bila hatiku berbicara

Awas bila berumur 30 tahun – Berisiko dapat penyakit berbahaya jika tidak amal hidup sihat

Posted on: April 1, 2009



KUALA LUMPUR – Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas
berhatilah-hatilah kerana anda mungkin terdedah kepada risiko penyakit
berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Justeru, pemeriksaan awal amat penting kepada golongan umur
berkenaan bagi memastikan tahap kesihatan mereka dan seterusnya
menjalani rawatan pemulihan yang disarankan.

Pakar diet dan nutrisi Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU),
Prof. Dr. Fatimah Arshad berkata, beliau dan beberapa penyelidik lain
pernah menjalankan kajian yang sama di beberapa gugusan Felda di Pahang
sebelum ini membabitkan 1,000 responden berumur antara 35 dan 55 tahun.

“Kesemua responden yang diambil merupakan individu yang dianggap
sihat, bagaimanapun selepas pemeriksaan didapati satu per-tiga daripada
mereka menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit sedemikian.

“Ini amat mengejutkan, memandangkan kebanyakan responden merupakan
golongan yang aktif melakukan kerja-kerja di ladang dan sebagainya,”
katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan,
Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad bahawa tinjauan yang dilakukan kementerian
mendapati ramai di kalangan rakyat di negara ini tidak menyedari bahawa
mereka adalah penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Tambah Fatimah, sebagai langkah awal adalah disarankan mereka yang
berusia 30 tahun ke atas menjalani pemeriksaan kesihatan bagi
memastikan risiko terhadapnya dapat dikurangkan.

Advertisements

2 Respons to "Awas bila berumur 30 tahun – Berisiko dapat penyakit berbahaya jika tidak amal hidup sihat"

bahya juga tu.. kena lah buat pemeriksaan kesihatan walaupun dalam masa sihat kan

erm tu lah menakutkan..payahnya nak kotrol makan..kata nak diet tak mau makan malam..tp kalau lapar tak ingat diet dah hehehe…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2009
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: