bila hatiku berbicara

Tak tulus, habis fulus

Posted on: Jun 19, 2009

maiamalina@hmetro.com.my KUALA LUMPUR:

“Nabi kahwin lebih untuk selesaikan masalah, tapi bila kita yang tiada masalah kahwin lagi maka akhirnya timbullah masalah,” ulas pendakwah tersohor, Mohd Zawawi Yusoh mengenai kisah cinta palsu isteri muda. Menurutnya, kebanyakan lelaki tempatan mahu berkahwin melebihi seorang, tetapi tiada keberanian terutama mahu berhadapan isteri, bagi menyatakan hasrat itu selain tidak tulus dan bertanggungjawab kepada isterinya. “Orang yang nak kahwin dua, kena berani dan dia kena tulus kalau tidak ‘fulus’nya habis sebab sikap berani akan menjadikan dia adil kepada isteri, jujur serta bertanggungjawab melaksanakan tugas selaku ketua keluarga. “Malangnya, ramai nak kahwin secara halal tapi tidak berani dengan isteri tua…ini menyebabkan mereka kahwin jauh sehingga ke Thailand dan pilih orang sana bukan tempatan.

“Lagi satu, masyarakat negara kita masih lagi prejudis terhadap poligami, malah belum menjadi trend lelaki tua mengahwini wanita muda menyebabkan warga emas yang berkeinginan ini terpaksa mencari orang jauh,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Mohd Zawawi berkata, sepatutnya mana-mana lelaki yang berhasrat menyuntik ‘bunga’ perlu mengikut tatacara Nabi Muhammad SAW mengkelaskan empat kriteria sebagai rujukan termasuk keturunan, kecantikan, berharta dan agama.

Bagaimanapun, Perunding Motivasi Human-Touch Consultant Sdn Bhd itu menegaskan memilih wanita untuk dijadikan isteri perlulah mengutamakan agamanya, nescaya ia menjadi penyelamat rumah tangga.

“Ramai mahu kahwin lebih tapi tidak ikut ‘patern’ Nabi Muhammad dan ini menjadikannya binasa kerana menurut Nabi Muhammad perkahwinan mengikut syariat Allah meletakkan agama dan kecantikan seiring, maka selamatlah ia.

“Kerana Allah akan memelihara kita, menjaga harta dan semuanya dengan sempurna berbanding jika kita memilih nafsu kecantikan semata-mata tidak berlandaskan syariat maka isteri dipilih tidak ubah pencuri ‘songlap’ duit kita.

“Isteri menurut Islam (cantik semua segi) apabila diberi nafkah (wang) oleh suami dia menjaga bukan mengikis dan menjadi pisau cukur,” katanya.

Beliau mengingatkan masyarakat wang pencarian dikenakan zakat supaya Allah SWT menjaga, malah malaikat akan menolong berdoa tiada perkara buruk berlaku termasuk dicuri isteri.

~Kalau ikut sunnah Nabi kenapa mengahwini wanita masih  muda bukankah ramai  balu-balu/janda  yang di luar sana yang memerlukan perlindungan? ( Tetapi mahukah sebagai isteri bermadu kalau suami mengahwini janda/balu, cakap senanglah. Aik janda dan balu tak sama ke ek?). Bukankah Nabi kita mengahwini janda-janda melainkan Syaidatina Aisyah yang masih dara.  Bukan memperotes poligami tetapi kekadang suami yang tidak berlaku adil. Tentulah melebihkan isteri muda. Maklumlah dapat pucuk baru.  Dan isteri mudapun kekadang lebih mengada-ngada( maaf tak semuanya) kontrol suami padahal dia kena sedarlah yang dia mengambil hak orang. Tanyalah mana-mana wanita pasti akan terbit  perasaan cemburu bila bermadu biarpun di limpahi dengan harta yang menimbun. Ada yang anak  sedozen tetapi suami masih nak cari lain dengan alasan isteri sudah tidak mampu melayan suami. Apa lagi yang tidak mempunyai zuriat pasti itu alasannya yang kukuh untuk berpoligami. ( Tetapi tidak semua begitu).


Sebenarnya saya ada pengelamannya berkawan dengan seorang ustazah bekar Arqam/Rufaqa. Dia ini isteri muda, katanya isteri tua suaminya yang meminang dia. Dia baik dengan isteri tuanya, pendek kata kalau nak tinggal serumahpun boleh. Kehidupan mereka cukup simple.  Sedih tau kekadang anak-anaknya yang seramai  8 orang( masih kecil lagi ketika itu yang sulung tingkatan 2) datang ke rumah mengadu lapar. Tak sampai hati bila anak kecil mengadu lapar. Kita masak apa yang ada jamu sekenyangnya. Itu isteri mudanya, mungkin isteri tuanya tidak begitu sebab anak-anakpun sudah besar. Sampai kehari ini saya tidak pernah bertemu dengan ustazah dan anak-anaknya.

Lain pulak dengan jiran sekampung  saya, suaminya bernikah kalau tak silap saya hampir dua tahun isterinya baru tahu. Mula-mula tu mengamuklah juga. Tetapi lama-lama dia redha sampailah dia pergi untuk selamanya tanpa suami di sisi, kerana suami di rumah isteri mudanya. Sedih tau cuma anak-anaknya yang masih kecil berada di sisi di saat arwah nazak. Bayangkanlah di saat nazak cuma di temani anak yang berusia 12 tahun dan 15 tahun di sisi.


Apa komen kekawan semua ek? Apa salahnya kita tukarlah topik lain pulak. Takdelah kita asyik tension memikirkan tentang zuriat sahaja. Apa akan jadi kalau berada di situasi ini? ~

Advertisements

2 Respons to "Tak tulus, habis fulus"

zino ada sorang kawan beristeri 3… isteri kedua di lamar oleh isteri pertama… dan isteri ketiga juga mendapat restu isteri kedua dan tiga.. kalau berjalan terpaksa guna dua kereta.. isteri2 satu kereta anak anak bersama suami.. kalau ke majlis kenduri tiga tiga ikut sekali hehe..

tapi berapa ramai yg boleh melakukan demikian kan hehe

Tahniah untuk kawan Zino ilmu apa yang dia pakai ek 1 dalam seribu tu. Salleh Yaacobpun berisiteri 3 kan?. Mungkin dia sudah mantop dari segi kewangan dan isteri pertamanya ingin mendapat payung emas di syurga amin…ya Zino berapa ramai yg sanggup buat macam tu ek?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 835,570 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: