bila hatiku berbicara

Archive for Julai 9th, 2009

KUALA LUMPUR: Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, demikian penemuan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, amaran keselamatan iaitu “Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun” dan “Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun”, wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.

Produk yang terbabit adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah berkata, produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Beliau berkata, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.

“Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati,” katanya.

Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

“Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor. – Bernama

Di mana MJ dikebumi?

KENANG-KENANGAN...Marlon Jackson (tengah) <br>bersama Janet Jackson (kanan) dan tiga anak <br>Michael,  Paris, Prince Michael Jackson I dan <br>Prince Michael Jackson II di Staples Center.
KENANG-KENANGAN…Marlon Jackson (tengah)
bersama Janet Jackson (kanan) dan tiga anak
Michael, Paris, Prince Michael Jackson I dan
Prince Michael Jackson II di Staples Center.

LOS ANGELES: Kematian Raja Pop, Michael Jackson terus diselubungi misteri, termasuk ketika majlis penghormatan terakhir dilangsungkan malam kelmarin.

Ketika keranda berwarna keemasan muncul di Staples Center di tengah Los Angeles, orang ramai terus tertanya-tanya sama ada mayat Michael memang ada di dalamnya atau tidak.

Ramai menjangka mayat itu akan ditanam secara tertutup di kawasan Tanah Perkuburan Forest Lawn, Hollywood Hills, sebelum majlis berkenaan dilangsungkan.

Selepas keranda itu dibawa masuk ke Staples Center, tanda tanya terus timbul apabila ia dibiarkan di situ, menyebabkan timbul spekulasi baru mengenai tapak kubur sebenarnya.

~Saya bukan peminat MJ tetapi suami saya suka dengar lagu-lagunya, kerana mengingatkan dia ketika belajar di USA   awal 90an. Kata suami saya selepas MJ meninggal kawan-kawan ofisnya memainkan lagu MJ. Kata saya sebelum ni adakah mereka pasang lagu MJ? Katanya tidak. Kata saya lagi erm biasalah kalau dah seseorang tu dah takde baru nak kenang, walhal sebelum ni tak minatpun termasuk saya hihihi. Teringin jugak hendak menonton upacara pengkebumiannya malam tu. Tetapi bila ingatkan jam 1 pagi bermula saya lupakan saja hasrat itu. Mungkin kepada peminatnya akan menanti biarpun jam berapa tetapi  jam1.2.3.4 pagi masa itulah paling baik  untuk bermunajat dan melakukan solat sunat~


Kalendar

Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox