bila hatiku berbicara

Bunuh diri bukan jalan selesaikan masalah

Posted on: Februari 18, 2009

KUALA LUMPUR: Jangan selesaikan masalah dengan wujudkan masalah lain! Masyarakat sepatutnya berpegang pada pendirian itu apabila berdepan sesuatu musibah kerana ia mampu mengarah kepada tindakan wajar dan patut diambil seterusnya. Malah, musibah dalam kehidupan bukan bermakna pengakhir kepada semua perkara, sebaliknya satu proses yang mematangkan diri dan bagi umat Islam pula ia adalah ujian Allah s.w.t bertujuan menguji sejauh mana ketakwaan seseorang. Perunding Motivasi, Prof Madya Md Izuddin Ali, berkata tindakan mengakhiri masalah dengan membunuh atau menyeksa diri bukan langkah bijak kerana terdapat penyelesaian lain yang dapat menolong ringankan beban termasuk berbincang. “Seteruk mana masalah kita atau sebeban mana tekanan yang perlu dipikul, janganlah pendekkan langkah dengan menyeksa atau membunuh diri kerana masih ada ruang untuk menyelesaikannya terutama menerusi perbincangan dan nasihat daripada orang berpengalaman. “Lagi pula dengan meluahkan masalah kepada insan terdekat yang boleh mendengar, sebenarnya boleh menyelesaikan separuh daripada masalah sekali gus mengelak tekanan yang membungkam perasaan, berbanding jika kita pendam. “Kalau orang yang suka pendam rasa ini yang membuatkan diri mereka hilang kawalan dan tidak mampu berfikir dengan waras selain mendorong melakukan perbuatan terlarang,” katanya. Sementara itu, Perunding Motivasi Human-Touch Consultant Sdn Bhd, Mohd Zawawi Yusoh, berkata cinta sesama manusia yang berlandaskan nafsu dan bukan kerana Allah s.w.t yang mendorong umat Islam gagal menerima kekecewaan. Katanya, jika seseorang mengutamakan cinta terhadap Allah s.w.t berbanding cintanya kepada manusia, maka dia akan pasrah terhadap sebarang kepincangan dalam perhubungan malah, menganggapnya ketentuan yang juga qada dan qadar Tuhan.

Komen saya: Semenjak akhir-akhir ini ramai yang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri. Saya selalu ke blog Mazidul ngeri bila melihat gambar keadaan mangsa yang membunuh dirinya sendiri. Eh tak takut ke eh nak minum pencuci lantai, terjun dari jejantas dan berbagai caranya lagi…..

Bunuh diri bukan jalan penyelesaianya. Banyakkan membaca buku-buku agama… bagaimana balasannya kelak di akhirat orang yang mengambil nyawanya sendiri. Dah tak sabar sangat nak mati sebelum di ragut Malaikat Izrail. Hinggakan sanggup mengambil nyawanya sendiri. Sebab tu lah diaorang sanggup membunuh diri  .Semua agama mengutuk membunuh diri,tetapi mereka lebih suka mengambil jalan yang singkat. Padahal semuanya bukan selesai di situ sahaja…………….nun di SANA apa nak jawab di hari pembalasan kelak?(bagi yang berugama islam).  Sudahlah dosa lain tidak terpikul inikan pulak dosa membunuh diri…tak bau syurga Nauzubillah hi minzalik………..

Tidak ada manusia di atas dunia ini yang tidak ada masalah. Sebaiknya-baiknya selesaikanlah dengan cara baik. Tak payahlah nak tamatkan riwayat hidup. Kan hidup mati kita ni Allah yang tentukan….

pokok pangkalnya iman……

Advertisements

3 Respons to "Bunuh diri bukan jalan selesaikan masalah"

ambik jalan singkat .. utk selesai masaalah.. yg dia ingat boleh selesai..

alarr…
iman tade mcm2 la..
tuh bunuh sbb mental tak kuat..
hihih

salam zino dan duwenk

erm macam ni lah yang berlaku sekarang ni…entah la………….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Februari 2009
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Blog Stats

  • 838,637 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: