bila hatiku berbicara

Pengsan dibelasah pelajar senior

Posted on: Jun 26, 2009

BAHAGIAN badan Ashraf yang cedera akibat dibelasah di sebuah sekolah di Rompin kelmarin.


ROMPIN – Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah agama di sini dibuli sampai pengsan oleh empat pelajar senior sekolah tersebut kelmarin.

Malah Mohd. Ashraf Abdul Aziz, 15, lebam di beberapa bahagian badan akibat dibelasah dan dipijak-pijak oleh empat pelajar senior berumur 16 dan 17 tahun yang dikatakan bertindak demikian untuk ‘suka-suka’.

Terdapat beberapa pelajar lain yang melihat kejadian itu tetapi mereka tidak membantu mangsa sebaliknya melihat kejadian itu dengan selamba.

Cerita Ashraf, kejadian itu berlaku pada pukul 1 pagi iaitu di surau sekolah itu.

PIPI Ashraf juga calar dan lebam angkara dibuli pelajar senior.


Sebelum itu, katanya, surau tersebut dipenuhi ramai pelajar yang mahu menunaikan solat sunat witir termasuk dirinya.

Menjelang tengah malam, Ashraf memberitahu, kebanyakan pelajar beredar ke asrama tetapi dia masih berada di luar surau bersama beberapa pelajar lain.

“Tiba-tiba saya ditolak masuk semula ke dalam surau oleh seorang pelajar senior sebelum lampu dipadamkan.

“Di dalam surau itu saya dibelasah serta dipijak-pijak di muka, tangan dan bahagian badan lain hingga pengsan dalam gelap,” katanya ketika ditemui di Felda Keratong 4 di sini malam tadi.

~Kes buli membuli ini dah tak kira sekolah menegah ke agama ke. Apalah nak jadi dengan pelajar-pelajar sekarang ni. Kalau anak kita tak buat anak orang, anak orang kacau anak kita. Sebagai  ibu  yang mempunyai anak remaja rasa bimbang pasti ada. Pernah dulu ketika anak saya di sekolah kebangsaan anak saya di buli. Sedih hati bila melihat ada tapak kasut di baju anak kita. Bila di tanya dia di tendang dari belakang oleh kawan sekelasnya yang agak nakal. Selidik punya selidik rupanya cikgu sekelasnya pun memang akui budak ini terlalu nakal dan suka membuli pelajar lain. Bila kita bagitau emak dan ayahnya di marahnya kita. Dia kata anak dia baik dan sebagainya.


Pengelaman anak buah saya mengajar di sebuah sekolah menengah di Pelabuhan Klang. Dia kata pelajar-pelajar sekolah menengah lagilah susah nak di bentuk. Diorang buat sekolah seperti rumah mak bapak dia. Cikgu keluar pintu depan dia keluar pintu belakang. Silap-silap haribulan  kalau marah sikit  kereta cikgu di siram dengan air sirap dan di calar.  Tentu Cikgu Alya, Dek Na, Balkis, Nisa dan yang bergelar cikgu kat blog ini banyak pengelaman berdepan dengan murid-murid nakal ni. Setakat nakal biasa je tak apa tetapi sehingga membuli pelajar lain. Ada yang sudah meninggal dunia. Apa lah budak-budak sekarang ni tak seperti zaman kita dulu-dulu. Dah takde rasa kasihan belas. Ingat buli membuli ni suka-suka saja ke. Budak-budak ni kena kauseling dan ibu bapa kena banyak nasihatkan anak-anak. Yang penting ibu bapa solat jemaah dengan anak-anak. Mengajar mengaji sendiri. Selalu berpesan dan berpesan. Tetapi ada juga anak-anak ni kat rumah pijak semutpun tak mati, tetapi kat luar ganas. Ibu bapa mana nak anak-anaknya nakal. Anak-anak itu kena fikir sendirilah baik buruknya. Tak tahu nak katalah kawan-kawan kalau hari-hari buka metro ada-ada saja kes buli membuli, bunuh membunuh. Benarlah orang zaman sekarang dah tak ada kasih sayang. Teringat kat anak saya. Kekadang hari-hari nak telefon dia. Tetapi alhamdulillah dia baik-baik saja di sana~

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: