bila hatiku berbicara

Selesema babi semakin bahaya

Posted on: Julai 30, 2009


SEKUMPULAN pelajar Kolej Profesional Mara (KPM) Indera Mahkota, Kuantan mendengar penerangan jururawat mengenai H1N1 selepas kampus mereka ditutup semalam.

PUTRAJAYA – Wabak selesema babi atau H1N1 semakin menunjukkan impak yang mencemaskan dengan satu lagi korban dilaporkan menjadikan empat kematian H1N1 dicatatkan setakat ini. Sementara itu, tindakan pencegahan pula menyaksikan 19 lagi institusi diarah ditutup mulai semalam.

Arahan penutupan itu turut membabitkan institusi besar dan ternama seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim selepas empat pelajarnya disahkan dijangkiti H1N1.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob ketika dihubungi semalam melahirkan kebimbangan selepas 30 lagi pelajar sudah mempunyai simptom wabak dan kini cemas menunggu hasil ujian.

“Kita terpaksa menutup kampus selama seminggu dan mengarahkan kesemua 15,000 pelajar mengosongkan asrama sampai 5 Ogos ini,” katanya.

Di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican menjelaskan, korban terbaru wabak itu ialah seorang wanita berusia 20 tahun di Melaka kelmarin.

Beliau mengakui perkembangan wabak itu sudah mencapai tahap membimbangkan.


Selsema Babi…Bala dari Ilahi

Wabak selsema babi A H1N1 semakin membimbangkan. Kes kematian ke-4 di Malaysia akibat wabak tersebut dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama hari ini. Selain itu beberapa buah universiti, sekolah dan Pusat Latihan Khidmat Negara telah ditutup buat sementara berpunca dari penularan wabak berkenaan.

Sebagai hamba Allah sewajarnya kita insaf bahawa ia merupakan suatu bala yang diturunkan oleh Allah bagi memberi peringatan kepada manusia agar tidak berbuat dosa dan maksiat serta kemungkaran sesuka hati di atas dunia milikNya.

Sesungguhnya Allah maha berkuasa untuk melakukan apa sahaja dengan sekelip mata dengan berkata jadi..maka terjadilah sesuatu yang dikehendakiNya sebagaimana firman Allah dalam surah Yasin ayat 82 dan 83

Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya “Jadilah” maka terjadilah ia.

Maka Maha Suci (Allah) yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.

Justeru marilah kita berusaha untuk menghindarkan wabak tersebut dengan cara mengurangkan aktiviti yang melibatkan perhimpunan orang ramai dan mengamalkan panduan-panduan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan WHO dari semasa ke semasa.

Selain itu banyakkanlah berdoa kepada Allah agar kita dan keluarga dihindarkan dari terkena wabak tersebut.

Semoga wabak ini tidak menular dan mengorbankan jutaan manusia di seluruh dunia sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 1918.

http://www.abuaslam.com/

P/s Copy n pastepun kira okeylah ada juga bahan untuk di baca. Semalam call anak bertanya khabar, bimbang sangat. Dari kejauhan ini hanya doa saja yang mampu saya panjatkan semoga Allah jauhi dari penyakit ini.  Dari hari kehari penyakit ini semakin membimbangkan, sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi banyak yang terpaksa di tutup.  Anak saya berpesan suruh kami buat solat hajat semoga Allah lindungi dari penyakit merbahaya ini. Hati ibu mana tak bimbang kalau tinggal berjauhan.~


Advertisements

9 Respons to "Selesema babi semakin bahaya"

Assalamualaikum,
H1N1 memang berbahaya, tetapi jika ditangani dengan cepat penyebaran tidak akan separah ini. Hmmm, bala dari Illahi ? mungkin saja, kita sebagai mahluk ciptanya hanya mampu berdo’a dan berupaya, semoga jauhkan bala ini dari sanak keluarga.

Waalaikumusalam

Hari israk mikraj baru2 ni di saluran 016 memaparkan tragedi tsunami di acheh. Menurut penduduk di situ yg terselamat… sebenarnya malam tu ada pesta besaran di tepi pantai..biarpun di larang tetapi mereka tetap teruskan juga. Mungkin itu tanda kemurkaan Allah kepada hambaNYA. Tempiasnya kepada mereka yang tidak berdosa juga. Betulkan kalau sy silap ya…

jom baca blog ni..hari2 saya masuk blog ni..http://epondok.wordpress.com/

Bergagai bencana terus berlaku jika manusia tidak mengitari alam semesta. Inilah kesannya bila rumah tidak bertangga, bila kasmpung tiada halaman, bila tanah ketandusan air. betul tak nuriman wasalam, pakcik sering bersantai di halamanmu.

blog pakcik kadangkala terlal;u panas…letih.

terima kasih lah pakcik bersantai di blog sy ni..macam tu lah nampaknya pakcik manusia. manusia yg selsema babi yg di salahkan,kecik ati babi hehehe..gurau je…

nuriman maaf ya,

virus satu lagi yang tak kerang bahayanya B1N1…………

terima kaseh.

Salam….
Semoga sihat walafiat.
Memang wabak ini agak merisaukan dan semakin merebak luas.
Semoga Allah lindungi kita semua daripada mala petaka ini.

ya ke pak cik hehehe….tak bahaya kalau suami pandai menjaga isterinya dan isteri pandai menjaga lakinya.

Kakak apa khaBAR lama tak dengar khabar ya..moga Allah jauhi kita dari penyakit ni ya..sy pun nampak pelik sebab kena pakai mask hehehe

Empat langkah tambahan bendung penularan H1N1

PUTRAJAYA 4 Ogos – Kerajaan hari ini memutuskan empat langkah tambahan menangani wabak selesema babi atau influeza A (H1N1) yang sehingga kini telah mengorbankan sembilan nyawa.

Langkah-langkah tersebut adalah:

*Meningkatkan simpanan stok antivirus dari 10 kepada 20 peratus melibatkan kos sebanyak RM20 juta.

*Memberi rawatan antivirus serta merta kepada enam kategori pesakit yang berisiko dan mempunyai simptom selesema babi.

Enam kategori pesakit itu adalah:

*Wanita mengandung

*Obesiti

*Penghidap asma

*Pesakit paru-paru kronik

*Pesakit diabetes

*Pesakit yang mempunyai

imuniti rendah

*Melaksanakan saringan suhu badan ke atas semua pelajar sebelum kelas bermula. Semua guru kelas akan dibekalkan dengan alat penyukat suhu. Pelajar yang didapati kurang sihat akan diasing dan dinasihat berehat di rumah serta mematuhi nasihat kesihatan.

lMenambah jumlah katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital-hospital terbabit sekiranya tidak mencukupi.

Langkah tambahan itu diputuskan Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik A (HINI) yang bermesyuarat di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua pesakit yang berisiko dan mempunyai simptom HINI tidak perlu menjalani ujian pengesahan.

Katanya, rawatan antivirus akan diberi untuk kes-kes yang dikesan dalam tempoh 48 jam selepas menunjukkan tanda dijangkiti H1N1.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat berikutan jumlah kehadiran orang ramai yang mahu menjalani pemeriksaan H1N1 di hospital agak ramai.

“Semua kes yang mempunyai simptom jangkitan influenza dan mempunyai faktor risiko akan diberi rawatan antivirus serta-merta tanpa perlu membuat ujian pengesahan H1N1,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini, hari ini.

Muhyiddin memberitahu, sebanyak 14 kes baru H1N1 melibatkan jangkitan tempatan dan warga Malaysia dilaporkan hari ini di mana 13 daripadanya merupakan kejadian daripada tiga kluster baru serta satu kes terpencil.

Katanya, jumlah terkumpul kes H1N1 di negara ini adalah sebanyak 1,460 kes terdiri daripada 574 kes import dan 886 jangkitan tempatan dengan angka kematian masih lapan orang.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,410 pesakit telah sembuh. Hanya 27 orang sedang menerima rawatan antivirus di hospital dengan 10 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 23 pesakit lain menerima rawatan antivirus di rumah.

“Daripada 10 kes di ICU, tiga orang mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), wanita lepas bersalin (1) dan imuniti rendah (2),” ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri menambah, berdasarkan situasi global, sehingga hari ini sebanyak 189,155 kes dengan 1,319 kematian dilaporkan membabitkan 168 negara dengan Pakistan melaporkan kes pertama.

Jelas beliau, statistik tersebut meningkat sebanyak 3,301 kes dengan 12 kematian berbanding hari sebelumnya.

assalamualaikum, sapa2 tau doa untuk menghindari penyakit H1N1 tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 848,133 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: