bila hatiku berbicara

Bayi hancur dimakan biawak

Posted on: Ogos 5, 2009

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my


Dua anggota polis berpakaian preman memeriksa mayat seorang bayi yang ditemui di Kampung Peramu, Kuantan semalam.


INILAH sahaja bahagian mayat bayi malang yang dibuang dan dimakan biawak di Kampung Peramu, Kuantan semalam.


KUANTAN – Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan ‘kerja’ seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

“Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.

“Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,” jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.

~Dirimu tidak berdosa tetapi di campak dan di buang sesuka hati

dirimu di jadikan santapan biantang liar

aduhai alangkah tragisnya nasibmu wahai anak

aduhai sungguh malangnya nasibmu kerana

dirimu di lahirkan dari benih manusia durjana ini

tetapi duhai anak, dirimu suci dan bersih

andai ketika itu dirimu masih hidup dan  di campak

alangkah sakitnya dirimu wahai anak

lahir insan kecil dari benih yang halal   di sambut dengan azan dan iqamat

tetapi lahirnya dirimu menjadi santapan biawak

andai kata ketika itu dirimu masih bernyawa

alangkah sakitnya tubuhmu yang kecil di siat-siat

oleh biawak. Jangan salahkan biawak kerana itu rezekinya

aduhai anak alangkah sedihnya hati ini

di luar sana berapa pramai pasangan yang tidak di kurniakan zuriat

tetapi dirimu di campak bagaikan sampah

begitulah takdirmu ,pasti Allah sudah menyiapkan tempat terbaik untukmu

di syurga.

Semoga Allah memberi balasan setimpalnya kepada mereka yang melakukan perbuatan terkeji ini~.

Advertisements

9 Respons to "Bayi hancur dimakan biawak"

Salam…Kita tidak dapat menolak pelakuan muda-mudi bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini dah semakin lari dari dari ajaran Islam. Kurangnya pengajaran agama dari ibubapa lebih meliarkan lagi mereka ini. Pembelajaran agama yang mereka dapat di sekolah sekadar melepaskan batuk ditangga. Inilah yang paling membimbangkan, rancangan berbentuk hiburan lebih ditonjolkan dikaca-kaca TV berbanding mengajak muda-mudi ini menghayati ajaran Islam yang sedalamnya sebagai perisai dari melakukan perbuatan yang mungkar ini. Kerajaan bertanggungjawab membentuk keperibadian mereka ini tapi sayang budaya menghayalkan diri pada keduniaan yang dilebih disuntikkan pada tubuh muda-mudi ini membuatkan mereka lupa yang mereka dilahirnya sebagai seorang Islam.

Salam..sungguh menyedihkan..semakin menjadi2..dua hari lepas kalau tak silap dalam kosmo bukan remaja yang buang bayi dalam tandas…tapi pengawal keselamatan yang berusia 30 tahun. Patutlah Allah turunkan bala sekarang ni..tp manusia masih lagi belum insaf.

BERISTIFAR SAYA membaca artikel tu…menyanyat hati.siapa ibu bapa baby tu…manusia yg mati hatinya mungkin.tiada perasaankah mereka.tidak kasihankah mereka pada anak kecil itu…sampai hati..hmm…tak sanggup melihat gambar tu…lidahku kelu…hatiku tidak dpt berbicara…sakit hati melihat perlakuan manusia species…hmmm entahlah species apa pun tak taulah!kerana binatang pun menyanyangi anak inikan pula manusia..yg dikurniakan hati dan akal.

kalau binatangpun sayangkan anaknya nak di namakan apa lagi..manusia berhati syaitan…kalau di zaman jahiliah cuma anak perempuan di tanam hidup2..tp di akhir zaman ni tak kira anak lelaki dan perempuan….moga allah jauhi anak cucu kita dari melakukan perbuatan terkeji ini..

Moga2 mereka2 ini akan bertaubat sebelum menutup mata…

salam..remaja kita skrg nie mmg mudah wat bnde2 yg dilarang agama..puncanye dr dri remaja 2 sndiri..kite x bley salahkn ibubpa shj. fakor utama makann..sebagai remaja muslim kite sendiri b’tgjwb t’hadap dri kite sndri..

Salam….dah tak sanggup nak dengar manusia yang buang bayi ni…dalam tandas, dalam semak..dalam tangki tandas…di makan biawak…memang kejam..berbalik pada agama..itu saja yang dapat menyelamatkan remaja ini. Mereka yhg berkenaan harus membantu remaja ini…

Sedihnya tengok bende macam ni berlaku… Siapalah yang sanggup buat macam ni…

Tergamaknya mereka buang bayi ini, orang yg xde baby nak sangat. Baby ni tak berdosa tp di buang oleh manusia yg berhati iblis.

itulah org yang tak beperikemanusaan seperti haiwan tetapi haiwan lebih baik dari manusia.harap 2 0rang yang membuang bayi itu dibalas oleh ALLAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2009
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 840,659 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: