bila hatiku berbicara

Akhlak makin teruk

Posted on: Januari 26, 2009

Oleh Maiamalina Mohamed Amin maiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Apabila merasa diri sudah tidak bertuhan lagi menyebabkan ramai lelaki atau suami seolah-olah relakan saja jenayah sosial ini, manakala wanita pula merasakan diri mereka tidak boleh dipersalahkan atas masalah yang sudah berlaku. “Ini semua petanda bahawa keruntuhan akhlak masyarakat Islam semakin teruk selain kebangkitan semula zaman jahiliah,” kata pakar motivasi, Dr Rubiah K Hamzah mengulas kes isteri curang yang lebih berminat memburu lelaki warga asing. Kes isteri curang mencari ‘kekasih gelap’ atau ‘makan luar’ di kalangan lelaki warga asing berkerjaya profesional, dianggap trend baru selepas mereka mendakwa lelaki warga asing mampu memuaskan segala-galanya mengatasi suami yang gagal berbuat demikian. Rubiah berkata, apabila akal manusia sudah bertunjang kepada nafsu dan bukan lagi Tuhan, mereka gagal mengenal erti dosa dan pahala sekali gus menggambarkan institusi kekeluargaan tidak lagi menjadi tapak semaian terbaik untuk anak.

“Tidak mustahil apabila masalah ini berlarutan lebih lama, anak muda yang disifatkan bakal pemimpin masa depan menjadi lebih buruk perangainya kerana mereka sudah disogok dengan suapan duit ‘gelap’ begini daripada ibu bapa.

“Kalau di zaman jahiliah berhala menjadi tunjang memesongkan akidah, di zaman ini duit disifatkan pengganti, malah orang yang hilang pegangannya ini mencari kemewahan kerana dianggap lebih penting dan selamat.

“Lebih teruk lagi mereka sudah sampai tahap yang merasakan tidak perlu ada tuhan yakni Allah SWT untuk hidup, sebaliknya wang serta kemewahan lebih diutamakan,” katanya.

Beliau yang juga penceramah bebas menjelaskan penguatkuasaan undang-undang dan didikan agama perlu dikembalikan kepada bentuk asal jika mahu memperbetulkan keadaan yang pincang itu sekali gus membawa pelaku ke pangkal jalan.

“Jangan pula kita biarkan saja undang-undang tanpa penguatkuasaan dan rasuah berleluasa kerana ini menyebabkan mereka yang mahu menegakkan keadilan enggan lagi melaporkan sebarang kepincangan dalam masyarakat kerana aduan mereka tidak dilayan.

“Akhir nanti apabila sukar dibendung, maka hilanglah terus rasa kemanusiaan yang menjadi sendi dalam masyarakat, sebaliknya mereka (masyarakat) lebih gemar tutup mata dan biarkan saja apa yang berlaku tanpa rasa mahu membetulkannya,” katanya.

Metro Ahad semalam melaporkan kes suami atau isteri curang mungkin bukan perkara baru hingga timbulnya istilah ‘makan luar’ atau ‘kekasih gelap’ di kalangan masyarakat, bagaimanapun kini timbul ‘trend’ baru di kalangan isteri curang apabila mereka lebih berminat memburu lelaki warga asing yang bekerjaya profesional.

Temu bual dengan empat isteri curang yang kini menjalin hubungan dengan lelaki asing, semuanya warga asing, semuanya mengaku hubungan dengan kekasih masing-masing bukan setakat kawan biasa tetapi sehingga ke bilik tidur.

Alasan diberikan mereka di sebalik perlakuan keji itu ialah kecewa sikap suami masing-masing yang disifatkan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, selain hilang kepercayaan terhadap kewibawaan lelaki tempatan.

p/s  Ya Allah apa nak jadi dengan masyarakat sekarang ni?  Agaknya terlalu power ayat-ayat cinta si mamat asing   hinggakan mangsa menjadi cair Na’uuzubillah himinzalik.

Advertisements

8 Respons to "Akhlak makin teruk"

apa nak jadi dengan masyarakat kita… kenapa perkara macam ni boleh berlaku..

erm zino entah le moga di beri taufik dan hidayah amin…

byk perkara manusia takkan pahamm..

duwenk….bukan jugak tak faham tetapi saja buat2 tak faham kerana terlalu ikutkan nafsu atau mungkin jugak terjebak kot…entah la…minta jauhlah kita ya…

Tugas kita untuk saling ingat-mengingatkan. Jika alpha dan tersesat, kembalilah ke pangkal jalan.

salam ukhwah..
ntah macam mna boleh terjumpa blog ni
wah..x sangka nama blog kita nk dekat sama
bila hatiku berbbicara ~ biar hati berbicara
ngeh3~

Salam ukhuwah………..

sahabat eh biar betui..sebenarnya saya letak nama tajuk ni bila menerima kiriman emel dari seorang sahabat yang telah kembali ke rahmatullah tak berapa lama selepas saya menerima emel darinya..cuba pergi baca kat tentangnya aku adalah tajuk bila hatiku berbicara. Saya tertarik dengan tajuk ni kerana blog ini membicarakan tentang semua…adakalanya hati saya terlintas untuk menulis tentang apa yang ada di hati ini.

tetapi semenjak akhir2 ini bila hatiku berbicara pakai main copy n paste saja…alahai agaknya hati saya tak boleh nak berbicara lagi kerana entah macam mana idea tak berapa n ak ada. Dan baru2 ni saya terbaca ada tajuk sebuah novel yang bertajuk bila hatiku berbicara…seperti jugak blogspot saya andai ini takdirnya untukku adalah tajuk sebuah novel..pun secara kebetulan tidak cilok kat mana2…tetapi ianya terlintas dari hati….
dan secara kebetulan timbulnya idea sendiri untuk memilih tajuk2 itu…….

bagilah blog anda ek…

ya akak semoga kembali ke pangkal jalan…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2009
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 853,974 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: