bila hatiku berbicara

MB Kelantan Dato Nik Aziz menangis – Dengar Amy Search menyanyi lagu ketuhanan

Posted on: April 12, 2009

TANGISAN Nik Aziz.


KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui beliau menitiskan air mata ketika mendengar lagu-lagu ketuhanan yang dipersembahkan oleh penyanyi Amy Search atau Shuhaimi Abdul Rahman (gambar kecil), 51, pada satu majlis di sini semalam.

Kata Nik Aziz, beliau tersentuh hati menatap wajah Amy, lebih-lebih lagi banyak penyanyi rock biasa dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah dan maksiat.

“Apabila melihat persembahan Amy, melihat wajahnya dan mendengar lagu-lagunya, saya menangis tetapi ramai orang tidak sedar,” katanya selepas majlis sambutan Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan di sini semalam.

Nik Aziz menambah, beliau kagum dan gembira apabila Amy yang memiliki suara yang diminati ramai telah memanfaatkannya ke jalan Allah.


“Kumpulan artis seperti penyanyi, penyair, pemuzik dan kartunis mempunyai acuan masing-masing untuk menyelitkan unsur-unsur keislaman dalam setiap karya yang mereka persembahkan,” ujarnya.

Sementara itu, Amy yang dihubungi berasa terharu dan tersentuh dengan respons Nik Aziz yang menangis sewaktu menonton persembahannya itu.

“Sewaktu saya menyanyi, saya perasan Tok Guru memandang saya dengan penuh terharu,” kata Amy yang dihubungi Kosmo! Ahad.

Bagaimanapun, menurut Amy, beliau tidak sedar ketika menyanyikan lagu apakah Nik Aziz menangis.

“Saya menyanyikan empat buah lagu termasuk Mentari Merah Di Ufuk Timur, Isabella dan Saat Ku Idamkan. Jika beliau mampu ‘terasa’ isi lagu rock tersebut, saya begitu berbesar hati,” katanya.

~Secara peribadi saya juga meminati lagu-lagu rock suatu waktu dahulu( masa muda-muda dulu). Amy adalah  artis yang saya minati. Lagu-lagunya biarpun bertempik melalak tetapi saya cukup meminati( tu dululah sekarang ni dah sakit jiwa dengar lagu-lagu tempik ni, suka irama nasyid dan lagu-lagu berunsur sentimental). Sekarang ini bila ianya beralih ke lagu-lagu berunsur ketuhanan seperti mentari di ufuk merah berduet dengan kumpulan Rabbani memang saya suka. Masih ku ingat lagi masa berumur belasan tahun ayah tak suka saya mendengar lagu apa lagi kalau dia ada nak dengar radio kuat sikitpun kena marah. Kerana di kalangan adik beradik saya yang suka mendengar radio dan suka menyanyi di dalam bilik air. Bila ayah saya dengar memang kena marah giler lah. Mek saya cukup sporting kerana dia sedar anaknya yang sorang ini tidak kemana-mana hanya menjadi peneman dia di rumah lantaran yang lain-lain semuanya sudah terbang(maklumlamlah siapalah aku ini). Jadi apa yang saya buat mek tak marah, tetapi lain dengan ayahku yang tegas biarpun dengan diriku ini.  Untuk mengisi waktu sunyi saya radiolah teman saya.

Saya nak komen sikit aje. Amy tak payahlah pakai rantai tak molek( saya nampak masa dia jadi pengkritik di AF7,saya tak suka AF tetapi saya cuma tengok sebentar gelagat orang kita sungguh tak molek lelaki pompuan berdukung tak kira laki dan bini orang. Ini salah satu agenda yang yahudi sudah berjaya dan banyak lagi di semua tv banyak akademi itu dan ini. Kalau akademi keagamaan jarang- jarang n kadang-kadang). Rambut dah okey tak seperti Akhil Hayy dan Yassin rambut  panjang mengalahkan pompuan. Maaflah kalau saya katakan tak berkenan sungguh. Tetapi tak baik saya menyentuh hal peribadi orang maaflah ya. Dulu saya cukup tak suka Amy search dan artis-artis rock yang berambut panjang tetapi saya cuma minat lagu-lagunya sahaja. Tetapi sekarang alhamdulillah kerana ianya nampak kemas. Bukanlah berambut panjang itu tak hensem tetapi sangat tak molek. Itu pandangan saya…maklumlah pandangan orang ni berbeza-beza. Amy tegur-tegurlah anak perempuan Amy supaya pakai sopan sikit( opss lupa dia sudah jadi isteri orang). Tetapi dalam drama  Cinta Untuk Ain pakaian Nabila agak  sopan biarpun tidak bertudung. Lakonan Nabilapun saya suka.

Semoga Amy Seacrh dan semua artis Malaysia di beri hidayah. Tak semua artis itu jahat. Mereka juga manusia biasa. Dan kalau Tuhan nak beri dia hidayah alhamdulillah……di berinya kepada mereka-mereka yang terpilih…..

Cewah ada pulak idea saya pagi ya…

Mentari Merah Di Ufuk Timur ~Amy feat Rabbani

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada…
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal…

Advertisements

6 Respons to "MB Kelantan Dato Nik Aziz menangis – Dengar Amy Search menyanyi lagu ketuhanan"

syabas takbir pinjam posting tuan ambo tq

Assalamu’alaikum semua…Lama tak jumpa dah banyak cerita…
Saya masih mmburu orang yg buang bayi kat tepi jalan kat Batu Fringghi tu…Kalihamput punya orang!!

Sya tgk brother Amy ni nak ikut jejak langkah Ustz Akil Hayy.. Harap2 bliau akan capai satu tahap yg srupa mcm Ustz Akil. Bagus brother Amy..Wa caya lu…
Skali gus brubah menjadi ‘Ustaz Amy’ / ‘Ustaz Search’.. Walau tak masuk PAS pun takpa janji brother Amy dah mlangkah ke satu tahap yg mmbuatkan saya terharu… Alhamdulillah..Harap2 artis lain pun mengikut jejak langkah bro Amy..Kebetulan saya baru balik dari Johor Bahru (tmpat klahiran bro Amy) mengikuti kursus lakaran kt sana..

Waalaikumusalam ahmad Zafir ingat dah tak sudi masuk blog ini lagi hehehe…baguslah Ahmad Zafir perihatin dengan kes buang bayi ni…memang dajai betuilah orang yang buang bayi ni…ni orang yang takde bayi nak sangat….

ya mudahan bro Amypun ikut jejak Akhil Hayy…bro Amy gi kat AF7 Akhil Hayy pun gi jugak bagi motivasi…tp sayangnya pelajarnya tetap seksi…apa2pun semoga depa ikhlas berdakwah bukan atas sebab2 tertentu….dulu kemain lagi akhil hentam af…eh la ni akak dah rasa tabik kat bro amy dari akhil..entahlah ..

pd..ambo tok pehe pinjam posting tuan ambo apo tu?

Assalamu’alaikum.. I’m back!!

Trlebih dahulu takziah diucapkan kpd kumpulan Jackson Five, miss Janet Jackson & keluarga srta kerabat Jackson seluruhnya di atas pmergian Michael Jackson..

Cuma di sini saya tak pasti patutkah kena kata ‘Innalillah’ atau tak… Tak berapa pasti si MJ ni Islam ke tak…

Sekarang tmpat Akhil Hayy digantikan oleh Ustaz Azhar Idrus. Cramah dia pun tak kurang kelakarnya…

Waalaikumusalam…
Erm p mana menyepi eh? Dengar khabarnya MJ dah masuk islam …dulupun dah dengar dia masuk islam, tp x taulah samada betul ke tak. Bab kata ustaz Herman nanti kita taulah kubur dia kat mana.

Kalau tak silap kafe Akhil Hayy tak habis 13 episodkan? sayangnya…tp apa nak buat itu ujian buat dia…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2009
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: