bila hatiku berbicara

Archive for Julai 6th, 2009

KUALA LUMPUR: Berkahwin pada usia terlalu muda tanpa asas agama serta ilmu rumah tangga yang kukuh menjadi antara faktor penyumbang kepada kes ‘cerai kilat’.

Presiden Persatuan Peguam Syarie, Mohamad Isa Abd Ralip, berkata kes perceraian memang boleh berlaku hanya disebabkan perkara remeh-temeh kerana kekurangan ilmu mengenai perkahwinan di kalangan pasangan suami isteri yang masih muda.

“Kadangkala perkahwinan itu dilakukan selepas tempoh perkenalan terlalu singkat. Apabila sudah hidup sekali, mereka menyesal selepas melihat kekurangan pasangan masing-masing.

“Jadi tanpa fikir panjang, mereka memilih untuk berpisah sedangkan banyak lagi pilihan yang boleh dibuat untuk menyelamatkan rumah tangga,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai kes perceraian yang semakin meningkat di negara ini.

Malah dalam beberapa kes, perceraian dipilih hanya disebabkan perkara remeh seperti suami lupa membeli makanan dipesan, membuat minuman tanpa gula, lupa tarikh ulang tahun perkahwinan serta hari lahir dan suami sering bangun lewat.

Sehubungan itu, Mohamad Isa menasihatkan pasangan yang merancang untuk berkahwin mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan alam rumah tangga.

Advertisements

Kalendar

Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 853,974 hits

Shoutbox