bila hatiku berbicara

Tanda-tanda kiamat

Posted on: Januari 8, 2009

Sumber ini di petik dari tranungkita.net

Firman Allah, maksudnya: “MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH.” DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA.” AL-AHZAB:63)

Tanda-tanda kecil kiamat.

  1. Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
  2. Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
  3. Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.
  4. Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.
  5. Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.
  6. Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.
  7. Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).
  8. Banyak berlaku gempa bumi.
  9. Zaman sudah dekat mendekati.
  10. Banyak fitnah memfitnah.
  11. Banyak pembunuhan.
  12. Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.
  13. Ramai orang bermegah dengan projek mega.
  14. Banyak gunung digondol dan dihapuskan.
  15. Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.
  16. Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.
  17. Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.
  18. Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
  19. Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.
  20. Ramai orang solihin meninggal dunia.
  21. Anak melawan ibubapa.
  22. Hujan di musim kemarau.
  23. Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.
  24. Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.
  25. Setiap desa dikepalai orang munafik.
  26. Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
  27. Lahir ramai anak hasil perzinaan.
  28. Banyak minuman keras.
  29. Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.
  30. Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.
  31. Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.
  32. Para pembesar / penguasa melakukan zina.
  33. Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
  34. Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.
  35. Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.
  36. Orang alim sudah tidak disenangi.
  37. Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.
  38. Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.
  39. Banyak kematian secara mendadak.
  40. Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.
  41. Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.
  42. Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
  43. Rasuah berleluasa.
  44. Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.
  45. Ramai orang menjual-beli hukum.
  46. Memandang ringan masalah perceraian.
  47. Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.

* Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian.

· Semua tanda diatas sudah ada di dalam masyarakat kita hari ini.


Advertisements

10 Respons to "Tanda-tanda kiamat"

Banyaknya tanda-tanda awal kiamat ni. Tapi kesemuanya benar terjadi sekarang ni. Itulah hakikatnya. Terutamanya no. 2 dan 3. Subhanallah !! .
Saya ni kadang2 hairan dgn diri saya. Saya meminati ilmu agama. Pengetahuan pun boleh tahan la. Tapi kadang2 trgamak jugak buat dosa. Pelik betul saya ni..

salam ziarah kembali kak nuriman

dah ada depan mata kita sekarang ni…ramainya manusia mati di atas jalan raya…maksiat berleluasan…dan akhlak remaja2 remaji nauzubillah……gunung ganang habis di gondol..awatnya tak runtuh..n banyak nya tanda2 kiamat…cuma kita saja masih lalai dengan duniawi……..

salam ridwanto……

khaifa haluka..lama xdengar khabar……

Dan pada hari terjadinya Kiamat, orang-orang yang berdosa terdiam berputus asa.
(Surah Ar Rum, ayat 12)

So, apa nak dikata lagi? Pintu taubat dah trtutup. Nak beramal takut tak sempat. Tanda-tanda kecil dan besar dah jadi pada masa tu.

Mereka mengetahui hal yang lahir saja dar kehidupan dunia. Dan mereka lalai tentang kehidupan akhirat.
(Surah Ar Rum, ayat 7)

Itulah dunia. Penuh dgn fitnah dan ujian. Menyebabkan orang lalai.

banyak sungguh … sama-sama muhasabah dan ubah sebelum terlambat ….

Ahmad Zafir dan ustaz Kamal…..

contohnya dah banyak yang terbaru isu Palestin..

Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan. Betul tak?

salam semuanya…. Banyak sungguh perkara2 yang diluar fikiran terjadi sekarang nie. Begitu juga dalam hidup saya nie…. dugaannya terlalu hebat. Saya tersungkur tanpa ada yang sudi membantu…….. tolong saya.

salam…semua orang ada dugaan hidup minlynn ….banyak2lah bersabar..kalau boleh kongsilah di sini…mana tahu ada yang boleh membantu…..kalau termampu…………

Assalamualaikum…
izinkan ana sebarkan dalam fb dan lain2 ya..

waalaikumusalam silakan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2009
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 853,977 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: