bila hatiku berbicara

sembang sikit

Posted on: Julai 13, 2009

Lamanya tak menulis  di blog ini. Entahlah seperti yang anda semua maklum blog ini dulunya merupakan blog peribadi saya( kejap saya suka blog ni kejap saya suka blogspot  ketika itu). Saya menulis tentang diri dan kisah suka duka. Tetapi semenjak tertubuhnya blogspot, saya sudah beralih arah ke blog itu untuk bercerita hal-hal diri saya dan family. Blog ini sarat dengan copy n paste. Blog ini di tubuhkan pada tahun  2006( lupa tarikhnya kena tengok balik) sama tahunnya dengan blogmyway saya yang sudah terkubur. Dengan bantuan suami, saya belajar berblog, dia banyak menolong/mengajar  saya dalam bab-bab blog ni. Alhamdulillah nak kata pandai tu tidak tetapi bolehlah dari tak tahu langsung. Kalau dulu nak letak gambarpun tak tahu tetapi sekarang dengan tunjuk ajarnya alhamdulillah bolehlah. Cuma saya agak malas hendak muatkan apa-apa gambar dalam blog wordpres ni. Saya lebih senang begini.

Blog hanyalah untuk mengisi masa lapang. Kalau takde blog tak tahulah saya tentu rasa boring, sebab saya suka sangat menulis. Kalau dulu saya lebih suka menulis dairi tetapi dengan adanya blog, dapat lontarkan  segalanya dalam blog.  Tetapi awas kalau terlalu peribadi tu tidaklah sampai menulis dalam blog. Kenapa blog ini warna hijau? Kerana saya suka warna hijau. Ianya akan tetap kekal hijau sampai bila-bila. …..


Yang  menaikkan rating blog ini adalah artikel yang paling mendapat sambutan hangat iaitu Doa Dan Amalan Untuk Mendapat Zuriat~ Ustazah Dato Siti Nur Bahiyah. Nampaknya inilah yang paling terbanyak komen berbanding dengan artikel lain. Blog saya ni cacamarba jadi kalau ada artikel yang menarik hati saya, saya update saja.


Dengan berblog membuatkan saya jarang on TV. Saya lebih senang di depan komputer dari mengadap TV. Tetapi kalau ada cerita-cerita yang menarik saya terconggok jugak depan TV. Tetapi tak jugak sebab kekadang TV yang akan tengok saya. Sejak akhir-akhir ni mata ni tak boleh berjaga lebih dari jam 11 malam.  Malam tadi sambil mata mengadap komputer on TV. Entahlah kalau nak cakap bab TV sekarang ni rasanya banyak yang takde berkenan di hati. Kalau berfaedahpun adalah  Tilawah Interaktif, Al Kuliyah dan sedikit rancangan ugama yang di siarkan tak lebih dari satu  jam berbanding dengan hiburan hingga berjam-jam. Maknanya orang yang menonton menghabiskan masa berjam-jam di depan TV.  Kalau takde  saluran 016 Astro Oasis rasanya tak delah zikir-zikir ni. Bila sebut bab zikir rindu pulak kat suara Ustaz Akhil Hayy( saya suka dengar alunan zikir dan lagu-lagu nasyidnya). Selalunya kalau time nak masuk waktu solat  buka saluran tu dapatlah dengar alunan suara lemak merdunya, tetapi kini tinggal kenangan. Nampaknya zikir-zikirnyapun  sudah tiada lagi. Lupa saya ni dekat puasa ni ada musabaqah di TV1. Rancangan ni lebih lama….

Rancangan TV sekarang ni semakin   banyaknya realiti TV berbentuk hiburan. Mana akademi Quran, mana akademi nasyid? Kenapa tak di buat akademik nasyid musim kedua, akademik Quran musim ke empat?  Wah nampaknya mungkin kalau program macam tu tidak ada penaja tetapi kalau berbentuk hiburan berjuta duit habispun boleh ya.


Kenapa orang kita sanggup berhabis duit sms rancangan  macam ni? Saya tak pernah tengok rancangan pilih kasih, anak wayang jeling-jeling jugak (tetapi seperti biasa saya tak pernah tetap dengan satu chanel, kalau rasa boring saya tukar chanel lain, suami saya tegur saya tak payah tengok lagi baik tengok je APL,  gambaq binatang) bintang RTM,  mentor, oh la la, raja lawak tengok jugak tapi tak pernah sms(  jangan haraplah nak bazirkan duit ).  Rasanya kalau rakyat Malaysia tak pulun sms berhabis duit rasanya tak jalan rancangan realiti ni. Lepas ni ada lagi dan lagi realiti hiburan.  Saya bukan yang terbaik untuk bercakap tetapi itulah hanyalah pandangan dari hati saya saja.  Yang menyedihkan sekarang ni bila anak-anak berjaya  masuk dalam Af atau sesuatu realiti  hiburan ibu bapa seakan bangga dan berkata alhamdulillah, buat yang terbaik ya nak, jangan lupa solat berdoa semoga berjaya. Tak salah berhibur tetapi biarlah berpada-pada. Mungkin stesyen-stesyen TV ni hendak bersaing menaikkan rating TV mereka. Dan saya mungkin agak kedekut duit sms kerana tidak pernah sms benda-benda macam ni. Yang menyedihkan kalau ada pelajar-pelajar terkeluar maka berpelukan nangis   macamlah bini atau laki mati hihihi..sori..


Erm maaflah kawan-kawan hari ni saya terlebih cakap pulak,dari blog terlajak ke rancangan TV. (Lama-lama tak sembang ni kalau sekali sekala tu best jugak ya). Tetapi saya juga minat dengar lagu  jiwang-jiwang ni sekadar untuk menghiburkan hati. Teringat nostalgia dulu-dulu hehehe.


Wah esok mengundi di Manik Urai. Bulan 6 hari tu  masa balik Kelantan pun dah banyak poster hijau dan biru. Bukan saja perang poster tetapi perang durian.  Sejak akhir-akhir  ni dah glamer nama Manik Urai. Kalau dulu saya suka up date topik  politik. Sekarang ni pun bukan saya tak minat tetapi saya lebih suka membaca di blog-blog orang.

Selamat berpuasa sunat Rejab dan Syaaban Insya Allah semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan Al Mubarak.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi  menyinggah di blog ini, terima kasih komen-komen anda semua, amat saya hargai. Sama-sama kita berkongsi maklumat.  Kepada kawan-kawan yang selalu memberi komen di artikel Doa Dan amalan Untuk Mendapat Zuriat. Semoga Allah makbulkan doa  kawan-kawan untuk memperolehi zuriat. Tahniah untuk Sya kerana bakal bergelar ibu. Kalau dulu blog ni senyap sunyi tetapi sekarang alhamdulillah ada yang sudi meninggal komen.Syukran…

Jazakallahu khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan)……

Wassalam..

Advertisements

11 Respons to "sembang sikit"

selalau singgah sini baca cut and paste je baru le dengar ‘suara” dia hehe

ehtah la zino sejak akhir2 ni tak reti la nak criter apa..kalau menulispun macam ni ajelah.

nak berblog pun selalu ikut musim gak..
sumi pun ada masa banyak gak update..
ada masa langsung x update.
hehehehe………

erm betullah tu sumijelly kekadang blog sy tanpa update..sebab x tau nak criter apa..

Salam…betul tu hiburan terlalu banyak dipertontonkan dikaca TV, kesan yang paling jelas merasa ketidak seimbangan yang perlu dengan yang kurang perlu adalah bangsa Melayu. Terlalu kurang rancangan berbentuk keagamaan, boleh dikatakan 99% berbentuk hiburan semata. Tanggung jawab Ibubapa moden sekarang ni semakin mencabar, jika gagal mendidik anak-anak dengan asuhan agama yang sepatutnya mungkin mereka akan tenggelam punca dalam mencari arah sebenar. Jika rangcangan TV dijadikan rujukan semasa mereka membesar di takuti tiada beza antara yang Islam dengan yang bukan Islam.

Salam semaiislam…….macam tu lah nampaknya..filem dan hiburan..filem memaparkan adengan ganas…manakala hiburan pulak banyak kearah pembaziran duit sms. Buat apa nak sms bukan dapat kat kita pun..dapat kan org tu jugak..kayanya org tu jugak. Kalau tengok aje bolehlah tp sms sori..rasanya duit sms tu boleh di sedekahkan kpd yg lebih memerlukan..

Wah kalau kita tulis macam ni nanti ada pulak kata apa peduli tu duit aku. Itulah kalau jatuh kepada taksub semuanya rasa betul…

Salam Nuriman,
Memang rancangan hiburan lebih banyak di TV. Kak Long pun lebih banyak menghabiskan masa depan blog daripada depan TV, tambah lagi teman-teman blogger pun ramai yang menulis sesuatu yang lebih membuka minda serta berkongsi ilmu. Bukan tak tengok TV tapi mudah berasa bosankan sebab coraknya lebih kurang sama. Nasib baik ada blog ni, dapatlah juga mengalih pandangan bila hati rasa bosan.

Salam jumaat kak long.

Erm betul tu kak long….macam sy gak kalau tengok criter tak pernah habis…x tau hujung pangkal pulak tu hehehe..

mantap sob… disini banyak ilmu yang saya dapat, terimakasih atas sharing nya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 840,659 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: