bila hatiku berbicara

Akhirnya

Posted on: Mei 25, 2009

Ada hubungan

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
dayana@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi wanita itu dan meminta izin untuk berkahwin dengannya.

“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.

Menurut Maizawati, secara peribadi dia tidak mengenali Waheeda, tetapi mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media.

Menurutnya, dia tekadkan hati untuk tidak mempercayai apa yang dipaparkan di media kerana diajar untuk tidak mengambil tahu perkara seumpama itu serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.

“Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy.

Hati Maizawati terguris apabila Akhil tidak memaklumkan di mana dia tinggal, malah tidak memberitahu apa yang dilakukan menyebabkannya tertanya-tanyakan haknya sebagai isteri.

Menurutnya, kali terakhir suaminya pulang ke rumah Februari lalu dan selepas itu, dia hanya mengetahui perkembangannya melalui media.

“Saya tetapkan dalam hati bahawa ustaz keluar bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan tidak pernah menyimpan prasangka buruk terhadapnya,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, semalam.

Dia berkata, walaupun ada pihak terkejut dengan keputusannya mengizinkan Akhil berkahwin lagi, namun dia menganggap itu cara terbaik untuk menjaga nama baik suaminya.

Sebagai isteri, dia tidak mahu nama suami tercemar disebabkan cerita kurang enak yang menjadi buah mulut orang.

“Kerana itu saya mengizinkannya berkahwin dengan penyanyi wanita berkenaan. Saya rasa tidak salah membenarkan suami saya berkahwin lagi kerana dia mampu serta boleh berlaku adil.

“Tambahan pula, ia langkah terbaik untuk menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara tidak elok.

“Bagaimanapun, sehingga kini, saya tak tahu apa yang terjadi kerana tidak dimaklumkan apa-apa. Mungkin pihak di sana (Waheeda) tidak sudi menerima saya sebagai madu, jadi biarlah saya mengundur diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Yang membuatkannya hairan adalah sikap Waheeda bermati-matian menafikan hubungannya dengan Akhil hingga pernah membuat kenyataan media untuk menepis gosip itu.

Apapun Maizawati mengetahui apa yang berlaku dan dengan hati terbuka membenarkan suaminya mengambil Waheeda sebagai isteri.

“Tapi, saya hairan kenapa dia (Waheeda) seolah-olah enggan menerima saya sedangkan saya sudah mengizinkan dia hadir dalam keluarga kami, malah tampil membuat kenyataan dia dan suami saya tidak mempunyai hubungan,” katanya.

Menurut Maizawati, dia mengambil keputusan memohon perceraian untuk membina kehidupan baru.

“Saya sering mengingatkan anak supaya jangan ambil peduli apa orang kata. Yang penting, saya terima hakikat bahawa jodoh kami sampai sini saja dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ustaz dan wanita itu,” katanya.

Harian Metro cuba mendapatkan reaksi Akhil, namun dia gagal dihubungi.

Waheeda pula enggan mengulas apabila dihubungi satu laman berita online.

~Suatu ketika dahulu saya minat dengan nasyid dan ceramah Akhil Hayy . Selalu tengok dia ceramah  ugama dan politik( PAS)  di youtube. Kalau dia berceramah bab politik memanglah dia akan hentam tak kira siap. Kini dia menyepi dari politik  dia beralih ke Astro Oasis 106( bidang yang lebih glamer). Banyak gosip yang melandanya bersama Waheeda.

Akhirnya dapat jugak tengok wife  Akhil hayy , sebelum ni tak pernah tengok dalam mana-mana majalah, rupanya lebih cute dari Waheeda muda pulak tu.  Allah akan bersama dengan orang-orang yang sabar.

Advertisements

24 Respons to "Akhirnya"

kan saya dah kata .. saya dari dulu tak suka akhil nii… manusia akhir zaman akak…

harap isteri dia tabah…tp comel bini dia tu eh…

Salam,

kenapa ambik orang punyeeee………

yang lain kan ade… eeiiiii…..geramnye……………….

minat kat rambut akhil hayy kot…

akak… sejak bila masyarakat panggil dia ustaz? dia g belajar agama ker? atau hanya sbb bg ceramah sana sini?

tak sesuwai…

Takpelah… mengalah kepada yang nak menang tapi tak bermakna kalah (orang mcm ni kuat dari dalam)

Yang dah menang tu…belum tentu berjaya jadi juara (mesti dia rasa bersalah)

siapa salah ni…
Aku : Aku rasa aku tak salah, engkaulah yang salah..
Engkau : Engkaulah yang salah, apalak aku..

SEBENARNYA TAKDE SESIAPA YANG BUAT SALAH PUN, ITULAH PERJALANAN HIDUP YANG TELAH TERTULIS. ALLAH MAHA MENGETAHUI

Bye…sampai jumpa lagi

Kekawan semua apa khabar?
Kak Nuriman nanti kita sembang kat cahayanuriman@damansara.net.

Salam Keshi dan Azie..

Tak pastilah keshi pasal gelaran ustaz tu, tapi katanya dia tak suruh orang panggil dia ustaz, org yang panggil dia ustaz, agaknya masa dia duk dalam politik kot bagi ceramah sana sini. Dia belajar kat Mekah kalau tak silap ada dalam Tv3 beberapa tahun lalu sempena maal hijrah. Kalau bab mengaji dan bernasyid suara dia terpukau, tu lah kita bukan minat ngan tuannya tp dengan suaranya. Macam mawi, rabbani, amy search gak kita minat lagu dia je….

Azie

Ada hikmahnya…orang yang sabar akan mendapat ganjarannya nanti. Sudah tertulis takdirnya begitu. Insya Allah kita sembang nanti ya Azie…alhamdulillah seronok dapat jumpa kekawan kat blog ni. Ingat blog ni dulu sunyi sepi, tp sekarang dah ramai kekawan. Mekasih ya kekawan…

Akil ni mula rambut panjang.. Lpas tu potong rambut.. Skang panjang balik, dan brtambah panjaaaaaaaang…

Tu lah Zafir…ustaz akhil zaman..ingatkan orang biasa aje tinggalkan anak isteri. Tetapi sabarnya isterinya. Walau apapun kita tak tahu apa yg berlaku. Andai benarlah akhil dan waheeda menikah. dia membina perkahwinan atas kehancuran hati isterinya. dan melukai hati anak2nya. Biarpun isterinya redha berpoligami, tetapi hati orang perempuan ni hanya Tuhan saja yang tahu. Saya ni kalau bermimpi suami ada perempuan lainpun saya bersedih, inikan pula suami kawen lain. Semoga Puan Maizawati tabah dalam menghadapi ujian dari Allah……….

assalamualaikum … baru sekejap tadi baca di akhbar tentang hal ni … apa yang boleh saya katakan … wallahua’lam … kita boleh katakan apa saja tentangnya .. tapi setiap kata itu biarlah ia datang dari sumber yang soheh … mungkin itu adalah cabaran .. mungkin juga uijian, atau mungkin juga balasan …

http://penawarrinduku.blogspot.com/2009/05/sejarah-ustaz-akhil-hayy.html

Waalaikumusalam… Itulah dugaannya hidup sebagai orang glamer. apa2pun kita tunggu dan lihat saja……..

Wanita Ari Ni sedang berlangsung skang d TV3..Kak iman ni tgk ke tak entah laa..

Pn. Maizawati (tudung biru) & Ustz Zawawi Yusoh jadi tetamu kt WHI…

Tarik baliklah title Ustaz Akhil tu…Malu jelah

Kak Iman ada email x? Bleh bg x?. Saya nak antar bebrapa gambar Akhil Hayy dgn Waheeda kt tepi laut…Atau kak dah tgk gambar tu ?????

Tengok wanita hari ini…gambar akhil kat pantai ngan waheeda dan pompuan seksi dah tengok..kat tranung kitapun ada..cute lah wife akhil ni kan..alahai ruginya akhil..dapat bini kemain lawa nak berpisah pulak..kesiannya…

Salleh yaacob nak kawen bini ke 4 tak kecohpun…tak main sorok2 pun……

Bom jangka meletup
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Syarifah Dayana Syed Bakri
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Isteri kepada penceramah bebas, Akhil Hayy, Maizawati Zainal mengibaratkan dirinya seperti ‘bom jangka’ berhubung gosip suaminya dengan penyanyi berirama padang pasir, Waheeda.

Ketika ditemubual dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 di sini, semalam, dia mengaku kini tidak mampu lagi menahan sabar hingga sanggup meluahkan ‘pemberontakannya’ melalui media dengan kemunculan pertama, Ahad lalu.

Maizawati menjelaskan bahawa kemunculannya di televisyen dan media cetak sebagai cara untuk menamatkan kekusutan yang berlaku.

“Tindakan saya membuat pengakuan di media bukan untuk memburukkan sesiapa, sebaliknya menutup semua cerita yang didengar dengan keputusan muktamad.

“Tidak perlu saya menjaja cerita peribadi kerana saya sudah membuat keputusan dan segalanya akan diputuskan di mahkamah nanti,” katanya yang belum menerima panggilan telefon daripada Akhil Hayy sejak Ahad lalu.

Dia berkata, kesabarannya mendengar pelbagai cerita kurang enak mengenai suami dan Waheeda dipendam sejak dua tahun lalu selepas tersebar gosip mereka keluar bersama, ditambah pula cerita pergi menonton wayang.

“Walaupun pelbagai cerita saya dengar, selagi tiada pengakuan daripada suami, saya anggap perkara itu tidak serius.

“Namun, lama-kelamaan ia menjadi semakin parah apatah lagi dengan cerita mereka sudah berkahwin. Saya hanya perhatikan dari jauh dan tidak menyimpan syak hingga suami memohon keizinan untuk mengahwini penyanyi berkenaan,” katanya.

Maizawati berkata, sepatutnya isu rumah tangga mereka tidak perlu diperbesarkan kerana dia membuat keputusan mengundur diri dan mengizinkan Akhil berkahwin dengan penyanyi itu.

“Saya sudah memberikan lampu hijau untuk suami memperisterikan wanita itu dan keputusan sudah dibuat pada Februari lalu.

“Namun, sehingga kini masih tidak ada jawapan kerana selepas kami berbincang mengenai perkara itu, suami saya tidak memberi kata putus, sebaliknya mengatakan untuk berbincang dengan penyanyi berkenaan,” katanya.

Maizawati menjelaskan dia tidak perlu bersemuka dengan Waheeda kerana menganggap ia hanya akan memanjangkan lagi cerita.

“Buat apa saya nak bersemuka dengan dia? Kalau nak berbincang, sepatutnya dia datang berjumpa saya sejak pertama kali gosip mereka disiarkan dan meminta maaf serta jelaskan perkara sebenar kerana dia dikaitkan dengan suami orang.

“Mengapa baru sekarang dia katakan macam-macam seolah-olah saya yang timbulkan masalah,” katanya.

Sebagai orang yang beragama, kata wanita beranak enam itu, Waheeda sepatutnya tahu batas pergaulan mereka, terutama dengan menjalin persahabatan dengan suami orang.

“Dia berkawan dengan suami saya dan sebagai seorang perempuan dia patut tahu bagaimana membawa diri tatkala berdamping dengan suami orang,” katanya.

Maizawati bagaimanapun bersimpati dengan nasib menimpa suaminya kerana berikutan isu perpisahan itu, imejnya yang terkenal dengan jolokan Ustaz Rock tercalar.

“Saya kasihan dengan suami saya kerana dia tersepit. Namun, saya tekad membuat keputusan berpisah kerana ia jalan terbaik untuk semua pihak dan meyakinkan diri perpisahan bukan bererti permusuhan buat kami,” katanya.


Komen saya: Semakin panas nampaknya isu ustaz rock dengan wifenya. Mediapun kemain galak lagi cari isu panas. Bro Akhil dan Waheeda keuarlah dari persembunyian tu….

‘Minta dia cerita sebenar’

KUALA LUMPUR: “Kita jaga aib orang lain, Allah akan jaga aib kita, jadi biarkan…,” kata Waheeda yang enggan menjawab luahan terbaru Maizawati Zainal yang mendakwa penyanyi itu menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan Akhil Hayy menerusi rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, semalam.

Waheeda atau nama sebenar, Norwahidah Abdul Wahab, 31, berkata dia tidak bimbang dengan persepsi negatif umum yang menyalahkan dirinya selepas Maizawati, 33, membuat pendedahan kali pertama dalam Metro Ahad dan rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, Ahad lalu.

“Biarkan…” jawabnya ringkas ketika dihubungi menerusi SMS. Bagaimanapun, dia tetap menjawab beberapa soalan lain yang diajukan.

Malah, Waheeda turut berasa pelik apabila Maizawati mendakwa tidak mengenalinya secara peribadi, sekali gus bertentangan dengan kenyataan penyanyi itu terdahulu yang mengakui mengenali isteri Akhil itu.

“Pelik kan, kenapa sekarang dia kata begitu?” katanya.

Berikut beberapa jawapan Waheeda melalui SMS:

Soalan (S): Anda tahu di mana ustaz (Akhil) sekarang?

Waheeda (W): Tak.

S: Bagaimana dengan keadaan keluarga anda selepas pendedahan media yang dibuat isteri ustaz?

W: Okey je….

S: Selepas isteri ustaz membuat kenyataan media, adakah anda sedar ia mengundang pelbagai persepsi negatif?

W: Tahu…Biarkan.

S: Sebelum ini, Maizawati ada mengatakan bersedia dimadukan. Adakah anda sedia berkahwin dengan ustaz.

W: Jangan tanya saya. Tanya dia (Maizawati) soalan itu. Saya beritahu awak, kita semua kenal siapa dia.

S: Adakah anda akan terus mendiamkan diri atau tampil membuat kenyataan bagi membela diri?

W: Awak rasa ada apa-apa yang patut didedahkan ke?

S: Isteri ustaz sudah membuat kenyataan. Tidakkah anda mahu tampil memberikan cerita sebenar di sebalik kontroversi ini?

W: Mintalah pada dia cerita sebenar tu.

S: Tapi itu di sebelah isteri, bagaimana dengan anda?

W: Kalau macam tu apa lagi cerita sebenar yang awak nak? Dah ada kan?

S: Berdasarkan kenyataan Maizawati, anda didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga mereka?

W: Cerita sebelah pihak sudah cukup. Cerita dia. Dia yang mulakan jadi biar dia laluinya kerana kami tidak tahu cerita ini. Kami tahu cerita lain.

S: Selepas kontroversi ini tercetus, ada ustaz menghubungi anda?

W: Hanya untuk pastikan semua tenang.

S: Bagaimana anda menghadapi perkara ini?

W: Manusia merancang, Allah merancang. Perancangan Allah lebih baik. Tenang-tenangkan diri.

komen saya: Gambar di tepi pantai dan pergi tengok wayang dengan suami orang tu apa ceritanya Wawa? Dah kawen ke belum ni? pak ustaz apa ceritanya ni sheikh? Teringat Ina Naim masa putus tunang dengan Mawi di jadikan berita sensasi di media. Tetapi mungkin kes Maiza dan Akhil lain sikit. Artis artis…tu lah bro dulu masa duk ceramah tak terlibat dengan glamer hidup aman damai tanpa gosip panas. Mungkin ini sebagai kafarah. Mungkin sekarang ni bro sedang bermuhasabah diri di mana-mana. Yalah kan sebagai manusia tak kira apapun status tidak mungkin terlepas dari melakukan kesilapan. Tubna illallah warojak na illallah………wanadimna ala maa faalna

Ustaz Akhil zaman ialah Ustaz Akhil Hoi….

semakin glamer dah wife pak ustaz ni. hari2 ada ceritanya .erm zafir akak tetap suka nasyid dan suara akhil hayy…kalam suci episod akhir malam khamis tu pun dia ada. Tp suara ustaz Dzulkairnain hamzah menyampaikan zikir lagi best. kalau betul2 menghayati menitis air mata.

setiap manusia tak mungkin terlepas dari melakukan kesilapan zafir..kita org luar hanya membuat andaian sahaja sedangkan mereka lebih tau kan…harap2 masjid yg di bina tidak akan runtuh.

Ermm..Saya dah over ckp nampaknya……..

Come on Ustaz Akhil Hayy….
Kembalilah brceramah… Saya tringin nak tgk cramah baru Ustaz kt Ytube…

x payah bagi ceramah lagi..pergi mantapkan lagi belajar ugama di pondok2. kerana di sana tak di ajar utk keluar bersama wanita yg bukan muhrim malam2 di tepi pantai lagi tu(tp sori bro kalau bro dah nikah dengan wawa, tu lah kena terus terang). Sedangkan di cafe akhil hayy kemain lagi menasihati org. sudahlah bro muhasabahlah diri. Ustaz jugak manusia biasa…ada nafsu, buat silap……tp tu lah bro inilah harga yg harus di bayar bila hendak jadi glamer balik. Tp saya tetap suka nasyid2 dan zikir2 dari pak ustaz. Itulah silapnya pak ustaz suara sedap tp kerana wanita pak ustaz jadi cam ni. jadilah sepeti dulu2 pak ustaz. dah lah malas nak criter kisah depa ni.

Zafir..asallah org sanggup hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya ek? rasanya lebih baik duit tu sedekah saja utk org yg lebih memerlukan kan. Eh sori terlari tajuk hehehe.

salam akak…

da lama tak jenguk blogs akak ni… ramai plak yg komen sal ust glamour tuhh.. sue minat ust akil ni time tahun 07.. sue ada baca citer masa dia dpt hidayah.. dia mang belajar sekolah agama.. ayah dia sblum meninggal suruh p beljar agama.. masa nyayi rock hidupnya takde halatuju, solat pun banyak yg tak buat… dia belajar sekolah agama dekat indonesia. isterinya tuh pun adalah peminat setianya.. n bertemu jodoh… tapi tak sangka kalo benar2 bercerai.. syg sgt2kan… cantik isterinya tuhh, n zuriat pun dah ada…. sue kurang pastilah akak.. sue perna baca yg waheeda dah pena kena opatere rahim.. masa tuh ust pun dtg lawat.. so, wawa dah tak boleh ada zuriat lah kan!…. tak ker ust akil tuh fikir tentang zuriatnya kelak… manusia skrg ni pelik kan kak iman

Salam Sue…rindu kat Sue..terima kasih datang komen ya. Pernah dengar Wawa sakit tetapi tak tau pulak kena opration rahim. Mungkin ustaz ingin mengahwini wawa atas dasar simpati kot? atau entah la. Entahlah Sue mungkin itu ujian untuk mereka. Apa2pun harap tidak ada cerai berai sayang rumah tangga terbina hancur…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mei 2009
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 835,525 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: