bila hatiku berbicara

Archive for Jun 2009

KERATAN Kosmo! 2 Jun.


Manohara



KUALA LUMPUR – Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry memberi tempoh sehingga 2 Julai ini kepada isterinya Manohara Odelia Pinot supaya kembali ke pangkuan suaminya yang sah di sisi hukum syarak dan melaksanakan tugas sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan seperti yang telah diperakui oleh undang-undang.

Jika tuntutan tersebut tidak dilaksana sebelum tarikh itu, Tengku Muhammad Fakhry, 31, berkata, beliau tidak teragak-agak menggunakan segala haknya sebagai suami mengikut hukum syarak dan undang-undang yang ada tanpa merujuk terlebih dahulu kepada isterinya.

“Saya menegaskan sesungguhnya tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Isteri wajib mematuhi arahan dan perintah suaminya selagi mana ia tidak melanggar hukum syarak dan undang-undang,” demikian kata Tengku Muhammad Fakhry melalui satu kenyataan akhbar yang di faks oleh peguamnya semalam.

Sehubungan itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata, beliau telah melantik peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar untuk mengendalikan kes-kes syariah manakala bagi kes sivil peguam Mohd. Haaziq Pillay akan mengendalika

Advertisements

BAHAGIAN badan Ashraf yang cedera akibat dibelasah di sebuah sekolah di Rompin kelmarin.


ROMPIN – Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah agama di sini dibuli sampai pengsan oleh empat pelajar senior sekolah tersebut kelmarin.

Malah Mohd. Ashraf Abdul Aziz, 15, lebam di beberapa bahagian badan akibat dibelasah dan dipijak-pijak oleh empat pelajar senior berumur 16 dan 17 tahun yang dikatakan bertindak demikian untuk ‘suka-suka’.

Terdapat beberapa pelajar lain yang melihat kejadian itu tetapi mereka tidak membantu mangsa sebaliknya melihat kejadian itu dengan selamba.

Cerita Ashraf, kejadian itu berlaku pada pukul 1 pagi iaitu di surau sekolah itu.

PIPI Ashraf juga calar dan lebam angkara dibuli pelajar senior.


Sebelum itu, katanya, surau tersebut dipenuhi ramai pelajar yang mahu menunaikan solat sunat witir termasuk dirinya.

Menjelang tengah malam, Ashraf memberitahu, kebanyakan pelajar beredar ke asrama tetapi dia masih berada di luar surau bersama beberapa pelajar lain.

“Tiba-tiba saya ditolak masuk semula ke dalam surau oleh seorang pelajar senior sebelum lampu dipadamkan.

“Di dalam surau itu saya dibelasah serta dipijak-pijak di muka, tangan dan bahagian badan lain hingga pengsan dalam gelap,” katanya ketika ditemui di Felda Keratong 4 di sini malam tadi.

~Kes buli membuli ini dah tak kira sekolah menegah ke agama ke. Apalah nak jadi dengan pelajar-pelajar sekarang ni. Kalau anak kita tak buat anak orang, anak orang kacau anak kita. Sebagai  ibu  yang mempunyai anak remaja rasa bimbang pasti ada. Pernah dulu ketika anak saya di sekolah kebangsaan anak saya di buli. Sedih hati bila melihat ada tapak kasut di baju anak kita. Bila di tanya dia di tendang dari belakang oleh kawan sekelasnya yang agak nakal. Selidik punya selidik rupanya cikgu sekelasnya pun memang akui budak ini terlalu nakal dan suka membuli pelajar lain. Bila kita bagitau emak dan ayahnya di marahnya kita. Dia kata anak dia baik dan sebagainya.


Pengelaman anak buah saya mengajar di sebuah sekolah menengah di Pelabuhan Klang. Dia kata pelajar-pelajar sekolah menengah lagilah susah nak di bentuk. Diorang buat sekolah seperti rumah mak bapak dia. Cikgu keluar pintu depan dia keluar pintu belakang. Silap-silap haribulan  kalau marah sikit  kereta cikgu di siram dengan air sirap dan di calar.  Tentu Cikgu Alya, Dek Na, Balkis, Nisa dan yang bergelar cikgu kat blog ini banyak pengelaman berdepan dengan murid-murid nakal ni. Setakat nakal biasa je tak apa tetapi sehingga membuli pelajar lain. Ada yang sudah meninggal dunia. Apa lah budak-budak sekarang ni tak seperti zaman kita dulu-dulu. Dah takde rasa kasihan belas. Ingat buli membuli ni suka-suka saja ke. Budak-budak ni kena kauseling dan ibu bapa kena banyak nasihatkan anak-anak. Yang penting ibu bapa solat jemaah dengan anak-anak. Mengajar mengaji sendiri. Selalu berpesan dan berpesan. Tetapi ada juga anak-anak ni kat rumah pijak semutpun tak mati, tetapi kat luar ganas. Ibu bapa mana nak anak-anaknya nakal. Anak-anak itu kena fikir sendirilah baik buruknya. Tak tahu nak katalah kawan-kawan kalau hari-hari buka metro ada-ada saja kes buli membuli, bunuh membunuh. Benarlah orang zaman sekarang dah tak ada kasih sayang. Teringat kat anak saya. Kekadang hari-hari nak telefon dia. Tetapi alhamdulillah dia baik-baik saja di sana~

KUALA LUMPUR: Sempena menyambut ulang tahunnya ke-130 pada tahun ini, Kumpulan Eu Yan Sang menganjurkan makan malam amal bagi mengumpul dana untuk mengisi tabung Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

Program amal ini sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan selain menyumbangkan bantuan kepada sekolah, rumah anak yatim serta organisasi yang bukan berasaskan keuntungan.

Presiden Eu Yan Sang (1959) Sdn Bhd, Datuk Anne Eu Leong Kwei Chun, berkata pihaknya memilih TAFF untuk menyalurkan sumbangan dalam program amal ini kerana objektifnya membantu pasangan yang tidak subur dan gagal mendapatkan cahayamata.

“Kami memilih TAFF kerana yayasan ini membantu merealisasikan impian pasangan yang tidak subur untuk mendapatkan anak.

“Ini selaras dengan moto Kumpulan Eu Yan Sang iaitu ‘ambil berat terhadap manusia’ dan kerana itu, dana yang bakal dikumpul dalam program amal berkenaan akan disumbangkan kepada TAFF,” katanya pada sidang media semalam.

Pengasas dan Presiden TAFF, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, berkata sejak penubuhan TAFF pada Ogos 2004 ada 6,000 pasangan memohon untuk mendapatkan bantuan, namun TAFF hanya mampu memilih sehingga 60 pemohon saja.

“TAFF hanya memilih 60 pasangan saja setahun kerana ia memerlukan kos yang tinggi sehingga RM1 juta.

“Kos yang diperlukan untuk setiap pasangan ialah antara RM15,000 hingga RM30,000 bergantung kepada tahap ketidaksuburan pasangan dan umur,” katanya.

Menurutnya, kini TAFF akan menanggung sepenuhnya kos untuk rawatan bagi membolehkan pasangan berkenaan mendapat cahayamata.

“Setakat ini, seramai 171 pasangan sudah mendapatkan rawatan melalui bantuan daripada TAFF dan seramai 49 bayi berjaya dilahirkan melalui rawatan berkenaan.

“Saya berharap orang ramai dapat datang ke Hotel Shangri-La, di sini, pada 18 Julai ini bagi menyokong program amal ini dan seterusnya memberi sumbangan kepada TAFF untuk membantu pasangan yang memerlukan rawatan,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai makan malam amal sila hubungi Chin Siak Lian di talian 03-21168268.

maiamalina@hmetro.com.my KUALA LUMPUR:

“Nabi kahwin lebih untuk selesaikan masalah, tapi bila kita yang tiada masalah kahwin lagi maka akhirnya timbullah masalah,” ulas pendakwah tersohor, Mohd Zawawi Yusoh mengenai kisah cinta palsu isteri muda. Menurutnya, kebanyakan lelaki tempatan mahu berkahwin melebihi seorang, tetapi tiada keberanian terutama mahu berhadapan isteri, bagi menyatakan hasrat itu selain tidak tulus dan bertanggungjawab kepada isterinya. “Orang yang nak kahwin dua, kena berani dan dia kena tulus kalau tidak ‘fulus’nya habis sebab sikap berani akan menjadikan dia adil kepada isteri, jujur serta bertanggungjawab melaksanakan tugas selaku ketua keluarga. “Malangnya, ramai nak kahwin secara halal tapi tidak berani dengan isteri tua…ini menyebabkan mereka kahwin jauh sehingga ke Thailand dan pilih orang sana bukan tempatan.

“Lagi satu, masyarakat negara kita masih lagi prejudis terhadap poligami, malah belum menjadi trend lelaki tua mengahwini wanita muda menyebabkan warga emas yang berkeinginan ini terpaksa mencari orang jauh,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Mohd Zawawi berkata, sepatutnya mana-mana lelaki yang berhasrat menyuntik ‘bunga’ perlu mengikut tatacara Nabi Muhammad SAW mengkelaskan empat kriteria sebagai rujukan termasuk keturunan, kecantikan, berharta dan agama.

Bagaimanapun, Perunding Motivasi Human-Touch Consultant Sdn Bhd itu menegaskan memilih wanita untuk dijadikan isteri perlulah mengutamakan agamanya, nescaya ia menjadi penyelamat rumah tangga.

“Ramai mahu kahwin lebih tapi tidak ikut ‘patern’ Nabi Muhammad dan ini menjadikannya binasa kerana menurut Nabi Muhammad perkahwinan mengikut syariat Allah meletakkan agama dan kecantikan seiring, maka selamatlah ia.

“Kerana Allah akan memelihara kita, menjaga harta dan semuanya dengan sempurna berbanding jika kita memilih nafsu kecantikan semata-mata tidak berlandaskan syariat maka isteri dipilih tidak ubah pencuri ‘songlap’ duit kita.

“Isteri menurut Islam (cantik semua segi) apabila diberi nafkah (wang) oleh suami dia menjaga bukan mengikis dan menjadi pisau cukur,” katanya.

Beliau mengingatkan masyarakat wang pencarian dikenakan zakat supaya Allah SWT menjaga, malah malaikat akan menolong berdoa tiada perkara buruk berlaku termasuk dicuri isteri.

~Kalau ikut sunnah Nabi kenapa mengahwini wanita masih  muda bukankah ramai  balu-balu/janda  yang di luar sana yang memerlukan perlindungan? ( Tetapi mahukah sebagai isteri bermadu kalau suami mengahwini janda/balu, cakap senanglah. Aik janda dan balu tak sama ke ek?). Bukankah Nabi kita mengahwini janda-janda melainkan Syaidatina Aisyah yang masih dara.  Bukan memperotes poligami tetapi kekadang suami yang tidak berlaku adil. Tentulah melebihkan isteri muda. Maklumlah dapat pucuk baru.  Dan isteri mudapun kekadang lebih mengada-ngada( maaf tak semuanya) kontrol suami padahal dia kena sedarlah yang dia mengambil hak orang. Tanyalah mana-mana wanita pasti akan terbit  perasaan cemburu bila bermadu biarpun di limpahi dengan harta yang menimbun. Ada yang anak  sedozen tetapi suami masih nak cari lain dengan alasan isteri sudah tidak mampu melayan suami. Apa lagi yang tidak mempunyai zuriat pasti itu alasannya yang kukuh untuk berpoligami. ( Tetapi tidak semua begitu).


Sebenarnya saya ada pengelamannya berkawan dengan seorang ustazah bekar Arqam/Rufaqa. Dia ini isteri muda, katanya isteri tua suaminya yang meminang dia. Dia baik dengan isteri tuanya, pendek kata kalau nak tinggal serumahpun boleh. Kehidupan mereka cukup simple.  Sedih tau kekadang anak-anaknya yang seramai  8 orang( masih kecil lagi ketika itu yang sulung tingkatan 2) datang ke rumah mengadu lapar. Tak sampai hati bila anak kecil mengadu lapar. Kita masak apa yang ada jamu sekenyangnya. Itu isteri mudanya, mungkin isteri tuanya tidak begitu sebab anak-anakpun sudah besar. Sampai kehari ini saya tidak pernah bertemu dengan ustazah dan anak-anaknya.

Lain pulak dengan jiran sekampung  saya, suaminya bernikah kalau tak silap saya hampir dua tahun isterinya baru tahu. Mula-mula tu mengamuklah juga. Tetapi lama-lama dia redha sampailah dia pergi untuk selamanya tanpa suami di sisi, kerana suami di rumah isteri mudanya. Sedih tau cuma anak-anaknya yang masih kecil berada di sisi di saat arwah nazak. Bayangkanlah di saat nazak cuma di temani anak yang berusia 12 tahun dan 15 tahun di sisi.


Apa komen kekawan semua ek? Apa salahnya kita tukarlah topik lain pulak. Takdelah kita asyik tension memikirkan tentang zuriat sahaja. Apa akan jadi kalau berada di situasi ini? ~

Petikan daripada Majalah Minda Januari 2003.

KELUARGA merupakan satu ikatan kemasyarakatan antara suami, isteri dan anak yang berkongsi kehidupan. Ia menjadi sumber akhlak bagi setiap manusia dan tunggak utama untuk membina dan membentuk sikap dan keperibadian. Justeru pembinaan sebuah keluarga merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kerangka pembangunan kemanusiaan kerana keluarga membentuk suatu masyarakat kecil yang akhirnya menjadi elemen penentu bagi acuan masyarakat yang bakal lahir. Untuk menjamin kelahiran sebuah keluarga yang harmoni, pembinaan sebuah keluarga mesti dibina di atas asas yang betul dan tepat bermula daripada objektif dan seterusnya langkah-langkah pembinaan tunggak dan binaannya. Islam telah menetapkan beberapa objektif sesebuah perkahwinan sebagai langkah awal pembinaan sebuah kelurga yang harmoni. Di antaranya untuk meneruskan kesinambungan zuriat manusia, menjaga kehormatan diri dengan melampiaskan nafsu ke tempat yang halal dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. Perhubungan suci antara lelaki dan perempuan dengan cara yang halal yang dikenali sebagai perkahwinan ialah satu-satunya cara yang bersih dan suci untuk menjamin kesinambungan zuriat manusia. Allah telah berfirman yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kamu kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari jiwa yang satu. Dia menjadikan daripada dirinya pasangannya. Dia telah memancarkan dari kedua-duanya lelaki yang ramai dan juga perempuan (Al Nisa’: 1). Allah telah menciptakan Adam sebagai manusia pertama. Seterusnya dicipta pula Hawa untuk menjadi pasangannya. Seterusnya menerusi hubungan jenis antara kedua-dua lahirlah zuriat manusia, lelaki dan perempuan yang akhirnya membentuk berbagai bangsa dan keturunan. Kelahiran zuriat dalam suasana ikatan keluarga ini akan melahirkan manusia yang mendapat kasih sayang yang cukup. Kasih sayang dan kemesraan ini sudah cukup untuk membentuk emosi dan jiwanya untuk menjadi seorang insan yang berjiwa tenang dan baik. Di samping itu zuriat yang lahir ini pasti mendapat jaminan nafkah yang amat penting untuk pertumbuhan fizikal yang sihat dan seimbang. Kesepaduan antara nafkah batin menerusi kasih sayang dan nafkah zahir menerusi makan dan minum serta keperluan hidup harian ini pasti mampu memberikan satu suasana hidup yang ceria dan menggembirakan bagi seorang anak. Akhirnya pasti lahir generasi yang baik dan berakhlak terpuji. Zuriat manusia juga dapat diteruskan menerusi hubungan yang tidak halal. Tetapi ia pasti akan mengundang pelbagai masalah sosial dalam masyarakat. Di antaranya kelahiran seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai perlindungan sebuah keluarga kerana ibunya dan bapanya tidak mempunyai satu ikatan untuk hidup bersama di bawah satu bumbung. Si anak tidak mendapat jaminan nafkah dari si bapa kerana kemungkinan si bapa tidak mengakui benihnya. Si kecil ini juga pasti hidup dalam keadaan kekurangan kasih sayang kerana hanya mempunyai ibu tanpa bapa. Tekanan emosi dan perasaan sepanjang kehidupan kanak-kanaknya bakal membentuk jiwanya menjadi seorang yang benci kepada masyarakat sekeliling. Kelahiran zuriat merupakan matlamat utama sesebuah perkahwinan. Justeru itulah baginda menganjurkan agar dikahwini perempuan yang subur yang mampu melahirkan anak yang ramai kerana baginda akan berbangga dengan jumlah umatnya yang ramai pada hari Qiamat. Perkara ini dijelaskan oleh baginda menerusi hadisnya yang bermaksud: Kahwinilah wanita yang boleh beranak ramai serta bersifat penyayang. Sesungguhnya aku pasti berbangga dengan ramainya kamu di hadapan umat manusia yang lain pada hari Qiamat. Kemampuan seseorang wanita untuk melahirkan anak yang ramai dapat dinilai secara umumnya menerusi jumlah adik-beradiknya atau adik beradik ibu atau bapanya. Masyarakat barat hari ini meletakkan keseronokan adalah matlamat utama kehidupan. Perkara ini telah dijelaskan oleh al Quran yang bermaksud: Dan mereka yang kufur berseronok dan makan minum seperti mana binatang ternakan makan dan minum dan neraka pasti menjadi tempat perlindungan mereka (Muhammad : 12). Kemuncak keseronokan dan kenikmatan hidup bagi mereka adalah menerusi hubungan seks antara lelaki dan perempuan. Kebanyakan mereka lebih suka mendapatkan kenikmatan hubungan jenis menerusi seks bebas tanpa ikatan tali perkahwinan. Bagi mereka perkahwinan hanya akan membataskan pergerakan mereka dan meletakkan mereka di bawah satu tanggungjawab yang hanya akan membebankan mereka dan mengikat mereka dengan seseorang. Bagi yang memilih cara yang lebih bersih menerusi perkahwinan juga meletakkan keseronokan dan kenikmatan sebagai matlamat utama perkahwinan. Justeru kelahiran bayi hanya akan mengganggu hubungan mereka dan membataskan kenikmatan seks mereka. Lantaran itu mereka melakukan pelbagai cara untuk menyekat kehamilan berlaku. Atau sekurang-kurangnya mencadangkan perancangan keluarga dengan menjarakkan anak atau menghadkan bilangan anak yang akan diperolehi. Di antara matlamat perkahwinan juga ialah menjaga kehormatan diri dengan melampiaskan nafsu ke tempat yang bersih dan halal. Setiap manusia pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan yang boleh memberi kepuasan kepada nafsu seksnya. Ia mempunyai dua pilihan. Sama ada melepaskan keinginannya dengan cara yang dapat diterima oleh tata susila masyarakat manusia yang normal iaitu menerusi perkahwinan yang sah atau sebaliknya. Cara kedua pasti mengundang perbagai permasalahan sosial dengan kelahiran bayi yang tidak mempunyai jaminan kehidupan di bawah bumbung satu keluarga. Di samping penyakit-penyakit fizikal yang mungkin lahir hasil hubungan seks rambang seperti aids, siplis dan lain-lainnya. Justeru baginda memberikan satu pedoman untuk orang muda dengan sabdanya: “Wahai sekelian pemuda! Sesiapa yang mempunyai kemampuan hendaklah berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih menjaga mata kamu dan lebih memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu pula hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu menjadi benteng kepadanya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Perkahwinan dalam Islam diasaskan untuk melahirkan satu suasana aman dan damai dalam kehidupan menerusi hubungan kasih sayang yang intim antara lelaki dan perempuan. Perkara ini telah diisyaratkan oleh Allah menerusi firmannya yang bermaksud: “Dan di antara tanda kekuasaannya ialah menjadikan untuk kamu dari diri kamu sendiri pasanganpasangan untuk kamu menenangkan diri kamu kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih-sayang dan kasihan belas” (Ar-Rum : 21). Kasih sayang yang sebenar hanya dapat diabadikan menerusi sebuah perkahwinan. Kasih sayang ini diikat dengan simpulan kata yang amat kukuh yang telah dimenterai di hadapan saksi-saksi yang dipercayai. Kasih sayang itu diiringi dengan perbagai tanggungjawab. Si suami bertanggung jawab memberikan nafkah dan melindungi isterinya. Si isteri pula diikat dengan ketaatan dan tanggungjawab menjaga kehormatan diri dan suami. Firman Allah yang bermaksud: Lelaki-lelaki merupakan tunggak kepada wanita-wanita kerana nafkah yang diberikan menerusi harta-harta mereka. Maka wanita yang baik pula ialah yang taat, menjaga kemaluan di kala ketiadaan suami menerusi apa yang disuruh oleh Allah menjaganya – (An Nisa’ : 34). Sebuah keluarga yang damai juga pasti berjaya memberikan ketenangan kepada ahlinya. Sebarang masalah kehidupan dapat dibincangkan bersama dan berusaha untuk mendapatkan jalan penyelesaiannya. Kemesraan yang wujud sudah cukup untuk memberikan ketenangan awal bagi jiwa yang sedang berkecamuk. Senyuman manis dan tawa ria pasti berjaya meruntuhkan gunung masalah yang dihadapi. Itulah nikmat sebuah perkahwinan. Firman Allah yang bermaksud: “mereka (isteri-isteri kamu) merupakan pakaian (ketenangan) bagi kamu, dan kamu juga merupakan pakaian (ketenangan) bagi mereka” (Al-Baqarah : 187). Perkataan “pakaian” dalam ayat di atas menggambarkan bentuk hubungan antara pasangan suami isteri. Sehelai pakaian mempunyai perbagai fungsi, antaranya menjadi penutup yang melindungi aib dibadan, pelindung dari panas, ketenangan kepada jasad dan perhiasan bagi badan. Begitulah gambaran hubungan suami isteri. Begitulah pasangan suami isteri saling berusaha menutup aib dan kekurangan pasangannya, menjadi pelindung dari mara bahaya serta menjadi hiasan untuk hati pasangannya. Hasil dari itu lahirlah hubungan mesra yang diikat dengan tali kasih yang pasti sukar untuk dirungkai kembali. Kebanyakan masyarakat barat hari ini membina cinta mereka di atas dasar yang rapuh iaitu hubungan seks semata-mata. Ia adalah cinta palsu yang hanya didorong oleh keinginan nafsu seks semata-mata. Cinta itu akan lupus di kala kepuasan seks dari pasangan tidak dapat dinikmati. Cintanya pasti beralih kepada lelaki dan wanita yang lain yang dirasakan boleh memberikan kepuasan yang lebih. Malah cinta itu tidak menghalang seseorang lelaki dan wanita melakukan hubungan jenis dengan lelaki atau wanita lain pada masa yang sama. Justeru sesebuah keluarga yang ingin dibentuk perlu mengambil kira tiga matlamat asasi agar lahir sebuah keluarga Islam yang harmoni yang akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang damai dan tenang.

http://fauzynm.e-belia.net/

Sama samalah kita ingat mengingati amalan- amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi’raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Berbalik kepada petua/tips yang ingin saya kongsikan pada kali ini. Iaitu berkenaan dengan topik hangat blog ini iaitu, mengenai masalah kesuburan dan kehamilan.

Pada saya, perkara pertama yang patut kita ketahui sebelum apa2 tindakan ialah mengetahui dan faham tentang ta’rif serta konsep asas kehamilan itu sendiri.

Apakah konsep asas yang perlu anda tahu mengenai proses kehamilan?
1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya(ia dipanggil proses ovulasi )
2. Telur tersebut mesti melalui saluran fallopian terus menuju ke uterus ( rahim )
3. Benih lelaki (sperma) pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim
4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dinding rahim
5. Masalah yang menggangu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan.

Fakta
1. Kira – kira 1/3 kes ketidaksuburan adalah berkaitan dengan wanita.
2. 1/3 lagi adalah disebabkan berpunca daripada lelaki
3. Dan 1/3 lagi faktor ketidak suburan adalah campuran faktor – faktor lain yang dikenalpasti.
Apakah penyebab utama kepada ketidaksuburan:
1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan
2. Tanda – tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid
3. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis
4. Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst

Penyebab2 lain ketidaksuburan ;
1. Umur
2. Stress
3. Pemakanan seharian yang tidak elok
4. Latihan olahraga/sukan yang melampau
5. Terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan
6. Merokok
7. Ketagihan alkohol
8. Penyakit kelamin
9. Masalah kesihatan yang disebabkan hormon

Tips-tips untuk mudah hamil :
1. Jangan minum ais dan juga makan ubi kayu ketika datang haid kerana angin boleh memudaratkan
2. Sekiranya anda mengikuti mana2 program kehamilan yang dicadangkan pakar, maka ikutlah segala pantang larang program tersebut. Sekiranya anda buat tanpa disiplin,mengakibatkan program yang anda sertai langsung tak berkesan,malahan tubuh badan anda mungkin merasai kesan ’side effect’ daripadanya
4. Niat dan focus untuk hamil, fikir positif, elakkan stress
5. Elakkan makanan yg tajam seperti nenas, rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa dan tebu.

dari pakarhowto.com


Kalendar

Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 848,179 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada