bila hatiku berbicara

Tulis-tulis sikit

Posted on: Februari 20, 2009

Criter bab lain sikit ni ,almaklumlah sejak dua menjak ni blog saya hangat dengan doa-doa  dan komen-komen untuk mendapat zuriat. Alhamdulillah saya bersyukur kerana dapat berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan dengan kawan-kawan semua. Tanpa kalian sepilah hidup saya.

Walaupun saya menyepikan diri dari menulis di mana-mana blog, bukan bermakna saya tidak membaca apa yang berlaku sekarang ni.  Saya menyepi dari menulis blog kerana saya harus menyelesaikan banyak perkara.  Tetapi saya tetap menjawab komen-komen dari kawan-kawan. Banyaknya peristiwa  yang berlaku sekarang ni. Pergolakan politik dan sebagainya lagi, kalau dulu saya suka jugalah bercerita kat dalam blog ni. Tetapi sekarang entah rasa macam malaslah pulak, sebab banyak sangat blog yang boleh saya baca.  Kekadang buat saya tersenyum dan kekadang membuatkan hati saya menjadi geram marah dan berbagai perasaan lagi yang timbul. Tetapi untuk memberi komen seperti biasa kalau tidak ada banyak ilmu baik tak payah.  Kalalu nak komen mengutuk dan memaki hamun rasanya itu bukannya cara kita sebagai orang islam.

Banyak saya baca komen-komen di blog  orang,  ada yang baik, pedas melampau dan berbagainya lagi. Ya Allah apalah nak jadi, dunia ini hanyalah sementara sahaja. Sedih benar melihat umat islam hari ini  bercakaran sesama sendiri. Saling tuduh menuduh,kutuk mengutuk, maki memaki ,  dan entahlah. Bilalah mereka hendak sedar. Sampai bilalah ianya akan berterusan? Apakah mereka akan sedar bila berlakunya peperangan seperti di Palestin dan sewaktu dengannya. Sedih melihat umat islam bercakaran, sedangkan kaum kafir laknatullah bertepuk tangan gembira melihat umat islam berpecah belah bercakaran sesama sendiri.

Maaflah kawan-kawan ini hanyalah sedikit luahan hati saya. Dah lamanya saya tidak menulis kat mana-mana blog.  Mungkin sebab itu idea untuk menulis sudah hilang. Blogspot sayapun saya tinggal sepi. Kalau nak diikutkan banyaknya peristiwa yang berlaku dalam hidup saya, ianya datang tanpa di duga,berjauhan dengan  anak tersayang, benar-benar menguji saya.   Kalau nak berceritapun tidak elok juga untuk tatapan umum,  simpan saja dalam hati. Saya percaya suatu hari nanti mentari akan muncul jua menyinari hidup kami.  Andainya suatu hari nanti terbuka pintu hati saya untuk bercerita saya akan bercerita lagi.

Untuk mengisi rasa sunyi saya membaca buku-buku agama yang banyak terdapat di rumah. Kalau dulu novel setebal manapun saya habis baca, tetapi kalau buku-buku agama  nak baca habis satu buahpun payah. Tetapi setelah saya rasa banyak sangat yang berlaku dalam hidup saya. Saya cuba membaca semula buku-buku agama untuk menambah ilmu yang kekurangan. dan untuk mencari ketenangan jiwa. Ya Allah kekadang apa yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya kawan-kawan.  Bersabarlah………..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Februari 2009
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: