bila hatiku berbicara

Lagu Allah Peduli diharam

Posted on: Mac 14, 2009

AGNES MONICA


SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan lagu Allah Peduli nyanyian penyanyi terkenal Indonesia, Agnes Monica kerana liriknya mengelirukan dan boleh memesongkan akidah.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa menegaskan, ini kerana pihaknya berpendirian penggunaan kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja.

Katanya, walaupun beliau belum pernah mendengar lagu penyanyi Indonesia yang beragama Kristian itu dan tidak pasti sekiranya ia ada diputarkan di negeri ini, namun hakikatnya lagu itu boleh diharamkan.

“Penggunaan kalimah Allah diwartakan di bawah Bahagian I Jadual kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 sebagai perkataan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

“Mana-mana orang bukan Islam yang menggunakan perkataan Allah dalam kitab agama atau penerbitan agama bukan Islam melakukan kesalahan dan boleh didakwa di bawah enakmen tersebut,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan beberapa laman blog yang mengecam dan mengutuk lagu penyanyi Indonesia itu yang kini popular dalam siri drama yang ditayangkan stesen televisyen popular.

Berdasarkan lirik lagu tersebut, perkataan Allah diulang beberapa kali di bait-bait awal lagu tersebut, manakala perkataan ‘Sebab Allah Yesus ku mengerti’ di lirik akhir lagu tiga minit 40 saat itu.

~ Dulu saya suka bangat menonton sinetron dari Indonesia( sekarang ni tak tengok dah). Tetapi sinetron Indonesia ni kekadang boring. Kebanyakan sinetronnya keterlaluan, seperti anak dehaka kepada ibu, berebut harta, tidak percaya kepada Allah, penindasan dan sebagainya. Ianya menular juga ke drama-drama Melayu kita seperti anak betong sanggup menggunakan sihir demi untuk mendapatkan harta. Sanggup berbunuhan. Tentang lagu Allah peduli saya tidak pernah dengar.

singgah  kat laman ni best dengar ceramahnya     http://drmaza.com/

Advertisements

2 Respons to "Lagu Allah Peduli diharam"

Salam…
Erm cepatnya akak upload artikel ni…baru je tersiar ari ni kat kosmo kan..pepun saya puji akak coz dalam blog akak ni, banyak pengajaran yg kita blh ambil…teruskan kak ek, saya tak suka menulis blog, tapi suka menulis kat blog akak…he3.
Pada saya, saya pun suka tengak sinetron dari sana coz cite dia diluar jangkaan kita, ingatkan dah nak abis tapi lagi panjang.he3…tapi sekarang ni sejak dah bekerja, dah jarang ikut apa pun drama kat tv..saya pun sama dengan kak nuriman, dah malas nak ikut cite2 dari sana coz kadang2 apa yg ingin diceritakan keterlaluan cara penyampaian cite…contohnya dalam satu sinetron ni tak perlu saya sebut tajuk ada satu babak org dah mati blh g datang jumpa org yg masih idup siang2 buta, siap bagi nasihat then peluk2 gi…hu3.tu dah kira imaginasi yg melampau..he3.sabo jela…

Salam rossa dan semua

Erm dah takde idea nak tulis blog lah rossa..main copy n paste aje kat sini. Dulu memanglah minat tengok sinetron tajuk apa dah lupalah pulak…yang ada budak2 nama Nabila..Haaa mutiara hati…masa mula2 tengok tu ok..tetapi lama2 banyak yg merapu lah pulak. Dari duk layan dia baik pergi berkbun bunga ke, jahit manik ke, mengait ke ada faedahnya jugak…

rossa, tulislah apa rossa nak tulis kat blog ini..tanpa kawan2 siapalah diri ini….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2009
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 845,678 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: