Mahu murtad kerana dihina
Posted Mac 24, 2009
on:Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
KUANTAN: Akibat tak tahan dihina masyarakat setempat kerana miskin, 11 beranak di Kampung Jaya Gading di sini, dikatakan nekad mahu keluar Islam sebagai jalan terakhir membebaskan diri daripada belenggu derita.
Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Azmah, dia dan suami, Rahim, 40, nekad mengambil keputusan menukar agama kerana tidak sanggup sering menjadi bahan cacian dan penghinaan masyarakat, malah sembilan anak mereka turut menjadi mangsa buli rakan sekampung.
“Saya kecewa dan tak tahu apa salah keluarga kami hingga ada kaki buli anak saya tergamak memotong saluran paip yang menyalurkan air dari surau berhampiran ke rumah kami selain melemparkan batu ke cermin,” kata ibu kepada sembilan anak berusia antara lima bulan hingga 14 tahun.
Asmah yang berasal dari Ajil, Terengganu, ditemui di sebuah premis menyediakan perkhidmatan menaip surat di Jalan Mahkota, di sini, memberitahu dia dan suami nekad menukar agama.
Menurutnya, keperitan hidup mereka pernah mendapat perhatian kerajaan apabila memberikan sebuah rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Jaya Gading.
Bagaimanapun, rumah PPRT yang didiami sejak dua tahun lalu itu tiada bekalan air menyebabkan mereka terpaksa menyambung saluran paip dari surau berhampiran.
“Namun, tindakan itu tidak disenangi penduduk setempat sebelum remaja nakal memotong paip dan membuang kepala paip ke dalam tangki najis surau.
“Bukan itu saja, saya sebelum ini sudah membuat tujuh laporan polis sejak 2007 kerana anak saya sering dibuli serta diugut penduduk yang mahu mengancam keselamatan mereka, “ katanya sambil menitiskan air mata ketika ditemui, semalam.
Difahamkan, keluarga berkenaan sudah pergi ke sebuah gereja, namun dihalang pengawal keselamatan yang meminta datang semalam.
Berikutan itu, keluarga berkenaan bimbang pulang ke rumah dan bermalam dalam kereta di tepi sebuah gereja di Jalan Gambut, di sini.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu diselamatkan seorang pemandu bas ekspres, Sheikh Anuar Sheikh Abdullah, 38, yang kemudian menghubungi Harian Metro.
Ketika ditemui, keluarga terbabit pada mulanya cuba mengelak ditemu bual dan mahu beredar dari sebuah restoran tetapi berjaya dipujuk beberapa wakil media sebelum menunggu ketibaan pegawai Majlis Agama Islam Pahang (Maip).
Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Maip, Nik Ibrahim Nik Abdullah, berkata beliau akan memberi bimbingan dan kaunseling kepada keluarga terbabit dalam usaha memujuk mereka supaya membatalkan niat mahu menukar agama.
Menurutnya, pihaknya begitu terkejut apabila dimaklumkan kes berkenaan dan akan cuba membantu menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit.
Kata saya: Seperti menukar baju.Setiap manusia pasti di uji, ujiannya tidak sehebat rakyat Palestin yang saban hari di bom dan tembak yahudi laknatullah. Tetapi iman mereka kepada Allah s.w.t tetap kuat. Orang-orang yang macam inilah mudah di ambil kesempatan oleh orang bukan islam untuk menarik mereka memasuki agama mereka. Saya cuba hendak berkongsi cerita. Seorang makcik di kampung saya yang sudahpun kembali ke Rahmatullah beberapa tahun yang lalu. Makcik ini dan keluarganya merupakan kawan baik emak saya. Saya sudah menganggap dia ini seperti ibu saya. Kami memang rapat…pada suatu hari tu dia membongkarkan rahsianya kepada emak saya. Dia kata pernah bekas suaminya( berpisah dengan suaminya)mengajak dia dan anak-anak masuk kristian kerana tidak tahan dengan kemiskina. Tetapi mungkin Allah ingin menyelamatkan mereka sekeluarga, dan juga mungkin iman makcik ini kuat dia menasihati suaminya supaya bertaubat dan batalkan niatnya itu. Tak lama selepas itu dia berpisah dengan suaminya. Alhamdulillah suaminya berkahwin dan tidak masuk agama kristian. Ya Allah sesungguhnya agama di sisiku adalah islam. Biarpun apa ujian,dugaan dan rintangan hidup dan matiku dalam agamaMU. Betapa bertuahnya mereka yang di lahirkan dari benih islam, betapa ruginya mereka yang berhasrat untuk menukar agama, ingatlah azad Allah amat pedih. Na’uzubillah himin zalik…
6 Respons kepada "Mahu murtad kerana dihina"

Nauzubillah…
Macam2 la manusia zaman sekarang ni…tak pandai nak bersyukur…Sabo jela..


singkat nya fikiran….

Mac 24, 2009 pada 12:57 pm
tapi kalo tukar agama, adakah mereka tidak akan miskin ghitewww.. hmmm