bila hatiku berbicara

Raja lawak3

Posted on: Mac 7, 2009

Nak cerita tentang raja lawak pulak ni alahai apa salahnya sekali sekala.

Saya memang penonton setia raja lawak3 dari awal hingga akhir.  Saya menonton raja lawak bukan kerana ada Amir orang senegeri. Amir tak membuatkan saya tergelak. Cuma malam tadi untuk persembahan pertama tu Amir okeylah juga, tak tergagap-gagap sangat, tetapi persembahan kedua tu kesian, bab kata Ibu Fauziah Amir seperti berserah.  Apa-apapun tahniah jugak untuk Amir.  Amir kena belajar bercakap ya Amir. Awakpun boleh pergi lebih jauh, kerana Tuhan memberikan awak kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Lagipun kata Ibu Fauziah bukannya senang hendak buat orang ketawa dengan lawak kita.  Saya suka tengok persembahan Sepah, Jihan dan LNJ. Tetapi sayangnya nasib tidak menyebelahi LNJ. Masa minggu ke 9 tu saya mengharapkan Amir yang keluar tetapi rupanya LNJ.

Untuk Amir kena belajar bercakap.  Saya faham kalau orang Kelantan nak bercakap Kuala Lumpur pasti terkeluar juga slang Kelantan, Saya yang berhijrah hampir dua belas tahun ni pun masih terkeluar slang Kelantan kalau bercakap dengan kekawan.  Mungkin sebab itu Amir tergagap-gagap.  Amir kalau nak bercakap dalam loghat Kelantanpun mungkin orang tak berapa faham sangat,  saya rasalah kan  mungkin Amir tidak akan tergagap-gagap kalau dia bercakap longhat Kelantan dalam persembahannya. Tetapi saya suka LNJ diorang selesa dengan longhat negeri depa.

Walau bagaimanapun saya hanya menjadi penonton sahaja. Namun untuk buang duit undi apa-apa realiti TV I’m Sorry. Menjadi penonton boleh  la, tetapi dari membaziaq undi depa lebih baik bagi kat orang yang lebih memerlukan.

Untuk Sepah tahniah lawak anda memang menjadi mantop terhibur saya. Untuk LNJ  jangan bersedih anda hebat.

Tetapi elok ke salah seorang anggota Sepah bertakbir malam tadi di pentas hiburan seperti itu?

Dan satu lagi elok ke diorang ni (kecuali Amir) mencium tangan Param ketika bersalam?

Saya membaca komen-komen yang mengutuk Amir dan Kelantan. Saya tidak setuju kalau nak marah dan bencikan Amir tetapi melibatkan negeri dan seolah marahkan semua orang Kelantan .  Sudah  rezeki Amir masuk ke final. Inilah marahkan nyamuk kelambu di bakar. Cuba baca komen-komen yang lepas, macam-macam diorang mengutuk malahan ada yang menghina. Yalah sebagai  orang senegeri terasa juga bila negeri kita orang kutuk.

sayapun suka tengok program realiti tv, seperti gadis  Melayu ,cari menantu,akademi nasyid, al quran  dan yang terakhir ni raja lawak. Tetapi saya tak minat tengok Af. Entah tak berapa suka yang berbentuk hiburan nyanyi-nyanyi selain dari nasyid.

Dalam berhibur jangan lupa mendoakan untuk Allahyarham Zubir Ali yang telah kembali Ke rahmatullah. Al Fatihah. Saya suka dengar lagu nyanyiannya berunsur ketuhanan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya amin..

Advertisements

7 Respons to "Raja lawak3"

zino jarang sangat tengok program tu.. tahniah le kepada menang yg kalau pun dah boleh cari makan dengan berlawak… tapi bila nak lawak tu biar le cakp kita tu yg buatkan org terhibur bukan aksi aksi yg tak suka di lihat.. ada setengah lawak tu bukan nya nak ketawa tapi naik meluat tengok..

tak kisah lah datang dari negeri mana asal ada unsur nak menghibur.. bukan mengutuk atau mengumpat sesiapa kira ok lah tu.. pasti akan ada peminat setia…nak mengundi lagi le minta maaf hehe..

Hai semuer..ahhh… I nih bakal jadi rajer lawak4 tau..oh ah. au.. ouch !
Hi hi hi hi….au…nanti abang zino tengok I masuk tv tau yek..au… ermh….auh…au
I berasal dari Johor Bahru.. Tengok lah nanti wajah I… kalau tak menang pun I puas hati sebab dapat masuk…auh..au…

Yo memang betul sy baca pernah baca di murai.com ramai orang yang tak suka Amir dan siap kutuk negerinya lagi tu. Kesian Amir lawak tak menjadi. Tetapi tak apa malam tadi dapat juga rm 8000 tak berkongsi dengan sesiapapun. janji dapat masuk TV.

Auuu…kalaulah I dpt RM 8000 tuh, I terus buat botox..auh..eh…em.. botox muker…ouch..au….I nih pondan….

Kuzairy, anda ni sakit sendi ka?

Apa ni main botox-botox….. Apasal banyak sangat au au au dlm ayat awak? Maaf saya kata ner…

Zino, time anak ada kat rumah tak tengok sebab dia nak tengok kartun hehehe. Saja2 je Zino untuk menghiburkan hati.

Betul Zino, kita tak kisah pasal negeri mana. tetapi jangan terlalu memuji kpd org yg kita suka..dan jangan terlalu mengutuk kpd org yg kita tak suka. tak baik kutuk2 ni semuanya ada kelebihannya.

kuzairy.. Saya wanita tulenpun tak berbotox2 haram…

Wanda…

orang yang mengutuk tu dia tidak punya hati dan perasaan. Hanya syok sendiri padahal dia berlawakpun tak reti.

Ahmad Zafir

dia sakit tekak hehehe…

Ahh.. punyer pasal lah I nk sebut aper pun.. Auch… Bukan you yg susah kan?…Ah..Au.. I nih pandai wat lawak tau… ouh..ahh.. Semuer kater I mcm clown…He he he..opocot.. au…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2009
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 835,525 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: