bila hatiku berbicara

Nur Iman

Posted on: April 1, 2009

Secara kebetulan anak buah perempuan suami saya di beri nama Nur Iman, padahal nama ini merupakan nama yang sudah lama menjadi idaman saya untuk bakal puteri saya andai saya di takdirkan mendapat cahaya mata perempuan kelak. Erm walau bagaimanapun saya bersyukur kerana ada juga yang mewarisi nama ini. Kekadang orang ingat nama Iman tu lelaki, padahal ianya untuk lelaki dan perempuan. seperti kawan saya, pada mulanya dia hendak beri nama Nur Imanina kepada anak perempuannya, tetapi untuk lebih unik dia memberi nama  Damia Maisarah.

Hmm..tentu kekawan semua seperti saya juga membeli buku senarai nama yang baik-baik untuk anak-anak yang bakal di lahirkan kelak. Janganlah berhenti berharap kekawan, semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua amin ya rabbal alamin……..

Maaflah kekawan saya pun tidak banyak idea untuk menulis. Inilah posting pertama untuk bulan april ni, entah bilalah pulak ianya akan menyusul. Semenjak akhir-akhir ini saya rasa sibuk sangat, hati ingin selalu terbang ke Kelantan untuk menjenguk anak di sana. Apakan daya takdir dan waktu telah menjarakkan kami untuk sementara waktu. Begitulah hati seorang ibu rindu yang tidak pernah padam.

Advertisements

5 Respons to "Nur Iman"

Assalam…saya Puan Norhayati seorang guru yang mempunyai banyak masalah kewangan, nak mintak pendapat Puan kalau Puan boleh carikan saya orang yang sudi memberi pinjaman kewangan dengan bercagarkan tanah atau melalui sijil simpanan premium yang memberikan komisyen kepada pemberi pinjaman. Masalah saya ini pernah saya ceritakan kepada pegawai BSN KL kerana saya dah mati akal tak tau nak cerita kat sapa-sapa masalah saya ni..di bawah ni antara cerita diri detail tentang diri sekiranya Puan sudi membacanya..

Assalamualaikum,
Saya Puan Norhayati Binti Musa seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Desa Jaya, Johor Bahru, Johor.

Saya juga seorang isteri dan ibu kepada empat orang anak yang berumur dari 12 – 2 tahun. Suami saya sekarang berada di Kampungnya di Pahang kerana menjaga orang tuanya yang keseorangan dan semakin uzur. Dahulu suami saya pernah bekerja secara kontrak dengan tangga gaji yang lumayan dan boleh menanggung kos sara hidup kami anak-beranak. Masa tu duit gaji saya boleh dikatakan jarang-jarang sekali berusik kerana masa tu suami saya bekerja. Entah apalah ujian tuhan sekarang suami saya telah diberhentikan kerja dan beliau secara kebetulannya ibunya sedang uzur di kampung, maka kami berbincang buat masa ni biarlah dia yang menguruskan ibunya di kampung memandangkan saya bekerja di sektor awam dan agak susak nak memohon cuti yang lama. Sekarang ibunya telah meninggal dunia maka suami saya juga mengambil keputusan menjaga ayahnya yang keseorangan. Semasa di kampung sekarang ni dia bekerja sambilan sebagai penoreh getah untuk menampung sara hidup yang memang ternyata tak mengcukupi untuk menampung kami sekeluarga di Johor Bahru ni.. Memandangkan ekonomi kami sudah semakin teruk, kereta kami dah kena tarik, rumah kami dah beberapa kali sampai surat amaran bayaran tertunggak, credit card saya dan suami pun dan sampai surat amaran bayaran tertunggak. Maka saya juga terpaksa mengambil inisiatif untuk membantu beliau menyelesaikan beberapa perkara, sehinggalah saya sekarang terpaksa menerima gaji ngam-ngam 60% dari dari gaji pokok, memandangkan dan macam-macam bank saya dah buat loan. Suami saya pulak memang dah tak boleh buat loan kerana takde dokumen yang lengkap dan namanya sekarang masih blacklist kerana kereta kami dah kena tarik.
Saya sekarang amat pening memikirkan situasi kami sekarang ini..

Tujuan saya menceritakan segala-galanya ini adalah atas tujuan sekiranya Tuan dapat membantu saya mencari jalan penyelesaian yang terbaik melalui Sijil Simpanan Premium saya yang bernilai RM5,500.00. SSP saya tu pun saya dah buat loan sandaran memandangkan kami sekarang terlalu kesempitan wang.
Saya dan suami amatlah mengharap dan berdoa dari dulu lagi agar SSP saya mendapat cabutan kemenangan yang pertama kerana sekiranya kami mendapat hadiah kereta mewah sekalipun kami akan menjual kereta tersebut kerana kami amat memerlukan wang untuk menyelesaikan masalah-masalah kami. Sekiranya tidak menyalahi undang-undang, kami juga bersedia memberi hadiah sebanyak 10% daripada jumlah wang tersebut sekiranya ada orang yang sudi membantu menyelesaikan masalah kami.

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas budi baik mereka yang sudi menolong kami.
Dan hanya tuhan saja yang tahu penderitaan kami.

Semoga pihak tuan sudi membantu kami,
Terima kasih.

Ini pula jawapan dari pihak bank

BN/IP/JPC/253.12/1/2009/260

Puan Norhayati Binti Musa,

SIJIL SIMPANAN PREMIUM (SSP)

Dengan hormatnya kami merujuk kepada e-mel tuan bertarikh 06 Februari 2009 berhubung dengan perkara di atas.

Untuk makluman puan, Cabutan SSP dilakukan secara berkomputer. Pemeriksaan, semakan, ujian serta auditan untuk menentukan bahawa sistem yang digunapakai berada dalam keadaan sempurna akan dilakukan setiap kali sebelum dan selepas sesuatu cabutan dijalankan oleh sebuah jawatankuasa bebas yang terdiri daripada pegawai dari Jabatan Aktuari , Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

Pemilihan nombor asas akan dilakukan oleh orang awam (penonton yang menyaksikan acara cabutan) yang menentukan nombor-nombor siri sijil yang layak memenangi hadiah. Tatacara yang digunapakai adalah telus dan tiada sebarang bentuk penyelewengan.

Peluang untuk memenangi semua kategori hadiah adalah terbuka kepada semua pemegang sijil tanpa mengira samada jumlah sijil yang dimiliki dalam jumlah yang besar ataupun kecil.(beli dahulu ataupun beli kemudian). Walau bagaimanapun semakin banyak sijil yang dimiliki, semakin banyaklah peluang untuk memenangi hadiah tanpa ada sebarang sekatan & peraturan atau had-had tertentu. BSN berharap puan akan terus setia menyimpan dengan SSP yang mana ianya adalah satu amalan menyimpan yang menguntungkan dan berharap agar rezeki puan di dalam cabutan ini akan tiba jua pada suatu hari nanti.

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-21425258 ataupun melayari laman web kami di http://www.bsn.com.my sekiranya puan memerlukan sebarang maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Dengan hormatnya,

BANK SIMPANAN NASIONAL

Seksyen Pengurusan Pelanggan

Jabatan Perbankan Cawangan

Beginilah puan, masalah kewangan ni perlu diselesaikan dengan beberapa cara dan perlu dilihat sejauh mana hutang-hutang tertunggak. Buat senarainya, lepas tu kita boleh berbincang melalui email..
Satunya bila ada masalah kewangan, janganlah ditambah beban dengan meminjam lagi. Cuba selesaikan yang mana yang penting dulu.
Keduanya kita sepatutnya memikirkan cara menambah pendapatan, macam suami puan tu bnyak lagi yang dia boleh buat untuk tambah pendapatan. Saya nak tahu dia kerja apa sebelum diberhentikan. Mungkin dari pengalaman kerja dia boleh gunakan untuk menjalankan perniagaan. Adakah dia boleh guna Bahasa Inggeris.
Ketiganya, jangan berharap SSP dari BSN tu untuk menyelesaikan masalah, itu ibarat loteri, satu dalam berjuta yang dapat.
InsyaAllah ssaya boleh membantu suami puan belajar selok belok menambah pendapatan sampingan secara percuma. Hubungi emel saya: mohd_ariff65[at]yahoo.com.mx
sebenarnya banyak lubuk wang yang kita belum terokai sebagaimana pesanan nabi kita yang sembilah persepuluh rezeki adalah dari perniagaan.

Waalaikumusalam puan norhayati..simpati dengan luahan puan..harap puan dapat hubungi saudara mohd arif…tq untuk mohd ariff yang sudi menjawab bagi pihak saya….mohon maaf kalau saya delete alamat rumah dan no telefon puan ini bertujuan untuk keselamatan puan..zaman sekarang ni puan bermacam2 cara orang boleh ambik kesempatan atas diri kita..apa lagi di saat diri kita tersepit…so berhati2 ya..moga puan akan di permudahkan dalam segala urusan…puan boleh sertakan emel puan di sini..tq..

kalau menang, hadiah tu boleh tak kita tukar kepada duit tunai. tq

It’s truly very complicated in this full of activity life to listen news on Television, therefore I only use the web for that reason, and obtain the most recent news.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2009
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Blog Stats

  • 838,637 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: