bila hatiku berbicara

Tak tau mana yang betui

Posted on: Jun 1, 2009

Saya membaca komen di dalam blog ini   http://toughlane.blogspot.com/ . Saya bukan  mengikuti sangat kisah raja-raja ni. Tetapi bila ada cerita tentang negeri sendiri saya membaca Malaysiakini. Saya membaca kisah Manohara. Istana  kata Manohara bahagia di Kelantan, Mano pulak kata dia di perlakukan seperti binatang. Saya membaca komen-komen di blog ini penuh dengan sumpah seranah( seperti depa saja yang betui) menampakkan kebencian seperti melaga-lagakan Malaysia dan Indonesia . Kalau nak tahu bacalah sendiri kat blog ni. Tak mahu layan tetapi saja membaca nak tau apa kata pengkomen dari Indonesia tak mau sebut Indon sebab menghormati negara jiran).  Saya selalu jugaklah menonton sinetron dari Indonesia ni Aqso dan Madina dan Cinta pesantren.

Manohara pulang dengan izin suami, kata teman karib Tengku TT
Jimadie Shah Othman | Jun 1, 09 1:20pm
Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot bukan dilarikan atau melarikan diri, tetapi pulang dengan izin suaminya, Tengku Temenggung Kelantan, kata teman karib pasangan tersebut.

Manohara dalam sidang akhbar di Jakarta semalam mendakwa dia didera oleh suaminya, Tengku Temenggung Kelantan.

manohara odlia pinot kelantan 260509“Tengku Temenggung (Tengku Muhammad Fakhry Petra) tidak ada apa-apa (masalah). Manohara pulang dengan izinnya,” kata Mohd Soberi Shafii kepada Malaysiakini pagi ini.

“Bukan dilarikan atau melarikan diri, tetapi pulang dengan izin,” tegasnya lagi.

Beliau juga menafikan berlakunya kekecohan antara pihak istana dan ibu Manohara, Daisy Fajarina di sebuah hotel di Singapura semalam.

Menurutnya, dalam kejadian di Hotel Royal Plaza itu, Manohara membuat keputusan pulang ke Jakarta setelah pertemuan panjang selama tujuh jam dengan ibu dan kakaknya Dewi Seri Asih.

Bagaimanapun, Mohd Soberi mendakwa apa yang dikatakan Manohara dalam sidang akhbar di Jakarta itu “menurut arahan dan skrip ibunya” semata-mata.

“Dia (Manohara) takut pada ibunya. Dia hanya ikut suruhan ibunya. Ini semua telah ditetapkan oleh ibunya.

‘Atur rancangan’

“Di waktu kecilnya, beliau pernah melihat kegarangan ibunya menyiksa orang gaji ketika di Perancis dahulu,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Soberi menafikan bekas model berumur 17 tahun itu didera secara fizikil, emosi dan seksual, termasuk disuntik hormon bagi menambahkan berat badan oleh Tengku Muhammad Fakhry.

“Tindakan Manohara cuma (diatur supaya) mengiyakan segala cakap ibunya selama ini,” kata Mohd Soberi yang juga seorang ahli perniagaan itu.

manohara odelai pinot mother daisy fajarina 230409Mohd Soberi (foto) juga berkata, Daisy telah mengatur rancangan awal bagi membawa pulang anaknya itu.

“Dia (Daisy) sudah aturkan. Di hotel, krew televisyen Singapura sudah ikut dia. Sampai di lapangan terbang di Jakarta, (Manohara) terus dibawa ke stesen televisyen untuk diwawancara,” tambah Mohd Soberi.

Ditanya sama ada pasangan diraja itu akan bercerai, beliau berkata: “Terserahlah kepada Manohara. Kalau ingin bercerai, kita ikut proses perceraian. Tengku TT (Tengku Temenggung) ambil sikap serah (keputusan) kepada Manohara,” katanya.

Beliau mendakwa, putera ketiga Sultan Kelantan itu juga tidak menyalahkan pihak kedutaan Indonesia atau Amerika Syarikat kerana membantu membawa keluar isterinya daripada kota Singa itu.

Pemeriksaan perubatan

“Beliau tidak salahkan kerajaan. Beliau tidak minta kerajaan selesaikan masalah keluarganya. Rakyat Malaysia tidak bodoh untuk memperalatkan kerajaan untuk kepentingan sendiri,” katanya.

manohara odelia pinot tengku kelantan royal indonesia model controversy 210409 02Media Indonesia melaporkan, Manohara dibantu kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Singapura untuk kembali ke Jakarta.

Dia dilaporkan tiba di negara seberang itu kira-kira 7 pagi waktu Indonesia.

Bekas model itu dilaporkan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan pagi ini, selain pemeriksaan psikiatri.

Hasil pemeriksaan perubatan itu dilaporkan akan diserahkan kepada peguamnya.

Mengulas perkara itu, Mohd Soberi berkata, Tengku TT mengalu-alukan pemeriksaan perubatan itu.

“Tengku TT alu-alukan. Sudah sampai masanya untuk menunjukkan bukti,” katanya.

Usaha Malaysiakini menghubungi Daisy di Jakarta setakat ini belum berhasil.

~Takziah untuk buruh-buruh Indonesia yang mati di banggunan Jaya Supermarket di Section 14. Petang tadi sempat jugak tengok kebetulan lalu untuk ke Bank Islam . Agaknya masih ada anggota badan yang hilang di tempat itu ngerinya~

Advertisements

4 Respons to "Tak tau mana yang betui"

‘Manohara buat fitnah bagi aibkan suami, istana’

MANOHARA Odelio Pinot

KOTA BHARU 1 Jun – Sahabat karib Tengku Temenggong Kelantan, Mohd. Soberi Shafii menyifatkan bekas model Manohara Odelio Pinot sedang meracuni orang ramai dengan fitnah bagi mengaibkan suami dan mencemari Istana Kelantan.

Beliau berkata, Tengku Mohammad Fakhry rela menerima hukuman jika dakwaan tersebut mempunyai bukti tetapi jika sebaliknya, Manohara juga mesti bersedia berhadapan dengan tindakan.

Menurut beliau, fitnah terbaru kononnya Manohara melarikan diri dari Singapura semalam adalah tidak berasas kerana Tengku Temenggong merestui kepulangan beliau ke Jakarta.

“Apa yang dipaparkan di laman-laman web mengenai fitnah Manohara terhadap Tengku Temenggong hanyalah untuk meraih simpati orang ramai terhadap dia dan ibunya, Daisy Fajarina.

“Semasa di Singapura, Tengku dan Manohara menginap di Hotel Royal Plaza apabila tiba-tiba ibunya muncul bersama-sama anggota polis dan wakil kedutaan Amerika Syarikat.

“Tengku menyambut baik kedatangan mereka dan apabila diadakan perundingan, Manohara meminta untuk pulang ke Jakarta mengikut ibunya dan Tengku mengizinkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, katanya tidak timbul soal Manohara membuat kecoh untuk melepaskan diri kerana tidak ada sekatan atau halangan kerana dia dibenarkan pulang dengan baik.

“Jika betul dakwaan Manohara didera suami, kenapa tidak terus membuat pemeriksaan doktor untuk membuktikannya tetapi sebaliknya pergi kepada media,’’ katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan, apa yang sedang dilakukan oleh Manohara sekarang ini kerana dipengaruhi ibunya.

“Isu yang diperkatakan oleh ibunya sama seperti kenyataannya pada April lalu ekoran mahu menutup perasaan malu dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana.

“Aktivis wanita yang membantu Daisy membuat laporan polis mengenai dakwaan penderaan suami ke atas Manohara tetapi apabila tidak ada bukti, dia telah menarik diri daripada terus membantu,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau berkata, buat masa ini Tengku Temenggong tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana mahu menunggu perkembangan seterusnya daripada Manohara dan ibunya.

“Biar mereka habis dahulu dengan kenyataan-kenyataan yang hendak dikeluarkan dan selepas ini jika masih tidak mempunyai bukti, kebenaran dan keadilan akan menjelma,’’ katanya.

~Tengok sinetron sahaja dah tau bagaimana kehidupan orang-orang di sana. Udahlah pakat-pakat ramai-ramai datang menyemak kat negara ini(buat macam negara depa). Agaknya di sana negaranya miskin apa? Tidak ada peluang pekerjaan ke di sana? Yang herannya anak-anak dara Malaysia ni sanggup di larikan oleh cowok-cowok sanggup berlapar di negara orang, idak le teman. Nak kata lawa sangatpun lebih kurang orang kita aje. Lainlah kalau keturunan Belanda memanglah ensem. Anak buah sayapun khawin dengan orang Acheh keturunan Belanda lah kot sebab wajahnya seperti mat salleh. Nampak baiklah sekarang ni tak taulah masa akan datang. Yang anak buah saya ni tergila kat budak ni(sama-sama gila kalau tak, tidak menjadi) sedangkan dia ni bukannya ada pelajaran apapun. Tau ajelah kerjanya buruh, anak buah ni cikgu. Bukanlah hendak mengata tetapi kata emaknya udah di pinang lelaki tempatan di tolak nak menikah dengan budak ni. Tetapi nak buat macam mana dah jodohkan. Harap panas sampai ke petang. Yang bestnya abang saya ni tidak benarkan dia bawak anak dan bininya pulang ke Acheh. Nak pulang sendiri aje, bimbang takut tak datang lagi. Tetapi budak ni akur. Yang sorang lagi tu anak dua tiga pupu papat dengan saya kot, pun nikah dengan orang Medan. Enggak ensem lho, tetapi budak ni tergilak sepertinya tak dak lelaki Malaysia nak di buat laki. Tu pun tak mau balik tu, sebab mewah hidup di Malaysia ni. Dari tak ada apa-apa dokumen sekarang ada .

Kawan saya kat Countryhomes orang Boyan baik sangat-sangat boleh tumpang di kala susah dan senang. Kalau nak ikutkan banyaknya kenangan bersama orang-orang Indonesia ketika di Countryhomes. Kawasan flet tu dah macam kampung tempat depa dah. Tetapi tak di nafikan mereka sanggup melakukan pekerjaan apa sahaja yang orang Malaysia tak sanggup buat. Mungkin dengan sebab itu mereka suka datang sini, sanggup bergadai nyawa demi mencari rezeki. Ada jugak yang jadi maling, pembunuh+ perogol. Tetapi kalau cowok dan ceweknya dari Pesantrennya baik( ada budak sekampung belajar di sana pak ustaz( bapa gadis ini) beri anak gadisnya untuk di jadikan isteri sama-sama belajar di pondok baik sangat) . Tak semua orang mereka tak baik dan tak semua orang kita ni baik( Kes Mano hanya Tuhan saja yang tau). Semuanya atas pilihan sendiri. Tak kanlah hanya seorang buat tak baik kita tuduh semuanya tak baik, tetapi bila baca komen-komen di blog tu nampak sangatlah macam Malaysia( Kelantan menjadi sasaran diorang sekarang ni) buruk sangat di mata orang sana. Sori la pagi-pagi lagi dah berkicau ~

‘Semua fitnah’
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhd Izawan Baharin
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini model kelahiran Indonesia, Manohara Odelia Pinot dilihat gembira di samping suami, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dalam beberapa majlis rasmi, namun situasi sebaliknya berlaku sebaik dia tiba di Jakarta, kelmarin dengan melempar tuduhan kononnya dirinya menjadi mangsa dera kerabat diraja berkenaan.

Manohara, 17, mendakwa ‘berjaya’ pulang ke Jakarta selepas meminta bantuan polis Singapura ketika mengikuti suaminya menziarahi Sultan Kelantan yang kini dirawat di Hospital Mt Elizabeth, Singapura.

Pada sidang media di Jakarta yang turut disiarkan melalui laman YouTube, Manohara bersama ibunya, Daisy Fajarina, 44, kelihatan tenang dan sering tersenyum ketika menceritakan perkara yang berlaku ke atas dirinya sepanjang pernikahan dengan Tengku Muhammad Fakhry.

Kisah bekas model itu mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik Indonesia semalam sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif.

mentara itu, sahabat akrab Tengku Muhammad Fakhry, Mohd Soberi Shafii, berkata semua yang didakwa Manohara dan ibunya kepada media Indonesia fitnah dan dibuat-buat.

“Apa yang diceritakan sama seperti dikatakan ibunya sebelum ini. Manohara terpaksa mengikut telunjuk Daisy kerana takutkannya yang terkenal garang.

“Sebenarnya ketika di Singapura, memang Daisy datang bersama polis, pegawai Kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat tetapi Tengku Temenggong meminta perbincangan diadakan serta bertanya Manohara sama ada mahu tinggal di Singapura atau mengikut ibunya pulang ke Indonesia.

“Manohara mahu ikut ibunya dan Tengku Temenggong sama sekali tidak menghalang, namun sebaik tiba di Indonesia, cerita bertukar kononnya dia hidup terseksa dan didera suami,” katanya yang dihubungi, semalam.

Beliau turut mempersoalkan jika Manohara menderita akibat didera secara fizikal dan emosi kenapa sebaik menjejakkan kaki di Indonesia, wanita itu tidak terus ke hospital untuk menjalani rawatan sebaliknya memanggil sidang media.

“Semuanya sudah dirancang, sebenarnya Daisy sakit hati kerana banyak kehendaknya tidak ditunaikan Tengku Temenggong menyebabkan dia menggunakan anaknya untuk mengugut,” katanya.

Mohd Soberi turut mencabar media Indonesia yang dilihat berat sebelah mengemukakan bukti laporan perubatan menunjukkan Manohara didera secara fizikal dan mental.

“Bagi memastikan keadilan, laporan perubatan itu mesti dari hospital di negara ketiga, bukan Malaysia atau Indonesia. Dengan ini, kita tahu kebenarannya,” katanya.

Buat masa ini, katanya, pihak Tengku Temenggong tidak mahu mengambil sebarang tindakan sebaliknya melihat rentak yang dimainkan Daisy.

“Tetapi Tengku Temenggong memang dukacita dengan sikap isterinya sebaik pulang ke Indonesia,” katanya.

http://beautifulnara.com/

hai kekawan dalam blog ni ada gambar mano terlebih kena dera..ambik gambarpun dah tak betui tengoklah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: