bila hatiku berbicara

Manusia ke apa ni?

Posted on: Januari 20, 2009

Campak bayi marahkan isteri

Oleh Hadzlihady Hassan dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim am@hmetro.com.my

AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam. Insiden itu dilihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan tanpa disedari pasangan terbabit. Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki terbabit mulanya dilihat bersama isteri menaiki Proton Wira hitam sebelum berlaku pertengkaran antara mereka. Lelaki itu kemudian keluar dari kereta lalu mengambil bayi terbabit yang diletakkan di tempat duduk belakang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju.

Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain tidak mempercayai bayi terbabit anaknya sendiri.

Menceritakan kejadian terbabit, pengawal keselamatan itu, Hairul Azwan Hamid, 29, berkata mulanya dia ternampak sebuah kereta berhenti berhampiran tong sampah di stesen LRT terbabit sebelum terdengar orang bergaduh.

“Saya melihat seorang lelaki dalam keadaan marah keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk penumpang sebelum terdengar wanita itu menjerit.

“Saya hanya memerhatikan perbuatan mereka kerana enggan masuk campur,” katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Kampung Warisan.

Dia mendapati lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali diikuti jeritan wanita itu yang semakin kuat.

“Saya perhatikan kaki wanita itu berada di luar menyebabkan dia cedera akibat tindakan lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali,” katanya.

Hairul segera mencatat nombor plat kereta terbabit kerana khuatir berlaku perkara buruk sambil terus memerhatikan mereka.

Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan membuka pintu belakang kereta dan membawa satu ‘objek’ sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

“Selepas ‘objek’ itu dibuang, saya lihat wanita terbabit keluar dan cuba mengambilnya kembali, tetapi dia dihalang lelaki berkenaan dan ditarik masuk ke dalam kereta.

“Apabila cuba sekali lagi mengambil ‘barang’ dalam tong sampah itu, dia ditarik semula sebelum lelaki itu memecut kereta,” katanya.

Disebabkan perasaan ingin tahun, Hairul pergi ke tong sampah itu dan ketika menghampirinya, dia terdengar suara bayi menangis.

Sejurus melihatnya, dia terkejut kerana mendapati objek terbabit seorang bayi comel sebelum mengangkatnya keluar dari tong sampah.

“Saya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang,” katanya yang kecewa dengan perbuatan dilakukan lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri terbabit sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 4.30 petang semalam.

“Mereka yang berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan bermula hari ini. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

p/s tak waras agaknya buang anak dalam tong sampah, kesian bayi yang tak bersalah menjadi mangsa keadaan…………..

Advertisements

12 Respons to "Manusia ke apa ni?"

salam..

Itulah dunia..mula-mula mak bapak campak budak..tapi bila budak dah besar dia campak mak bapak pula..tak gitu?

Salam…

Erm betul2…Tapi itulah hakikat dunia sekarang…manusia seolah2 sudah tiada belas kasihan…tiada rasa kasih…yg menjadi mangsa ialah insan2 yg lemah, yg tak berdaya…satu contoh terdekat, mangsa di gaza…he3…tetba je cite pasal gaza plak…erm apa pun,sama2 la kita berdoa agar semua umat muslim di dunia akan terselamat dari malapetaka…Amin.

Ibnurashidi dan rossa

itulah….yang sedihnya insan kecil yang tak berdosa menjadi mangsa. Kot ya pun bergaduh ke selisih faham ke jangan jadikan anak yg tak berdosa menjadi mangsa kasihan anak tu. apalah malang dapat ayah macam tu..baca dalam metro semalam…lepas dia campak anak tu dia pergi tengok pulak..pastu terkejut sebb anak tu dah di ambil polis..rasanya dia sayang dan menyesal..tp mungkin jugak dalam keadaan emosi yang agak tak waras. Walau apapun jangan biarkan anak menjadi mangsa keadaan……

Salam…
Erm betul tu kak nuriman, seharusnya apabila kita bergaduh suami isteri, salah seorg mesti jadi air jika seorang lagi dah jadi api…wpun kita tak salah, biarkan kemarahan dia reda dahulu, baru kita terangkan situasi sebenar…semoga kita semua dalam lindungan dah dirahmati Allah….Amin.

salam erm pandai rossa bagi komen..mekasih ya kerana selalu mampir ke blog akak yg x seberapa ini…….ada terima emel dr akak ke?

Salam,
Memang malang betul budak tu dapat bapa yang tak waras macam tu. Dah dapat anak, sia-sia aja nak buang dalam tong sampah. Dia ingat anak tu anak patung apa, boleh campak sesuka hati. Dia tak tahu berapa ramai lagi pasangan lain yang bertahun-tahun berusaha pun masih belum dikurniakan anak sampaikan sanggup berhabis-habisan berubat untuk dapatkan anak, dia yang dah ada anak tak reti-reti nak hargai. Kalau ada masalah pun, cubalah runding baik-baik. Ini buat kerja yang sia-sia aja…

salam…..

camtu lah kan..org tak ada anak nak sangat anak..tapi belum jugak ada rezeki…yang sudah ada zuriat tu hargailah…………

Pergh!! Saya ingat bayi yg dilahirkan di luar nikah saja dicampakkan dlm tong sampah. Rupa-rupanya pasangan suami istri pun ada yg sanggup buat ?! Ape ke jadahnye diorang tu (maaf bahasa)…

Apa pun kita tengok plak pentadbiran Encik Obama…

Erm ahmad zafir entahlah dunia sekrang ler ni..encik obama rasanya hmm entahlah..tengok kat asro awani kelmarin….dia kata tetap sokong israel , sebab katanya hamas selalu menyerang israel yang tak berdosa..israel hilang sabar ..ingat ok kalau dia ambik alih..tp rasanya diapun boneka yahudi …………

harap Allah beri kesedaran kpd mereka,banyakkan zikir inysaAllah Allah akan beri kesabaran kepada kita…Amin……

Kepada anda semua, mereka ni bukan manusia. Tapi syaitan yg brtopengkn manusia !!
Beruang Grizzly, harimau Siberia, gajah afrika, ular anaconda, katak puru, lintah bulan, cacing kerawit, cacing tanah, tapir malaya, org utan, tupai, tikus mondok, babi hutan, siput babi, ayam serama, burung kakak tua, burung kakak muda, ikan jerung. sotong kurita, tyranosaurus rex(T-rex), kumbang, semut gatal……… lihatlah binatang2 yg saya sebutkan ……….. mereka tak penah bunuh anak sendiri. Campk dlm tong sampah pun mereka tak prnah.

Kronol ak Iruk….

err kucing jantan makan anak sendirik kan. Dunia akhir zaman…kalau zaman jahiliah cuma anak2 perempuan sahaja di bunuh dan di tanam hidup2..tetapi di Malaysia kanak,bayi lelaki, perempuan dan janin di bunuh sebelum sempat mereka menikmati sebuah kehidupan yang mereka sendiripun tidak minta di lahirkan. Tetapi kerana angkara makhluk yang berlainan jenis melakukan perbuatan terkutuk maka lahirnya mereka di atas muka bumi ini. Mereka tidak bersalah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2009
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: