bila hatiku berbicara

Perginya seorang MJ

Posted on: Julai 9, 2009

Di mana MJ dikebumi?

KENANG-KENANGAN...Marlon Jackson (tengah) <br>bersama Janet Jackson (kanan) dan tiga anak <br>Michael,  Paris, Prince Michael Jackson I dan <br>Prince Michael Jackson II di Staples Center.
KENANG-KENANGAN…Marlon Jackson (tengah)
bersama Janet Jackson (kanan) dan tiga anak
Michael, Paris, Prince Michael Jackson I dan
Prince Michael Jackson II di Staples Center.

LOS ANGELES: Kematian Raja Pop, Michael Jackson terus diselubungi misteri, termasuk ketika majlis penghormatan terakhir dilangsungkan malam kelmarin.

Ketika keranda berwarna keemasan muncul di Staples Center di tengah Los Angeles, orang ramai terus tertanya-tanya sama ada mayat Michael memang ada di dalamnya atau tidak.

Ramai menjangka mayat itu akan ditanam secara tertutup di kawasan Tanah Perkuburan Forest Lawn, Hollywood Hills, sebelum majlis berkenaan dilangsungkan.

Selepas keranda itu dibawa masuk ke Staples Center, tanda tanya terus timbul apabila ia dibiarkan di situ, menyebabkan timbul spekulasi baru mengenai tapak kubur sebenarnya.

~Saya bukan peminat MJ tetapi suami saya suka dengar lagu-lagunya, kerana mengingatkan dia ketika belajar di USA   awal 90an. Kata suami saya selepas MJ meninggal kawan-kawan ofisnya memainkan lagu MJ. Kata saya sebelum ni adakah mereka pasang lagu MJ? Katanya tidak. Kata saya lagi erm biasalah kalau dah seseorang tu dah takde baru nak kenang, walhal sebelum ni tak minatpun termasuk saya hihihi. Teringin jugak hendak menonton upacara pengkebumiannya malam tu. Tetapi bila ingatkan jam 1 pagi bermula saya lupakan saja hasrat itu. Mungkin kepada peminatnya akan menanti biarpun jam berapa tetapi  jam1.2.3.4 pagi masa itulah paling baik  untuk bermunajat dan melakukan solat sunat~

Advertisements

5 Respons to "Perginya seorang MJ"

‘Semoga roh MJ dirahmati’
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my

Hanya akhbar Arab-Israel, Panorama berani mengesahkan Michael Jackson memeluk Islam dan mahu berhijrah ke Bahrain

SEBAIK khabar raja pop antarabangsa, Michael Jackson, meninggal dunia tersebar di seluruh pelosok dunia, satu perkara yang mungkin bermain dalam minda setiap umat Islam ialah adakah beliau sudah memeluk Islam seperti heboh diperkatakan sebelum ini.

Persoalan itu lebih ketara apabila abang penghibur kulit hitam itu, Jermaine, pada akhir pengumuman kematian Jackson menyebut dengan jelas: “Semoga Allah bersamamu” atau mungkin lebih tepat diterjemahkan sebagai ‘Semoga Allah merahmati rohmu.’

Islam atau tidaknya ‘Jacko’ terus menjadi misteri yang dibawa bersamanya ke liang lahad biarpun banyak berita melaporkan pengislaman penyanyi itu tahun lalu. Bagaimanapun, ia tidak pernah disahkan sendiri oleh ikon pop itu, manakala kenyataan Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, pula sekadar menyatakan adiknya berminat dengan Islam dan dia sendiri berharap penghibur ternama itu akan menjadi umat Muhammad SAW.

Cuma akhbar Arab-Israel, Panorama, mendakwa Jackson mengesahkan dia sudah memeluk Islam dan bercadang berpindah ke Bahrain.

Michael dilaporkan memeluk Islam pada 21 November 2008 pada majlis yang diadakan di kediaman mewah rakannya di Los Angeles. Dia digambarkan duduk di atas lantai memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam.

Michael kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang menurunkan hujan dan rezeki.

Dilahirkan sebagai penganut Jehovah Witness, bintang pop itu memutuskan untuk memeluk Islam ketika menggunakan studio di rumahnya untuk merakamkan album baru.

Bintang yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia dilihat ‘agak muram’ oleh penerbit, Phillip Bubal dan David Wharnsby, penulis lirik kelahiran Kanada, kedua-duanya beragama Islam sebelum cuba memujuknya.

Bubal dan Wharnsby, bagaimanapun menafikan laporan pembabitan mereka mengislamkan Michael.

Sumber berkata: “kedua-dua mereka mula bercakap dengannya mengenai agama mereka dan bagaimana mereka menjadi manusia lebih baik selepas memeluk Islam. Michael kemudian kelihatan semakin menyukai idea itu.

“Seorang imam dipanggil dari masjid berhampiran dan Michael mengucap syahadah di depannya.”

Minat Michael terhadap Islam terbit sejak Jermaine memeluk agama itu pada 1989 dan mempertimbangkan dengan serius untuk menjadi umat Muhammad berikutan pembebasannya daripada dakwaan penderaan kanak-kanak pada 2005.

Jermaine ketika itu berkata: “Apabila balik dari Makkah, saya memberinya banyak buku dan Michael bertanya banyak benda mengenai agama saya dan saya memberitahunya ia tenang dan indah.

“Dia membaca semua yang saya berikan kepadanya dan dia begitu bangga dengan saya kerana menemui sesuatu yang memberikan saya kekuatan dalaman dan ketenangan. Saya rasa berkemungkinan Michael akan memeluk Islam.”

Spekulasi mengenai perkara itu semakin memuncak apabila penyanyi yang memang dikenali suka melakukan perkara pelik, muncul di Bahrain memakai abaya, pakaian tradisional wanita Arab yang menutup muka.

Namun segala-galanya ternoktah di situ kerana tuan punya diri tidak pernah mengesahkan secara terbuka manakala pemakaian abaya boleh dikatakan sekadar memenuhi cita rasanya terhadap fesyen.

Ketika khabar angin mengenai keinginan Michael menukar pegangan agamanya, CNN melaporkan wartawan penerbitan Nation of Islam, The Final Call, Saeed Shabazz mengumumkan penyanyi itu menyertai pertubuhan itu.

Katanya, pemimpin nombor satu Nation of Islam, Louis Farrakhan, ‘melihat banyak sifat kerohanian pada Michael’ tetapi pertubuhan itu menafikan perkara itu dan topik berkenaan terus lenyap. Ia cuma muncul kembali selepas Michael dibebaskan daripada dakwaan mencabul pada Jun 2005. Menjelang Oktober, dia berpindah ke Bahrain dan sebulan kemudian, laporan berita menyatakan Jackson menderma ‘sejumlah besar wang’ untuk membina masjid berhampiran kediaman barunya di negara itu.

Akhbar Khaleej Times menjelaskan masjid berkenaan ‘bertujuan mengajar prinsip dan ajaran Islam selain mengajar bahasa Inggeris, oleh guru paling cemerlang yang dibawa dari Amerika Syarikat, dengan pengawasannya.’

Dengan kematian Michael, kebenaran laporan dia sudah memeluk Islam terus tergantung kerana cara pengebumian belum tentu dapat mengiyakan perkara itu. Banyak laporan mengenai cara dan tempat pengebumian beliau terus menjadi tanda tanya.

Jika dilihat secara kasar upacara Selasa lalu, ia jelas bertentangan dengan Islam yang menuntut mayat dikebumikan dengan segera. Sebaliknya, Michael yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu masih belum disemadikan kerana keluarganya masih belum menetapkan lokasi sebenar.

Apa yang berlaku Selasa lalu ialah keranda bersadur emas mengandungi mayat Michael diarak ke stadium diiringi anggota keluarga, rakan dan peminatnya. Ketika ajaran Islam menyatakan kematian perlu diurus seringkas mungkin, upacara untuk Michael dibuat begitu meriah.

Berbeza dengan tuntutan Islam yang mengalunkan ayat suci untuk disedekahkan kepada si mati, upacara memperingati Michael disulami nyanyian dan ucapan daripada selebriti terkemuka. Paling ketara ialah tiada laporan kehadiran imam atau sekurang-kurangnya wakil pusat Islam di upacara itu sebaliknya yang memberi ucapan mengenang legenda itu ialah paderi. Hakikatnya, Michael membawa rahsia dirinya sehingga ke liang lahad.

~Hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu~

Apakah MJ brtaubat sbelum dia menghmbuskan nafasnya yg trakhir???? Itu yg penting utk rezekinya di akhirat……..

Tak taulah Ahmad Zafir..kalau benar dia islam semoga dia sempat bertaubat. Tuhan je yg tau kan…

Assalamu’alaikum akak Nuriman…akak ada Facebook x?
yg tu sy ada laa…kira mcm website jugak lah..hehehe

Waalaikumusalam Ahmad Zafir..erm akak xde facebook. Dengar2nya facebook ni milik yahudi betui ke? Kat blog Mazidulpun ada depa duk bincang. Kat grup duniaislam pun..tp x taulah kan, cuma baca je….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: