bila hatiku berbicara

bagaikan sampah

Posted on: Januari 8, 2009

Pernah tatkala kita buka mata kita terdengar bunyi suara bayi menangis? Hisy… suara kucing adalah. Atau…….. kita ke belakang rumah mendapati ada plastik sampah yang mencurigakan. Bayangkanlah kalau kita membuka beg tersebut kita dapati ada seorang bayi comel yang sedang tidur atau sedang menghisap jarinya kerana kelaparan? Bayi tersebut masih bernyawa? Apa yang akan anda lakukan? Pastinya menghubungi polis atau mengambil bayi tersebut dan membawanya masuk ke dalam rumah dan memberinya sedikit air gula? Aduhai tak terbayang kalau itu yang berlaku kepada diri saya. Pastinya saya pinjamkan dua tiga hari bayi tersebut. Kasihannya kat bayi-bayi comel yang di buang seperti sampah, di sumbat dalam mangkuk tandas biarpun masih bernyawa. Kalaulah bayi itu di takdirkan boleh bersuara sudah pastinya bayi tersebut merayu mohon simpati kepada manusia yang tidak berperi kemanusiaan. Sungguh hiba dan pilu andai inilah yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini………..

Cerita sikit

Pulang Aidiladha baru-baru ini tatkala kami sedang leka membalut ketupat adalah seorang hamba Allah memberitahu anak si fulan bersalin di dalam bilik. Si gadis yang tidak bersuami itu melahirkan anak seorang diri di dalam bilik tanpa pengetahuan ibunya. Menurut kata si hamba Allah ini ibu bapanya mungkin tidak perasan anak gadisnya mengandung kerana saiz badan anaknya agak gempal walaupun umur baru 19 tahun. Ni gosip ke ikhtibar? Ampun………

Lalu emak saya menyampuk hisy biarlah tak usahlah nak bercerita hal orang lain, dah tahu diam sajalah… bimbang kitapun ada cucu cicit jugak….yang tengah membesar Nauzubillah. Itulah fenomena yang berlaku sekarang ini tak kira walau di mana. Oleh itu wahai diriku dan semua yang mempunyai anak lelaki atau perempuan berdoalah semoga Allah menjauhkan kita semua dari semua ini. Nauuzubillah……….

Entah mengapa sebagai ibu kepada anak lelaki mulut ini selalunya lancang bertanya anak tatkala bertemu. Bertanya atau nasihat? Bertanya lain nasihat lain. Dah memang tak berapa mahir mengunakan ayat-ayat ni payah sikit ni.

“Hafiz……..ada tak orang pegang-pegang tubuh badan Hafiz? Buat benda-benda yang tak elok? Hafiz jangan bagi orang pegang-pegang tubuh badan Hafiz tau? Kalau ada apa-apa kena bagitahu ayah dan ibu tau ” Ingat anak lelaki tak bimbang ke? Tu yang silap tu…zaman sekarang macam-macam boleh berlaku.

Jawapan si anak tak de lah ibu melegakan hati ini. Takutnya dan susahnya nak membela anak zaman sekarang. Macam-macam dugaan yang menanti. Mungkin inilah tanda-tanda kiamat sudah dekat…….

Buang anak belakang rumah teres

PETALING JAYA: Polis semalam menemui seorang bayi perempuan berusia dua minggu yang disembunyikan dalam beg hitam sebelum ditinggalkan di belakang sebuah rumah teres di Kampung Cempaka, Kelana Jaya, dekat sini.

Difahamkan, kejadian disedari pemilik rumah itu jam 2.50 pagi sejurus membuka beg berkenaan dan tersentak melihat bayi yang dibaluti tuala masih bernyawa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan penemuan bayi itu oleh wanita berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bayi berkulit cerah terbabit sihat dan dipercayai ditinggalkan di kawasan itu.

Berikutan itu, polis menyiasat waris sebenar bayi malang berkenaan untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Buruh laung takbir terkejut temui mayat bayi celah sampah

CAMERON HIGHLANDS: Seorang pekerja tapak pelupusan sampah di Jalan Kampung Raja di sini, beristighfar panjang sambil melaungkan takbir selepas mendapati objek dalam bungkusan yang ditemui di celah sampah adalah mayat bayi lelaki, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, pekerja berusia 54 tahun itu hampir pitam kerana terkejut dengan penemuan itu sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu, berkata pekerja berkenaan melakukan tugas rutin dengan mengumpul sampah apabila terpandang satu bungkusan aneh berbalut kain dan kertas surat khabar.

Pekerja terbabit mengambil bungkusan itu untuk melihat kandungannya dan terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki cukup sifat serta masih bertali pusat.

Wan Zahari berkata, hasil siasatan polis percaya bayi berkenaan dibuang antara jam 6 pagi hingga jam 3 petang hari kejadian.

Menurutnya, bayi malang itu dengan anggaran berat 3.6 kilogram dihantar ke Hospital Cameron Highlands (HCH).

“Tali pusat bayi lelaki itu terbelit pada kaki kiri sebelum suspek yang membuangnya membalut mayatnya dengan kain dan kertas surat khabar.

“Pihak HCH juga akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti usia dan status sebenar bayi berkenaan selain menguruskan pengebumian bayi lelaki itu,” katanya di sini, semalam.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hazuriana Mat Husin di talian 05-4911222.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2009
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 840,937 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: