bila hatiku berbicara

lama tak dengar cerita dia

Posted on: Ogos 9, 2009

Bukan mudah terima madu

KUALA LUMPUR: “Bohonglah saya jika mengatakan tidak sedih apabila tahu suami mahu berkahwin lagi. Pada mulanya memang saya menangis, tapi saya tetap tabah dan kuatkan semangat.

“Saya yakin pada janji Tuhan bahawa jika kita taat dan melakukan kebaikan, ganjarannya juga baik, sama ada di dunia atau akhirat,” kata Norlia Ahmad, isteri pertama Fakhrurrazi Ashaari, 48, yang memiliki tiga isteri.

Norlia, 45, juga mengaku pada mulanya bukan mudah untuk dia menerima madu, lebih-lebih lagi wanita itu teman sepejabatnya.

“Apabila suami memaklumkan dia bakal berkahwin buat kali kedua dengan rakan sepejabat saya, saya terkejut tapi cuba menerima perkhabaran itu dengan dada yang lapang.

“Saya dan madu memang rapat di pejabat. Saya kemudian memberi sedikit penerangan berkaitan suami serta perkara berkaitannya sebagai tips kepada bakal madu,” katanya yang mempunyai sembilan anak hasil perkongsian hidup dengan Fakhrurrazi yang juga anak sulung pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

Bagi isteri ketiga Fakhrurrazi, Latifah Abdul Kahar, 42, semuanya bermula apabila dia bertugas di pejabat GISB di Indonesia.

“Saya tidak pernah kenal Fakhrurrazi secara peribadi, tetapi menerima jodoh itu dengan hati terbuka kerana Allah SWT dan yakin pasti ada balasan baik sebagai ganjaran daripada-Nya.

“Kini saya gembira dapat bersama dua lagi madu menguruskan rumah tangga, tugas di pejabat, anak dan semua yang ada di sekeliling kami.

“Saya dan madu kini rapat dan terasa seperti kehilangan apabila seorang daripada kami tiada di sisi,” katanya.

Sementara itu, Fakhrurrazi yang juga Timbalan Pengerusi Eksekutif GISB serta Penasihat Kelab Poligami Ikhwan (KPI) berkata, mustahil tiada masalah berlaku dalam hubungan suami isteri serta antara madunya.

“Pasti berlaku perkara kurang manis, tetapi kami menggunakan pendekatan dalam al-Quran dan sunnah iaitu berbincang serta memohon petunjuk daripada Allah SWT.

“Syukur semua masalah, daripada yang kecil hingga besar, mampu kami selesaikan dengan penuh berhemah, malah ia menjadi tali penguat antara saya serta isteri, selain hubungan mereka sebagai madu,” katanya yang memiliki 23 anak.

Fakhrurrazi berkata, jodoh dengan semua isterinya bukan dicari sendiri, tetapi dipilih secara peribadi oleh bapanya.

Perkara sama juga berlaku kepada adik beradiknya yang lain serta anggota GISB, malah tidak boleh berpoligami secara suka-suka kerana semua ditentukan Ashaari yang dibantu jawatankuasa pengawasan serta pemantauan.

Adik Fakhrurrazi, Mohd Nizamuddin Ashaari, 47, yang juga pengarah KPI turut beristeri empat. Beliau mempunyai 23 anak, tiga menantu dan seorang cucu.

Bagaimanapun, pergerakannya terbatas kerana berdepan masalah berkaitan jantung, kesan daripada kejadian kemalangan di Makkah pada 2002 yang turut menyebabkan ibunya meninggal dunia.

Isteri ketiga Mohd Nizamuddin, Nor Sakinah Rahmanuddin, 43, berkata dalam keadaan suami sakit, mereka bergilir-bergilir menjaganya.

“Selepas berpuluh tahun hidup bersama, kami tahu tanggungjawab kami. Bukan saja suami, anak turut dijaga bersama,” katanya.

Menurut Nor Sakinah, mereka juga sangat akrab dan menghormati antara satu sama lain.

“Saya selaku isteri ketiga tahu batasan masing-masing, begitu juga madu saya yang lain,” katanya.

Madu Nor Sakinah ialah Sukainah Hamzah, 46 (isteri pertama), Laila Ahmad, 43 (isteri kedua) dan Umaimah Abd Majid, 41 (isteri keempat).

~Lamanya tak dengar cerita bekas pengetua tadika Khaira Ustazah Norlia. Semenjak berpindah ke sini inilah pertama kali dengar cerita Ustazah Lia(saya panggil dia Kak Nor,ada yang panggil dia Kak Lia, cuma pelajar2 tadika je panggil dia ustazah). Rupanya bakal terima madu lagi. Macam tu lah kehidupan orang Arqam bermadu bagaikan sudah sebati dalam hidup mereka. Selama enam tahun tinggal di Countryhomes sempat berkenalan  dengannya dan kawan-kawannya,dapatlah sedikit sebanyak menyelami kehidupan mereka. Ustazah Lia selalu pergi mengambil saya untuk mengikut kelas tajwid dan fardua ain disurau An Nur dan di tadikanya. Kebetulan ketika itu Hafiz belajar di tadika Khaira selama setahun, selepas itu bertukar ke tadika Permata Quran selama setahun. Tentu Ustazah Lia tak kenal saya  dan Hafiz lagi kalau bertemu.

p/s saya bukan orang Arqam/bekas Arqam tetapi berkawan dengan semua orang………..cerita2 tentang depa ni no komen

Advertisements

7 Respons to "lama tak dengar cerita dia"

Asalamualaikum

laman blog ini adalah saya pa utkan dengan laman blog dukun asmara, hari ini tergerak hati nak beri komentar begini anakandaku Nuriman,

Tak kesian ke kepada kaum bapak seperti pakcik ni, retak bermadu tu terdapat pada tapak tangan sang isteri, tapi mangsa kaum lelaki. Bukan senang jika beristeri lebih daripada satu, hari hari kena peluru, hanya tuhan yang tahu, kesihanilah hamba.

terima kaseh salam hormat.

Waalaikumusalam pakcikli terima kasih kerana pautkan blg sy ke blg pakcikli…

memanglah adatnya begitu hidup bermadu pakcikli, tp tak semuanya begitu pakcikli…kalau org2 arqam diorang ok je bermadu..hidup dalam satu rumahpun ok, yang isteri pertama pergi pinang bakal madunya untuk suami dia..tp tak semuanya orang arqam itu bermadu..Ada yang khawin tak dapat anak bertahun2 tp tak bermadu waktu tu..tp tak tahulah sekarang ni……….
yang sedihnya bermadu ikut sunnah..tp anak2 terbiar kelaparan kesian..pernah jadi macam tu pada salah seorang kawan sy di sana ketika itu. Tetapi kalau nak bandingkan akhlak anak2 zaman sekarang ni dengan anak2 orang arqam jauh panggang dari api…anak2 diroang ni memang bebudi bahasa tinggi…hormati org tua2..kecik2 lagi tak tinggal solat dan auratnya sentiasa terjaga..bab ni memang diorang ni bagus..tp ada lah jugak dengar2……….tak apa no komen……

http://poligamiikhwan.org/portal/pelancaran-kelab

Majelis Pelancaran
Kelab Poligami Ikhwan
“Suami untuk dikongsi, bukan untuk diperebutkan”

Astaka Taman Tasik Titiwangsa, KL
Sabtu 15 Ogos 2009
09.00 – 12.00 tengahari

Saksikan Juga Persembahan :
Teater Muzikal Islam
dari Kumpulan
“Generasi Harapan”
(Adik beradik dari keluarga berpoligami)

JOM…
Masuk Percuma & Jamuan Disediakan

Penaung Bersama :

Global Ikhwan & Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM)

Info lengkap hubungi
012-2013512
019-5579306
019-2645313

Asalamualaikum

Ini berita baik Nuriman , pakcik agaknya layak ke jadi ahli ? kenapa blog pakcik dia tak hubungi, Nuriman pun sudi sudikanlah kelaman pakcik, hari hari ada pelajaran baru.

terima kaseh dan salam hormat.

ikhwan dan rufaqa tu idup lagi ke?

waalaikumusalam pak cik..kalau pak cik rasa layak joinlah..sy selalu gak ke laman pak cik tp tak berapa reti nak tinggal komen sebab pak cik banyak berfalsafah………….

Asalamualaikum

Pakcik bukan berfalasafah Nuriman, tapi masalah zahir dan batin ni perlu disampaikan dalam bentuk sendaloka, itu pun maseh terasa irotiknya, pakcik minta ribuan ampun jika Nuriman terasa lucah, tapi kalau tidak bagaimana untuk menggucapkannya dalam bahasa yang paling halus mulus. Walau bagaimana pun terima kaseh keatas setiap kunjungan Nuriman ke sana. Wasalam.

Waalaikumusalam pakcikli…xde apalah pak cik,pakcik minat baca majalah ujang ke?anak saya suka baca majalah gila2..kalau dia balik sini, dia beli pastu dia sorok bawah katil, dia takut sy marah baca majalah tu …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2009
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 848,179 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: