bila hatiku berbicara

Anak-anak Palestin

Posted on: Januari 7, 2009

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Merenungi skrin komputer… satu persatu… bersilih ganti kesengsaraan penduduk Gaza terpapar di depan mata…
Tiada kata2 yang terucap… yang dapat kak G luahkan. Mungkin puisi Palestine yang pernah kak G tuliskan sebelum ini bisa menggambarkan apa yang terbuku di qalbu…

Sebenarnya, kita mampu membantu saudara seagama kita di Palestine dengan menyalurkan bantuan kewangan kepada mereka; sekurang2nya bantuan kewangan yang dihulurkan boleh dibelanjakan untuk membeli ubat2an yang di kala ini memang tidak mencukupi. Andai setiap seorang daripada kita rela berpisah dengan harta kita sebanyak RM10 sahaja, dengan subscribers yang berjumlah lebih 20,000 orang di Relexjap ini, InsyaAllah bantuan anda walau sedikit cuma jika dilihat drp jumlah perseorangan, tetapi agak banyak jika dikalikan RM10 x 20,000 orang = RM200,000; ianya akan membawa makna yang sangat besar kepada rakyat Palestine di Gaza sana. Bagi yang mampu memberi lebih daripada itu… apa kata anda tambah additional zero(es) di belakang RM10 tersebut…. Sesungguhnya, mereka amat memerlukan sumbangan anda!

Sumbangan anda bolehlah disalurkan ke tabung Mercy Malaysia seperti berikut;

Layari http://www.mercy. org.my/main/ latestupdates/ latestupdates/ palestinerelieff und.html

PALESTINE RELIEF FUND

Cash/Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053

For more information please contact 03-2273 3999 or email us at info@mercy.org. my

Semoga Allah s.w.t. membalasi sumbangan anda dengan balasan yang setimpal, amin.

An Nisaa (4) Ayat No: 40 ertinya:
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar
zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah
akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala
yang besar.

wassalamualaikum wbt.

Mrs G
5 Januari 2009

———— ——— ——— ——— ——— ——— –
Wahai Anak-Anak Palestine – [3]
———— ——— ——— —–
darah syahid mengalir
dihujani peluru israel

mereka ada peluru berpandu
engkau ada batu beserta semangat jitu

wahai anak-anak Palestine
merenung nasibmu dari kejauhan…

biar jasad mujahid hancur
waja jiwa usah lebur
semangat juang usah terkubur
jatidiri Islami biar terus subur

sesungguhnya. ..
mereka lupa
dibunuh satu…
bakal bangkit lagi seribu

Mrs G
24/3/2004

———— ——— ——— ——— ——— —

Wahai Anak-Anak Palestine – [2]
———— ——— ——— —-
eid mubarak kali ini
amat meriah kurasakan
anak-anakku riang berkejaran
dentuman mercun memecah malam sepi
di sana sini bersahut-sahutan bunyinya

mereka amat bergaya berbaju baru
berbagai macam juadah tersedia
juga duit raya yang tak putus-putus diterima
inilah dia rezeki aidilfitri
setiap tahun…
begitulah suasananya

tiba-tiba aku terdengar suara itu
mendayu-dayu suara itu berlagu
‘it’s my land..it’s my land…
….Palestine’

lantas terbayang wajah-wajah comel
di kejauhan sana
anak-anak kecil
sebaya dan seusia si abang dan si adik
mungkinkah di kala ini…
mereka riang menyambut aidil fitri?
mungkinkah di saat ini…
ada juadah istimewa tersedia di meja?
mungkinkah di ketika ini…
ada pakaian baru tersalut di tubuh?

ataukah…
mereka sedang menekup telinga
agar ledakan bedilan meriam dan senapang tidak begitu kedengaran
ataukah…
mereka sedang memejam mata
agar lambakan mayat-mayat syuhada dapat dilupai seketika
ataukah…
mereka sedang menutup hidung dan mulut
agar hanyirnya darah yang mengering tidak begitu meloyakan tekak

sesuatu yang aku pasti…
mereka tidak seceria anak-anakku di tanah bertuah ini
di sini…anak- anakku riang bak kupu-kupu berterbangan
di sana…kecil- kecil lagi mereka sudah kenal erti perjuangan
berjuang untuk tanahair…
berjuang untuk terus bernafas…untuk terus hidup…

wahai anak-anakku
betapalah engkau bertuah
punya segala-galanya di sini
sedangkan mereka di sana…
berhempas pulas…bermati- matian… berjuang
demi meneruskan sebuah kehidupan…

justeru itu anak-anakku
setiapkali engkau menghadapi sedikit kesusahan
ataupun ketika berdepan dengan kekecewaan.. .kemurungan. ..
ucapkanlah.. .syukur Alhamdulillah. ..
bersyukurlah engkau kepadaNya
setidak-tidaknya. ..
nasibmu tidak seburuk mereka…
apalah sangat jika dibandingkan akan kepayahanmu
dengan musibah yang melanda anak-anak Palestine

hanya satu yang kupinta
doakanlah agar mereka sejahtera
mungkin tidak di dunia sini
sekurang-kurangnya mereka akan berbahagia
di dunia sana yang kekal dan abadi

amin…

Mrs G
27/12/2002

———— ——— –

WAHAI ANAK-ANAK PALESTINE – [1]
———— ——— —-
Saban hari…….. .
Ku saksikan penyeksaan ke atas kalian
Di kaca TV
Di kaca Computer
Di dada akhbar

Pernah sekali
Ada seorang baby
Saling tak tumpah seperti wajah anakku Yusuf
Di dadanya….. ditembusi peluru Israel
Lalu peluru berpusar ke belakang dada
Hancur berkecai belakang badannya

Di ketika lain
Ada seorang anak lagi
Cuma sebaya anakku Luqman
Terlentok kepalanya di tepi kereta
Darah meleleh dari kepala menyusuri pintu kereta lalu….menitik ke tanah
Dia sudah tidak bernyawa

Dan ramai lagi anak-anak Palestine
Yang berkecai kepalanya… cuma tinggal badan saja
Yang sebelah kepalanya berlubang… peluru Yahudi menembusi mata
Yang……berbagai- bagai lagi penyeksaan demi penyeksaan
Kekejaman demi kekejaman

Dahulu….tidak terlintas di benak ini
Akan ada manusia sekejam Yahudi Israel
Yang dilanyak, dirodok, dihancurkan. …
Hanyalah tubuh anak-anak kecil
Anak-anak yang sebaya anak-anakku dan anak-anak kalian
Seusia adik-adik kita di kampung

Wahai anak-anak Palestine
Bersabarlah sayang…
Penyeksaan ini hanya sebentar cuma
Di dunia ini…..hanyalah sebuah persinggahan
Biarlah kau syahid di dunia sini

Di alam sana….
Aku percaya…..
Kamu semua sedang enak menikmati kehidupan alam lain
Yang amat berlainan dari neraka dunia
Seperti yang pernah kau alami di bumi Palestine ini

Wahai pembaca sekelian…. .
Hanya satu yang aku pinta
Setelah kalian selesai bersembahyang nanti
Tolonglah doakan kesejahteraan mereka
Semasa tangan menadah ke langit
Cuba bayangkan… ….
Anak-anak yang berkecai kepala dan badan itu ….
….Adalah anak-anak kalian
….Adalah adik-adik kalian
….Adalah Anak-anak saudara kalian
Biar bercucuran airmata
Biar sakit dada menahan sebak
Agar kalian jadi lebih khusyuk
Seolah-olah kalian berada di tempat ibu dan bapa mereka….
Insan yang teraniaya
Bukankah doa insan yang teraniaya itu maqbul ?

Wahai anak-anak Palestine…
Ini saja yang dapat Ibu berikan
Hanya airmata dan doa saja yang dapat mengiringi

Kalian yang sudah ke alam baqa’……
Semoga kalian berada di samping orang-orang yang mendapat ni’matNya
Kepada kalian yang masih berjuang untuk terus hidup…
Semoga Rahmat dan Hidayah Allah s.w.t. sentiasa bersama kalian
Biarlah kalian syahid dari membiarkan Yahudi bermaharajalela
Di bumi bertuah…Palestine

Amin..Ya Rabbal ‘Alamin.

Mrs G
10/4/2002

d_only_mrs_g@yahoo.com

p/s puisi yang menyentuh hati ini ehsan dari  Kak G………….syukran

Advertisements

11 Respons to "Anak-anak Palestin"

tulisan mengharukan,, terbayang gambar di newspaper.. jenazah anak2 kecil berjajar…
Salam dari Indonesia, dan turut berdoa untuk palestine

puisi bagus.. betul2 touchin..
doa utk mereka….

puisi bagus.. betul2 touchin..
doa utk mereka….

aku add blog kau…

Ini dia……

Aduhai Anak-anak Kita
Saya mungkin tidak sekuat Yvone Ridley yang tegar menyeberangi Tebing Barat untuk memburu kisah-kisah benar di sebalik gambar duka anak-anak Palestin demi merungkai segala kekejaman Israel.

Saya juga mungkin tidak mampu merakam potret-potret sebenar tangisan dan ketakutan anak-anak Palestin dengan lensa kamera sendiri.

Yang saya mampu, hanyalah membaca kisah-kisah mereka dan menatap potret kedukaan mereka dengan hati yang lara.

Tatkala menatap rakaman gambar anak-anak Malaysia yang riang belajar menunaikan solat Tarawikh dan berlari-lari sambil tertawa di perkarangan masjid, saya tertanya-tanya adakah anak-anak Palestin juga bisa mendapat peluang sedemikan rupa?

Masih adakah ruang waktu bagi mereka untuk mereka belajar mengangkat takbir, rukuk dan sujud menyembah Tuhan yang Esa? Ataukah senggang waktu yang ada hanya mampu terisi dengan lolongan kesakitan, rengekan kelaparan, tangisan ketakutan dan bertempiaran lari daripada bedilan peluru yang maha zalim?
_________________________________________________________
Aduhai anak-anak kita..

SEBUAH HADIAH YANG BERNAMA DOA

Berzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang

Terimalah bingkisan hadiahku ini

Walau sekadar doa cuma.

teoti… pastinya mengalirkan air mata bila melihat foto2 itu lewat internet dan tv…

silakan duwenk mekasih

ahmad zafir……. puisi itu indah sekali menyentuh hati.

DOA untuk Palestin

” Ya Allah…ENGKAU tetapkanlah iman saudara2 seagamaku di Palestine. ENGKAU semarakkanlah semangat jihad mereka…ENGKAU tiupkanlah kekuatan rohani dan fizikal ke dalam diri mereka..

Ya Allah..bantulah mereka dalam menjalani kehidupan mereka….bantulah mereka dalam memenangi peperangan ini……sesungguhnya ya Allah..mereka berjuang demi agama islam, bangsa, negara, dan juga maruah mereka ya Allah..

Ya Allah..ENGKAU lindungilah anak2 mereka…para wanita mereka…agar selamat..supaya di hati mereka yang bergelar pejuang itu..tiada gentar, tiada risau dan tenang selalu…

Ya Allah..ENGKAU pertajamkanlah sasaran peluru mereka…..agar padu menembusi tubuh Yahudi laknat itu….kerana mereka itu cuba untuk merosakkan kebenaran agama Mu Ya Allah..

amin…ya robbal alamain ”

ALLAHU AKBAR

sumber ini dah lupa ambik kat mana…kira halallah ya……..ok dah lama layan blog pergi solat zohor jom…………

Saya baru balik dari ceramah pada mlm ni di Masjid At-Taqwa, Tmn Bertam Indah Kepala Batas. Tajuknya ‘BANGKIT ISLAM BANGKIT’, oleh Dr Roslan Hashim. Beliau juga menunjukkan beberapa slide antaranya gmbar2 kanak2 Palestin yg trkorban. Kesian…
Rupa-rupanya negara2 Arab hanya mampu tengok saja saudara sndiri brjuang menentang tntera Yahudi. Dr Roslan mengatakan mereka trkena penyakit Wahan. Bahkan, presiden Mesir Hosni Mubarak telah menyetujui pelancaran serangan keatas Gaza. Tak guna betoi…
Tapi yg hairannya org yg bukan Islam pulak yg sangat mengutuk serangan Yahudi itu iaitu presiden Venezuela Hugo Chaves.

kalaulah umat islam bersatu hati sudah tentu puak2 zionis ni hancur….ni apa nak di kata lagi. Semoga Allah memberi keajaiban.

Kuasa2 besar seperti negara arab diam membisu,yg memprotes dan berdemokrasi hanyalah rakyat2 jelata. Mereka ini seolah di butakan mata mereka melihat apa yg berlaku di Palestin. Mereka sama jahatnya dgn Israel kerana tidak membantu bangsa sendiri. Mereka seolah2 merestui apa yg telah di lakukan oleh Israel laknatullah.

“Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah……. . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. …”> >
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi – dengan Izin Allah)

dari groups penawarku

Sedihnya tengok mereka… a very touching poem. Saya sampai keluar airmata! Pelik. Mula2 saya tgh sedih tapi tiba2 bangkit kemarahan yg amat sangat pada Yahudi yang tak berguna tu! Please read my poem, Palestine. Search sahaja ‘Palestine by Mimi Fakhira’. I’m a poet at a poem website, PoemHunter. Sama-samalah kita doakan mereka ye…

Salamualaikum,
MIMI

Tiba masanya puak2 zionis akan hancur juga……perang baru2 ni semua orang kata israel kalah…ramai askarnya mati,tp tidak di hebahkan…Palestin tidak takut mati, kerana matinya sebagai syuhada, sedangkan puak2 zionis adalah manusia yang takut mati…tiba masanya akan datang jua pembalasannya……..ALLAHU AKBAR

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2009
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 845,722 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: