bila hatiku berbicara

Nik Nur Madihah pilih Jordan lanjutkan pelajaran

Posted on: April 16, 2009

MADIHAH (tengah) melihat buku Catatan Hati Nik Nur Madihah yang dilancarkan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Muhd. Kamal, 18, memilih Jordan untuk melanjutkan pelajaran di bawah biasiswa Bank Negara Malaysia.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah melakukan solat Istikharah dengan memilih bidang Fizik Islam.

“Saya akan berlepas ke sana pada bulan Ogos atau September ini.

“Buat masa ini saya sedang membuat penyelidikan bersama pihak Bank Negara untuk memilih universiti terbaik dalam bidang Fizik Islam,” katanya.

Nik Nur Madihah berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan buku kisah hidupnya bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah terbitan Hijjaz Records Publishing (HRP) di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah ibu dan bapanya, Mariyani Omar dan Nik Muhd. Kamal Husin.

Nik Nur Madihah yang fasih berbahasa Arab memberitahu, dia masih tidak percaya kisah hidupnya dibukukan dan berharap pembaca akan mengambil ilmu dalam buku itu sebagai pengajaran dalam hidup.

Buku berharga RM25.90 itu akan mula dijual hari ini dan ia diterbitkan oleh Pengurus HRP, Faizal Osman dengan dibantu oleh Ummu Hani Abu Hassan.

~ ” Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila menghendaki sesuatu hanya berfirman ” jadilah maka terjadilah ia. Maha suci Allah yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepada-Nyalah kami dikembalikan.”~

surah Yassin ayat 82 dan 83

Alhamdulillah semalam sempat menonton Adik Nik Madihah di MHI. Terharu rasanya.  Petua  adik Nik Madihah berdoa dengan penuh tawaduk, ikhlas dan bergantung penuh pengharapan kepada Allah s.w.t.  Di samping solat sunat dan doa-doa yang lainnya serta berusaha dengan tidak pernah jemu. Adik Madihah juga adalah ulat buku.

Advertisements

9 Respons to "Nik Nur Madihah pilih Jordan lanjutkan pelajaran"

tahniah utk adik madihah….selamat menyambung pelajaran

hmmm….dah agak dah….mesti ada pihak yang nak buat bisnes ‘atas nama madihah’ ni…saya dengar ada beberapa buku ttg Madihah ini telah diterbitkan….

Saya tak kisah kalau bahan bacaan yang baik dihidangkan utk kita semua….cuma bimbang ada unsur2 ‘ambik kesempatan’…… saya tahu dia seorang yang naif dan nampak ‘lurus’. Harap dia pandai menjaga diri nanti.

Insya Allah mudahan tidak ada yang mengambil kesempatan keatas adik ini..moga2 dia tidak lupa diri..dan menjadi wanita yang solehah bahagia dunia dan akhirat…bertuahnya ibu bapanya…tetapi itulah di namakan rezeki..kalau dah berjaya di taja itu dan ini..andai kata adik ini tak dapat 20 A mungkin masih berada di rumah usang..apa2pun itu hikmahnya…

Assalamualaikum WBT. Tahniah atas kejayaan enti. Insya-Allah kita akan bertemu di Jordan nanti. Harap enti ambil coarse Fizik Islam di Mu’tah University. Insya-Allah. Wassalam.

Waalaikumusalam…bertuah Madihah ada yang menanti di sana. Tahniah untuk Madihah dan Izzat…semoga Allah memberkati hidup anda..doakan juga untuk anak akak ya…

tahniah, akak akan ikut jejak madihah.insyallah.akhirat lah matlamat kita.

tahniah madihah …saya menanti awak madihah di jordan…datang la beraya di rumah saya nanti..

Wah ada yan g sedang menanti bertuah adik madihah..moga ramai lagi yg mengikut jejak madihah…

tahniah kpd nik madihah. bangga btul pakcik sbb anak jati kelate berjaya meraih kejayaan. semoga terus berjaya pda mse depan sekali lagi tahniah!!!!!!!!!

alhamdulillah masih ada anak kelate yg berjaya….lepas tu menteri pelajaran duk kalut calon spm takleh ambik lebih2 dah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2009
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Blog Stats

  • 835,525 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: