada haluan masing2..

Palestin di Tangan Mereka di usaha kita..
AlFatehah Pada yang Korban

-Bagus blog anda-
duwenk
Bangi

[http://duwenk.wordpress.com]

senjata kita, boikot, kecam, demonstrasi dan kadang2 orang lupa..
“senja mukmin adalah doa…” kan..

slm kenal

Kita patut boikot Amerika jugak sebab diorang pun brsekongkol dgn Yahudi. Boikot KFC dan Mcdonald.

Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

‘Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”

maka salah seorang sahabat bertanya,”apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?’

Nabi s.a.w menjawab, “bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,” CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI”

Keterangan

Memang umat benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam menggambarkan kebenaran sabdaan Rasulullah s.a.w.

Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1000 juta(1/5 penduduk dunia), tetappi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh, dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan umat Islam.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum Muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit ‘wahan’ yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan “takut mati”. Kedua-dua penyakit in tidak dapat dipisahkan. “Cinta dunia” bermakna tamak, rakus, bakhil untuk mendermakan harta di jalan Allah S.W.T. Manakala “takut mati” pula bermakna leka denan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk bekorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah S.W.T. Kita berdoa agar Allah S.W.T menurunkan mushrahNya kepada kaum Muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Salam Duwenk dan Ahmad Zafir

Ya boikot apa saja yg berkaitan dengan yahudi dan sekututnya..tetapi janganlah boikot masa ni saja. Lepas tu lupa balik apa yang telah di lakukan oleh bangsa ini. Masih banyak lagi barangan tempatan yang berkualiti yang ada kat Malaysia ni. Lumpuhkan ekonomi yahudi dan sekutunya.

Bab kata Dato Dr Maamur PPIM, filem dan lagu2 dari Amerika dan sekutunya pun patut di boikot…..

Kempen boikot produk Yahudi dilancar

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengajak orang ramai memboikot produk Yahudi sebagai membantah kekejaman negara itu terhadap Palestin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Ma’amor Osman berkata, satu kempen memboikot produk keluaran syarikat milik Yahudi akan dimulakan Jumaat ini di Masjid Negara, sebagai isyarat yang jelas kepada Israel dan negara sekutunya supaya tidak terus menzalimi penduduk negara Islam berkenaan.

“Boikot ini adalah bagi membantah kebiadapan dan kezaliman Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin dan saya harap semua rakyat negara ini turut serta dengan tidak menyokong produk- produk Yahudi,’’ katanya ketika ditemui semalam.

Dalam pada itu, Ma’amor turut menggesa Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) untuk menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat pengeluar produk terpilih milik Yahudi.

“Perbuatan mereka menzalimi penduduk Palestin terutama wanita dan kanak-kanak jelas tidak halal dan menyokong produk keluaran itu seolah-olah menyokong perbuatan mereka yang bencikan keamanan dan keadilan sejagat.

“Selain itu, pelancaran boikot ini antara lain adalah bagi menggalakkan orang ramai untuk menyokong penggunaan produk keluaran tempatan terutama membabitkan perniagaan kaum bumiputera,’’ katanya.

Ma’amor berkata, negara mempunyai produk tersendiri yang setanding dengan produk negara luar, terutama produk-produk makanan yang tidak kurang hebatnya.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .

Semua org hanya pandai bercakap tapi x melaksanakan… klau nak laksankan perlu fikir ada ramai org Islam yg menyara hidup dengan kroni Yahudi.. so seblum nak buat boleh x fikir dahulu tentang org yg bekerja dgn kroni Yahudi, supaya khdupan sara hdup mereka dapt jaminan dri pihak yg mahu mgambil tindakan supaya org Islam yg bekerja dengan mereka terjamin kehidupannya. Jihad… Jihad juga pastikan nasib mereka ada jaminannya… jgnlah hanya kita panda boikot sahaja, org yg x bersalah pun menjadi mangsa. Ingatlah saudara-saudari ku semua Islam mementingkan tali persaudaraan sesama mukmin dengan bersatu padu barulah Islam ditakuti dan digeruni. Hamba hanya memberi pandangan dari segi pemikiran… hamba meluahkan pendapt tidak bermakna menentang pendapat kamu semua. Hamba memang bersemangat untuk berjihad ke arah Fisabilillah dan bersedia untuk menegakkan kebenaran rela sepenuh hati bersama para Mujahiddin semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2009
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 848,179 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: