bila hatiku berbicara

Maiza, Akhil setuju proses sulh

Posted on: Jun 2, 2009

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my


MAIZA bersama lima anaknya yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di Ipoh semalam. Gambar kecil, Akhil.


IPOH – Pendakwah dan penyanyi Akhil Hayy, 40, dan isterinya, Maizawati Zainal, 33, memohon Mahkamah Rendah Syariah menetapkan satu tarikh baru bagi membolehkan proses sulh (penyelesaian secara baik) di antara mereka berhubung segala tuntutan berkaitan selepas penceraian diselesaikan.

Hakim Syarie, Mohd. Ridhuan Yusof bersetuju dengan permohonan tersebut dan menetapkan 15 Julai sebagai tarikh sebutan semula.

Maizawati atau mesra dipanggil Maiza diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais manakala Akhil tidak diwakili peguam.

Terdahulu, mahkamah terpaksa menangguhkan prosiding kes berkenaan selama hampir dua jam selepas Akhil tidak menghadirkan diri.

Akhil yang tiba di kompleks mahkamah pada pukul 10.35 pagi terus mengadakan perbincangan bersama dua peguam Maiza di sebuah bilik khas selama satu jam.

Lima daripada enam anak hasil perkongsian hidup Akhil dan Maiza turut hadir semalam.

Akhil yang ditemui selepas prosiding itu berkata, beliau sedaya upaya akan menyelesaikan kes yang difailkan isterinya itu dengan cara paling makruf, penuh kedamaian dan memuaskan hati semua pihak.

“Kredibiliti dan imej saya sebagai pendakwah sudah terjejas dan mungkin kawan mahupun lawan akan berpuas hati dengan penyelesaian yang akan saya buat nanti,” katanya.

~Ensem Ustaz Akhil ni ek, alahai sebelum balik saja nak tinggalkan artikel ni, yalah tengah panas  sepertilah kes Manohara lah juga. Sebagai orang yang pernah minat dengan suara Akhil Hayy tak mau ketinggalan ikuti kisahnya. Rasanya dah lama tak dengar zikir dan azan Akhil Hayy dalam Oasis kenapa ya? Ke saya yang tak perasan? Yang saya dengar ada zikir dari kumpulan Hijjaz, Rabbani dan Inteam~

Advertisements

3 Respons to "Maiza, Akhil setuju proses sulh"

syg lah cafe Al Haiy di henti, saya sangat minat kat ustaz dan waheeda, mereka tu manusia biasa lah, apa nak kecoh, dah Allah tetapkan jodoh mereka dengan cara itu apa lah kita manusia nak bagi komen kat diaorang, kan… kan…. kalau kak maiza dok canang keburukan suami dia itu antara dia dan Allah lah nanti dan tapi bagi pandangan saya itu kehendak kak maiza nak bercerai, huh manusia ni memang macam ragam, tapi harapan saya dan kawan2 semoga ustaz dapat meneruskan ceramah agama walaupun tanpa astro oasis, kami pun malas nak tengok canel tu lagi,,,,

kita x tau apa yg terjadi dlm rumah tangga ustaz dan Maiza. Mungkin maizapun ada sebabnya. Kalau ada di tempat dia baru kita faham bagaimana sakitnya hati. Ustaz Akhil kena bermuhasabah diri. Astro Oasis tu kita yg bayar jadi kalau dah buat perangai pergi pantai malam2 dgn anak dara org tu tak elok sangat. Menonton wayangkan lagi. Diakan ikon remaja, apa itu ke yg hendak di jadikan contoh kpd remaja. Cafe akhil hayy di hentikan adalah wajar. Nak mendidik org lain diri sendiripun kantoi. Harap2 selepas ini hentilah ceramah berbuih mulut.
Kalau akhil suami yg baik dia dapat mentarbiah isteri dia dan mempertahankan rumah tangga yg sudah sekian lama terbina. Maiza dah sudi bermadu tp si gedik yang tak sudi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 853,965 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: