bila hatiku berbicara

bertuahnya mak ayah dia

Posted on: Mac 16, 2009

Dapat rumah, ditaja biasiswa belajar di London


NIK NUR MADIHAH (gambar kecil) mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan SPM 2008 ketika belajar di rumah ini di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa.



KUALA LUMPUR – Nik Mohd. Kamal Hussien, 41, mungkin tidak pernah bermimpi untuk mendiami rumah bernilai RM130,000 dan menghantar anaknya belajar ke luar negara.

Dengan pendapatannya sebanyak RM500 sebulan sebagai nelayan, tidak mungkin nelayan dari Pengkalan Chepa, Kelantan itu dapat berbuat demikian.

Namun, semua itu bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi hanya kerana kecemerlangan anaknya Nik Nur Madihah, 18, yang memperoleh 19 1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Lebih menarik, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar semalam memberitahu, anaknya itu akan ditawarkan pinjaman penuh secara automatik oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dianggarkan bernilai RM70,000 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat A Level di London.

“Saya sendiri dah bercakap dengan Nik Nur Madihah, dah cakap dengan ayah dia dan pagi tadi saya bercakap pula dengan guru yang mengajar pelajar ini.

“Kita tawarkan biasiswa A-Level di London berdasarkan minat Nik Nur Madihah untuk belajar di United Kingdom,” katanya selepas melancarkan kempen satu keluarga satu syarikat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Nik Nur Madihah merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu yang mencipta sejarah apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan Jumaat lalu.

Selain Mara, semalam Nik Nur Madihah turut ditawarkan dua lagi biasiswa lain daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Petronas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Rabu ini, Nur Madihah akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sesi temu duga biasiswa yang diatur oleh BNM.

Di Pengkalan Chepa, Nik Nur Madihah melahirkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan banyak pihak ekoran kejayaan diperolehnya. Dia menganggap ia adalah rahmat Tuhan atas kesabarannya selama ini.

Selain tawaran biasiswa anaknya, Nik Mohd. Kamal turut dikhabarkan dengan berita gembira apabila Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyatakan pihaknya akan membina rumah baru untuk keluarga tersebut.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kos pembinaan rumah tersebut yang dianggarkan bernilai RM130,000 akan ditanggung sepenuhnya oleh agensi berkenaan dan akan dimulakan tidak lama lagi.

“Tapak rumah telah disediakan di Taman Perumahan Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa dan akan dibina dengan segera.

“Pemberian rumah ini adalah untuk membantu meringankan beban keluarga mereka di samping sebagai penghargaan kepada kejayaan Nik Nur Madihah,’’ katanya ketika ditemui selepas memberi sumbangan peribadi kepada keluarga itu di sini semalam.

Bagi Nik Mohd. Kamal, tiada perkataan yang dapat menggambarkan kegembiraannya sambil tidak putus-putus mengucapkan rasa syukur dan terharu terhadap kurnia Tuhan kepadanya.

“Saya cuma harap pemberian ini dapat memberi keselesaan kepada anak-anak dan menjadikan mereka lebih tekun belajar pada masa akan datang,’’ ujarnya.

~memang mantop, alhamdulillah tumpang gembira, mudahan ianya menjadi contoh untuk anakku, biarpun saya tidak mengharapkan dia mendapat keputusan sebaik ini. Kalau dah luluspun alhamdulillah.~

Advertisements

5 Respons to "bertuahnya mak ayah dia"

Nur Madihah ketepikan soal cinta

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my

KOTA BHARU – Ketepikan naluri cinta demi cita-cita.
Bagi sesetengah remaja, zaman persekolahan mungkin lebih indah sekiranya disulami perasaan disayangi dan menyayangi malah. Malah ada di antara mereka berbangga jika memiliki ‘buah hati’.

Lain pula bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya memperoleh keputusan 20A, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal (gambar), 18, yang menganggap cinta remaja itu boleh merosakkannya.

Menurutnya, cinta remaja tidak mendatangkan manfaat kerana ia hanya melalaikan dan menjejaskan tumpuan terhadap tugas utama iaitu mencari ilmu

“Saya ada impian dan cita-cita lain untuk disempurnakan sebelum bercinta. Zaman persekolahan perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari ilmu dan peluang tersebut tidak seharusnya dilepaskan hanya kerana cinta.

“Bagi saya, bercinta tanpa mengikut syariat Islam itu haram dan itu juga yang diajar oleh cikgu-cikgu saya di sekolah,” katanya yang mengakui tidak pernah bercinta dan tidak berminat untuk bercinta buat masa ini.

Tambahnya, para pelajar perlu menyedari bahawa cinta ialah ‘musuh’ utama kerana ia boleh mengganggu emosi sehingga menyebabkan mereka hilang fokus dalam belajar.

~sokong apa yang di kata adik ini..memang bertuah ibu bapanya, mungkin inilah yang di katakan rezeki dapat anak yang solehah. Mudahan menjadi contoh untuk semua remaja2 di luar sana~

inilah yg d ktkan dgn takdir allah…..tahniah kepada nik madihah,selalulah berusaha utk membahagiakan orang tua…kerana sewaktu hayat mereka inilah kita harus berbakti kpd mereka…..

Dengan berkat doa, solat hajat, baca Quran dan usaha yang tak putus itulah yang membuatkan adik Nik berjaya dengan lebih cemerlang. Dia anak yang solehah, Allah telah memberinya rezeki di atas kesabarannya untuk membahagiakan ibu bapanya. Saya sentiasa berdoa mudahan anak saya berjaya dunia dan akhirat. Segalanya mungkin Insya Allah…permata Kelantan tetap gemilang ALLAH HU AKBAR.

pernah cikgu2 di satu sekolah di n9 mencemuh bila nik madihah kata rahsianya adalah tahajud, puasa dan doa disamping usaha2 lainnya, kata mereka;
“alah, subjek yg diambil entah apa-apa”….
belum lagi nik madihah berkata atau berbuat apa2 yang menyakiti orang lain, dia sudah dimusuhi semata2 krn dia menghayati Islam dalam hidupnya….
betapa tenatnya manusia sekarang!! Kalau lah rahsianya, belajar ikut jadual, pergi tusyen, atau study sambil dengar radio, tengok TV, orang bukan main puji… boleh ambil contoh, barangkali!!!
kembalilah kepada Islam, kembalilah kepada Allah.. biarlah ‘mereka’ yg lain dgn labunya..

manusia sekarang di alam sekular…tenat dengan ugama..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2009
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 835,570 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: