bila hatiku berbicara

1001 malam dan halaqah

Posted on: Januari 12, 2009

Konsep 1001 malam resepsi Mawi, Ekin

PASANGAN bahagia Mawi dan Ekin pada majlis resepsi perkahwinan mereka
di Hotel Palace of Golden Horses, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Acara gimik menaiki bot dan diarak menunggang kuda dari pekarangan hotel menuju ke dewan persandingan menjadi penutup upacara resepsi perkahwinan penyanyi Mawi, 27, dan pasangannya, Ekin, 29.

Majlis resepsi bertemakan 1001 malam itu berlangsung dalam suasana penuh gemilang di Hotel Palace of the Golden Horses di sini semalam dan layak menjadi Wedding of the Year.

Mawi dan Ekin kelihatan berseri-seri dengan menyarungkan sepersalinan busana rona perak rekaan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizalman Ibrahim.

Majlis itu ialah upacara ketiga setelah mempelai tersebut sah menjadi pasangan suami isteri tiga minggu lalu.

Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah menjadi tetamu kehormat memulakan upacara menepung tawar.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan persembahan penyanyi Anita Sarawak, Rabbani, Yassin, Zahid AF2, Marsha dan Mila.

Rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis persandingan itu ialah Sazzy Falaq, Stacy, Melissa Saila, Linda Onn, M. Nasir, Ning Baizura dan Ramli Sarip.

Turut hadir ialah bekas tunang Mawi, Nordiana Naim dan suami, Suhaimi Saat bersama anak mereka, Ehmad Hadie Elfardie.

p/s Minta maaflah bukannya nak letak  posting macam ni tetapi sekali sekala boleh lah ya. Lagipun nampak comel kedua mempelai ni berpakaian ala arab. Saya juga bukan peminat Mawi Ekin. Malam tadi lepas solat isyak on tv. Buka TV9 nak tengok halaqah yang bertajuk Al Aqsa. Bila iklan tukar ke chanel lain pulak. Sekejap ke astro Oasis ada sebutan syariah, tak minat. Lepas tu di astro Prima ada Jozan lagilah tak berminat. Pastu ke astro Ria. Mak aih tak tahu pulak ada resepsi mawi Ekin. Melekat sekejap di situ. Ustaz Asri baca doa..rabbani buat persembahan. Mak aih semuanya pakai ala arab tutup muka yang perempuannya, macam perempuan arab. Pada mulanya saya tak tahu pulak majlis resepsi Mawi Ekin ala-ala arab. Almaklumlah tak ikut perkembangan diorang kononlah tu hehehe….tetapi jeling tu adalah…….

Mula majlis baca doa…dah biasa dah demo-demo nih. Lepas tu ada menyanyi-nyanyi pulak.

kat Palestin penuh dengan ketakutan dan kesengsaraan, bom, bedil meledak di mana-mana. Makan pakaipun tak cukup.  Kesian dekat kanak-kanak, wanita dan orang tua Palestin menjadi mangsa kerakusan israel.

Erm….malam tadi seorang pak menteri dan berkopiah putih berjubah tanpa rasa bersalah menghulurkan tangan kepada pasangan pengantin perempuan, begitu juga dengan tok ketua. Memang mencemarkan imej kopiah putih dan jubah yang di pakai malam tadi. Tak reti-reti lagi ke halal haramnya. Begitu juga pompuan-pompuan bersalaman dengan Mawi. Kalau dulu dia mengata kat Rosyam Nor alahai.

Lalu saya menonton halaqah semula, macam tulah nafsu manusia semuanya nak tengok, mana nak tengok halaqah mana nak tengok resepsi Mawi Ekin. Alahai yang lebih nak tengok resepsi Mawi Ekin.

Tetapi bila menonton halaqah malam tadi dapatlah juga sedikit pengetahuan isu Palestin. Dan sejarah yahudi laknatullah.

Mungkin inilah majlis perkahwinan yang paling gemilang dan gah yang saya tonton di saat Palestin sedang bergolak. Apa-apapun selamat berbahagia dan semoga kekal ke hujung nyawa untuk Mawi dan Ekin.

Advertisements

13 Respons to "1001 malam dan halaqah"

Sehebat mana pun prkahwinan Mawi Ekin, kita tgk pulak sampai bila ikatan mereka brtahan….Harap-harap tak jadi mcm artis lain brkahwin.

Komen : ”Ai kak, siap dengan gambar lagi tu. Mawi , ente mcm
Aladin laa..

harap-harap panas hingga ke petang.. volleee gittewww

Ahmad Zafir

Semoga ikatan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat…..gambar tu copy aje. Tp awatnya kuda macam tak mau jalan aje …takut tengok lampu banyak kot…..

kek dia wow sebiji macam bantal…tak mau komen lebih2 ahmad zafir nanti peminat mawi marah pulak..

en me…

ya biar panas sampai ke petang…tapi baru lepas banjir…….

artis biasalah, dah jadi barang dagangan..

salam, ulasan yang bermakna , 🙂 … tak berapa minat nak ulas pasal mawi dan ikin ni … apa yang pasti ” pernikahn @ perkahwinan suatu yang dituntut di dalam Islam “

moga2 Mawi dan ekin kekal selamanya, hendakNYA… dengor kate esok mawi n ekin nak g BERBULAN MADU…. BTOL KEE!!!

mawi takkan tepu kan..
hihiih

Salam Duwenk. Mawi ni jenis ‘lemak tak tepu’ punya.
Salam Siti Damia. Diprcayai mereka brdua akan brbulan madu d South Korea.

Salam

Ahmad Zafir..Duwenk, Wanto, ustaz Kamal n Siti Damia

Erm saja2 letak posting ni …takde apa2 saja2 je sebab tak tau nak tulis apa2….

kalau ikutkan nak ulas panjang lebar hihihih…tapi takut pulak orang bawak cili kekeke…tak gitu ks…

cuma satu ajelah depa ni nak khawin heboh satu dunia..ceraipun satu dunia apa la….kalau khawin menyorokpun tak boleh jugak alahai…baik jadi orang biasa huhuhu……..

ape2 hal jelah janji dia orang bahagia

apa-apa aje…….. moga rumah tangga ku bahagia hingga ke syurga dengan berlandaskan keimanan insya Allah.

semoga bahagia ke anak cucu….he he

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2009
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 840,938 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: