bila hatiku berbicara

Angka Membimbangkan

Posted on: Julai 12, 2009

KOTA BHARU: Jumlah pesakit Aids membabitkan kanak-kanak dan remaja di negeri ini menunjukkan angka yang membimbangkan.

Kajian oleh Rumah Masyarakat Prihatin (RMP), iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan pesakit HIV/Aids mendapati, seramai 258 remaja berusia di bawah 13 tahun di negeri ini disahkan positif menghidap Aids.

Pengurus RMP, Zahrain Zulkifly, berkata angka itu diperoleh hasil rekod pesakit Aids dan pembawa virus HIV yang mendaftar dengan mereka.

“Bilangan ibu tunggal menghidap Aids yang berdaftar dengan RMP ialah 385 orang dan mereka memiliki 702 kanak-kanak (berusia kosong sehingga 12 tahun) dan 120 remaja (13 hingga 18 tahun).

“Yang mengejutkan, daripada 702 kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun itu, 258 orang disahkan positif menghidap Aids,” katanya dalam pertemuan dengan Metro Ahad.

Zahrain berkata, biarpun jumlah itu cukup menakutkan, pihaknya percaya angka itu tidak menyeluruh dan jumlah sebenar pesakit Aids, termasuk golongan kanak-kanak, di negeri ini adalah lebih ramai.

“Ini kerana kami percaya ramai lagi pesakit Aids yang takut atau malu untuk tampil ke depan,” katanya.

Biarpun angka diperoleh RMP dianggap tidak rasmi, ia relevan kerana selari dengan perangkaan Kementerian Kesihatan iaitu 78.4 peratus daripada 84,630 kes HIV/Aids di negara ini sejak 1986 hingga tahun lalu, membabitkan usia 13 hingga 39 tahun.

Pertengahan Jun lalu, Timbalan Presiden Majlis Aids Malaysia dilaporkan berkata, statistik menunjukkan Kelantan memiliki jumlah pesakit HIV/Aids paling ramai di negara ini iaitu seramai 666 orang tahun lalu.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Aids di negeri ini ialah 9,758 sejak kes pertama dikesan pada 1986.

Mengulas hal itu, Zahrain berkata, faktor seks bebas di kalangan remaja dan jenayah sumbang mahram turut menjadi penyumbang kepada peningkatan itu, selain kes ‘mewarisi’ penyakit berkenaan daripada ibu bapa.

“Kanak-kanak dan remaja yang menghidap Aids terpaksa melalui pelbagai dugaan memeritkan, terutama bagi yang kematian ibu bapa.

“Mereka selalunya dipulau atau ‘dibuang’ bukan saja oleh masyarakat sekeliling tapi juga oleh keluarga sendiri yang tidak mahu nama baik keluarga mereka terjejas.

“Jika perkara ini terus berlaku sepanjang proses pembesaran mereka, tidak mustahil satu hari nanti kanak-kanak terbabit boleh menjadi trauma, seterusnya ‘gila’ akibat tekanan perasaan,” katanya.

Menurut Zahrain, sebab itu RMP merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan pihak sekolah kerana tidak mahu kanak-kanak terbabit menderita jika rahsianya bocor.

“Seperti kes Nana dan Nani, rahsia mereka menghidap Aids bocor apabila ibu bapa mereka mati akibat penyakit berkenaan.

“Sebab itu pihak kami menempatkan Nana, Nani dan neneknya di RMP selama setahun setengah bagi menyelamatkan mereka sekeluarga daripada terus dicemuh,” katanya.

Zahrain berkata, pesakit yang bernaung di RMP akan diberi motivasi, kaunseling dan juga rawatan secukupnya bagi memastikan mereka benar-benar pulih.

“Orang ramai tidak sepatutnya ‘menghukum’ kanak-kanak Aids, sebaliknya mereka perlu diberi dorongan dan perangsang untuk meneruskan hidup. Mereka insan yang tidak berdosa dan hanya menjadi mangsa kesilapan orang tua,” katanya.

~Ya Allah kenapa jadi begini?

Advertisements

3 Respons to "Angka Membimbangkan"

Siapa mereka untuk hukum?
Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Siapa mereka untuk menghukum orang lain?,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Malaysia (Sidim), Mohamed Hanafiah Abdul Malek mengulas cacian segelintir masyarakat yang sanggup memberi gelaran ‘Anak iblis dan syaitan (Aids)’ kepada adik-beradik yatim piatu di Kota Bahru, Kelantan yang dijangkiti HIV/Aids.

Mohamed Hanafiah berkata, kanak-kanak terbabit sepatutnya dibantu bagi mengurangkan kesengsaraan dihadapi, bukannya dilayan seperti sampah masyarakat.

Katanya, golongan yang selalu menghina orang lain sepatutnya beringat dan takut dengan balasan Allah, selain mengambil iktibar atas kejadian menimpa kanak-kanak malang itu.

“Kita perlu ingat Allah maha adil dan mampu menterbalikkan keadaan dan membalas perlakuan buruk hambanya. Siapa tahu satu hari nanti kita pula terpaksa menanggung azab lebih hebat daripada dijangkiti Aids.

“Masyarakat seharusnya melayan dan menyayangi dua beradik itu seperti orang kurang upaya (OKU) kerana walaupun mereka tidak cacat secara luaran, dalaman mereka sangat lemah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, Metro Ahad di halaman hadapan mendedahkan mengenai penderitaan Nana, 13, dan adiknya, Nani, 8, yang bukan saja menghidap Aids, malah menerima pelbagai tohmahan

Malah, dua beradik itu pernah makan sisa nasi dibuang jiran kerana terlalu lapar selepas nenek mereka tidak mampu menyediakan makanan.

Dalam usia mentah dan masih ‘merangkak’ untuk mengenal dunia, setiap hari dunia kehidupan dua beradik itu terpaksa dilalui dengan penuh liku sejak disahkan dijangkiti virus HIV daripada ibu mereka.

Saban hari kedengaran di telinga mereka pelbagai ejekan oleh masyarakat sekeliling dan penghinaan paling pedas pernah didengar Nana ialah gelaran ‘Anak iblis dan syaitan (Aids)’.

Mengulas lanjut, Mohamed Hanafiah berkata, dua beradik itu perlu bersabar dan menguatkan semangat untuk terus hidup serta membuktikan kepada masyarakat mereka juga mampu menjadi manusia berjaya.

“Biarlah satu dunia membenci, tapi dua beradik itu perlu sedar Allah sentiasa sayangkan mereka,” katanya.

Sementara itu, pengasas rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim, berkata beliau hairan dengan perilaku segelintir masyarakat yang begitu memandang keji penghidap Aids.

“Tidak sepatutnya masyarakat serba maju dan moden seperti kita masih berperangai seperti orang tidak berpelajaran,” katanya.

~Sedih kisah dua beradik ini, mereka tidak patut di keji sedemikian rupa. Bukan salah mereka. Bukan kehendak mereka jadi begitu. Itulah perangai manusia hanya nampak keburukan orang lain. Cuba kalau anak cucu sendiri jadi macam anak-anak ini apa perasaan mereka(Na’uzubillah hi minzalik).Sepatutnya mereka ini di bantu. bukan di keji dan di hina…….

salam…
kak ingin mengulas sedikit..
x kita nafikan..semakin ramai kelahiran anak2 yang xdiundang berlaku di akhir zaman ini. SUBHANALLAH….dek kebebasan pergaulan yang terjadi..maka terjadilah kelahiran sebegini..yang xdapat terima kenyataan…akan bertindak membuang bayi yang xberdosa…yang insaf, akan terus memelihara.
disebabkan…pada zaman ini, seorang bu yang sepatutnya bersama anak-anak JUGA sibuk berkarier..MAKA..anak-anak diberikan kepada pengasuh…tiada lagi susu ibu…tiada lagi belaian mesra utk anak-anak rasai kemesraan, tiada lgi masakan yang datang dari air tangan ibu…seglanya didewasakan oleh pengasuh…KENA pulak..yang ambil pengasuh filipina@ indo yang xsolat…ITULAH YANG AKAN JADI DARAH DAGING anak-anak…
ITULAH PUNCA ……..
JADI, APA TINDAKAN KAUM IBU SETERUSNYA…?
FIKIR-FIKIRKAN….

Tak taulah kak bimbang jaga anak2 zaman sekarang ni. Bukan hanya perempuan tp anak lelaki juga. Sebab tu lah saya kalau jumpa anak pesan dan pesan rasa macam berbuih mulut ni. Semoga Allah lindungkan anak2 kita ya kak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 853,962 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: