bila hatiku berbicara

sampai hati mereka buang bayi ini

Posted on: Mac 5, 2009

Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi

VERAPPA melihat mayat bayi yang dijumpainya di dalam longkang di Batu Feringghi, Pulau Pinang semalam.

TELUK BAHANG – Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36.

Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.

Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ.

“Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak.

“Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya ketika di temui semalam.

Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran.

Kata saya: Ya Allah kejamnya manusia ni….sayu hati bila melihat bayi yang putih melepak ini di buang.

Manusia sudah tidak kenal erti belas ehsan..manusia semakin kejam…semakin rakus. Semakin gawat akidah, menakutkan.  Saya kalau baca bab  bayi di buang pasti saya berhiba hati kerana betapa tidak berperi kemanusiaannya mereka ini dengan sewenang-wenangnya membuang bayi. Berani buat berani tanggunglah. Masa buat tak ingat, cuma ingat seronok sahaja tetapi bila mai tang tak seronok perut buncit lepas tu bila dah keluar isinya di buang. Manusia jenis apa ni? Harimau pun sayang anaknya. Nak labelkan apa kepada mereka yang membuang bayi ini? Inilah kalau mengikut telunjuk syaitan durjana.

Kenapa orang  putih sanggup menjaga anak luar nikah mereka? Tetapi kenapa orang Malaysia sesuka hati membuang bayi mereka? Malu? tahu malu habis tu masa duk selak kain nak bagi kat orang “benda” kita tak malu ke? Nafsu mengatasi akal, hilang sudah rasa malu.

Mereka tidak minta di lahir ke dunia ini. Kenapa mereka di buang dan di jadikan makanan burung gagak? sungguh menyayat hati. Bimbinglah mereka-mereka ini ke jalan yang benar. Bukankah di Malaysia ini ada islam hadhari Pak Lah (huhuhu jangan marah emangnya betul tuh), ada ulamak-ulamak  yang bagus-bagus (Dato  Harunsani  dan Dr Mashitah) carilah satu inisiatif untuk remaja-remaja ini agar ada pengisian mereka ke arah islamik. Bukan kearah yang menjahanamkan mereka.( Bukankah mereka ini yang bakal menjadi pemimpin jadi macam ni ke pemimpin di masa akan datang?) Kita mahu yang islamik…..ulamak-ulamak ini kena bersuara agar hapuskan kemaksiatan dan kemungkaran di negara Malaysiaku tercenta ini. Bukankah dahulu Dato Harunsani lantang bersuara mengkritik Sure Heboh( sekarang sudah jadi Jom Heboh).

Terapkanlah ilmu-ilmu agama, (bukan hiburan yang melampau) berilah pendedahan kepada mereka.  Di sekolah banyakkan mata pelajaran agama, (bukan hanya melepas batuk di tangga).  Sebagai ibu dan bapa berilah perhatian kepada remaja-remaja ini. Tolonglah anak-anak kita, agar nanti bila di tanya di pandang masyar  kita ada jawabannya untuk berdepan dengan RAJA SEGALA RAJA ( ALLAH).

Jangan biarkan remaja-remaja kita hancur dek kealpaan duniawi yang semakin gawat dengan akidah ini. Hapuskan pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut, arak,judi karaoke dll untuk orang islam yang sudah sedia haram tu( di tv dah tak larat nak tengok dah). Kasihan mereka ini……hanyut di buai mimpi indah ciptaan manusia yang lalai yang hanya gilakan kehidupan dunia yang hanya sementara ini. Tolong dan bantu mereka………..

apa aku merepek ni? ada orang marah ke eh? Memang betulpun kerana banyak sangat terdedah-dedah dengan budaya-budaya yang tak sihat. Sebab itu remaja-remaja kita hanyut masih di buai mimpi( Jangan kata remaja, orang tuapun ada yang beperangai macam remaja sekarang ni, udah tua-tuapun masih riba meriba dan hmn pklah sendiri, dunia sudah akhir zaman, perasaan malu sudah hilang dah).  Hantarlah anak-anak kita mendalami ugama islam. Jangan hanya terfikir nak dapat sijil dan pangkat sedangkan akidah hancur lebur. Biarlah seimbang dunia dan akhirat,tetapi biarlah ilmu akhirat yang lebih.

saya percaya kalau mereka ini di beri perhatian dan bimbingan mereka pasti akan berubah. Tetapi ingat ke arah islamik….

Nasib ada rumah perlindungan Raudatul Sakinah dan Kewaja. Kalau tidak kesian meraka- mereka ini. Tidak ada arah tujuan bila diri sudah ternoda. Itupun kalau mereka ke situ terselamat dari membuang bayi mereka. Tetapi yang menyedihkan mereka tergamak membuang bayi…sedihnya.

Bila dua manusia berlainan jantina tinggal berduaan, ingat ada orang ketiga iaitu syaitan.

peringatan untuk diriku jua………bimbinglah keturunanku ke jalan yang di redhaiMu Ya Allah. Bantulah mereka-mereka ini agar kembali kepangkal jalan menuju redhaMu.

Advertisements

13 Respons to "sampai hati mereka buang bayi ini"

Mmg SIAL SIAL SIAL org BUAT CAMTUH..
BUANG BAYI AND BUNUH BAYI.. SIAL CELAKA SIAL CELAKA…

(mmg aku emo pasal buang bayi nih)

Sedihnya hati saya…tak tahu nak ckp…… 😦

Korang hajaQ punya orang. Aku nak doa oraNg yg buang baby tu jadi ‘ kera waterfall ‘. Tempat tu dekat jugak ngan rumah aku. Kalau ditakdirkan orang tu ada kat depan mata aku, gerenti aku pancong kepala dia !!

Kalihamput ! chaitt !

Anak betongpun orang bela inikan anak orang, nanti aku nak tebas dengan pedang samurai Jagat kalau aku nampak orang buang bayi.

Duwenk,widy,ahmad zafir dan jagat

sayapun memang marah dengan manusia yang macam ni..ni bukan manusia ni…tp apa ya? kalau dah binatangpun sayang anak kita nak panggil diorang ni apa eh?

Teringat masa zaman sekolah rendah dulu…di rumah saya banyak bela arnab…saya memang suka arnab. Suatu hari tu saya ternampak ada satu benda bergerak2 berwarna merah seakan anak tikus di atas rumput. Rupanya itu anak arnab yang baru lahir..tercicir agaknya. Lalu saya mengambil dengan kertas meletakkan anaknya di dalam sangkarnya. Nak tahu betapa marahnya ibu arnab itu kepada saya..kerana sangkanya saya saja mengacau anaknya. Begitulah sayangnya arnab itu kepada anaknya. Tetapi manusia sekarang ni tidak seperti ibu arnab peliharaan saya. alangkah baiknya kalau jadi arnab ini dari menjadi manusia. Manusia ada akal tetapi sayangnya tidak pandai menggunakan akal. Ibu arnab walaupun tidak berakal ttp dia sayangkan anaknya, kerana dia sudah merasai betapa sakitnya melahirkan anaknya… walaupun anaknya kecik jika hendak di bandingkan dengan anak manusia. Tetapi manusia mereka tergamak membuang anak yang lahirnya dari hasil rahimnya sendiri kerana termalu dek terlanjur dan tidak tahu apa yang harus di lakukan.
Jalan singkat buang,tak kiralah di dalam longkang tong sampah, sungai dan sebagainya. Huh sayapun emo ni duwenk…

saya rasa si ibu mungkin tidak tergamak untuk membuang bayinya… mungkin juga ada pihak yang membantu gewenya kali. Tetapi kalau si ibu yang berhati kejam akan membuangnya juga biarpun dia tahu betapa sakitnya melahirkan anak. Ingat bersalin ni tak sakit ke? cuba tanya kakak dan emak2 kita…tentu jawapan yang mereka berikan sakit yang amat sangat.

Alangkah baiknya kalau ini di beri kepada mereka2 yang memerlukan seperti saya ini…

Ahh..ou.. Bodoh betul lah orang yg buang bayi nih.. Au.. Dia bagi kat I pun takper.. Ou..ahh..uh.. Boleh jager dia.. ah.. Kepade anda di atas semuer,…tolonglah jgn guner prkataan mcm tuh.. Korang suker maki ke? Ahh..ohh..uhh……..Au.. I tak suker lah guner prkataan mcm tuh.. I nih sopan santun..Auh.. Suker hormat org tua.. Sebenarnyer I pun marah dekat org yg buang bayi tuh..ah.. I pulak akan tumbuk muker org yg buang bayi tuh sampai patah habis gigi depan dia..Ahh..uh..au.au…aiii………………ahhh

Erm Hai puan Nur Iman binti ? …ahh..au… I akan selalu lawat blog puan nih mulai sekarang.. Boleh lah I bagi komen… hobby I ialah suker makeup muker… I seorang pereka fesyen di Johor Bharu.. Ahhh…ouhh…Aduh…Au…

Salam kak nuriman dan semua…
Akak, org yg sanggup buang bayi ni mmg tak layak digelar binatang kerana binatang pun tau sayang anak…erm saya setuju dengan komen2 akak coz akidah remaja zaman sekarang memang dah terpesong, masih bersekolah tapi selamba je rakam video aksi melampau diorg yg dah makin banyak tersebar…mana peginya alim ulama kita, mana peranan mereka?ntah r kak nuriman, sekarang ni dunia dah nak kiamat kot…macam2 petandanya dah ada…Nauzubillah, Ya Allah, Kau berikan la balasan yg setimpal kepada golongan yg mempersiakan amanah yg telah Kau berikan kepada mereka…Amin!

Masa saya baca ttg berita ni then bila tengok pic ni, hati ni tersentuh…rasa sedih sangat kak nuriman…macam tu je mereka buang bayi, macam buang sampah je!tak terfikir ke nilai nyawa seseorg bukanlah ditangan kita…inilah akibatnya kalau hanya keseronokan yg dicari…bila dah buncit mula la menggelabah…Aduyai sedangkan kita ni yg dah lama berkahwin tapi belum dikurniakan zuriat…Ya Allah…Jika ini dugaan dari Mu utk diriku, Kau berikanlah aku kekuatan utk mengharungi segala dugaan Mu ini…kerana aku hanyalah hambaMu yg lemah…

khuzairy dan rossa

memang takde perasaan orang yang buang bayi ni..sedih tengok gambar ni. siapalah yang buat kerja ni. Kalaupun tak nak janganlah di buang, bagilah kepada orang yang memerlukan macam kita ni kan rossa. Akak ni kalau orang nak kasi nak saja rossa..tp susah nak dapat.
Itulah kalau orang dah takde iman, kalau adapun terlalu rapuh dah di kuasai nafsu. Itulah kalau dah banyak sangat terdedah dengan benda2 lucah, terpesong dan tersasar jauh. Na’uzubillah…

Ni gerenti org yg buang baby tu org Melayu !! Takdak bangsa lein dah…..

bangsa lain mana pernah dengar buang bayi..malunya kat bangsa lain..

Salam…
Erm 99% betul maybe melayu yg buang bayi ni..coz tahap akidah remaja sekarang ni memang membimbangkan…wpun masih bersekolah tapi terlebih maju tentang seks…tak salah utk beri pelajar sekolah pendidikan seks dari awal, tapi mesti ada pemantauan dari org dewasa agar tak tersasar dari apa yg sepatutnya mereka belajar…ntah r kak nuriman, saya takut gak nak komen lebih2 coz saya pun ada adik2 yg masih kecil, masih bersekolah, semoga mereka tak terjebak dengan gejala yg tak sihat seperti ni…Nauzubillah…

sedih bila baca artikel ni…..bongok nye dorg sgup buang bayi, darah daging sendiri…..
sgup biar anak sendiri di jadikan makanan gagak…

dunia akhir zaman…..

nnti org nak wat kajian pasal kes remaja yang buang bayi ni….so sape2 x tau rumah jagaan yang jaga dorg kat area johor ni…

nak wat temubual dengan mereka ni….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2009
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: