bila hatiku berbicara

Ustaz Asri kembali ke Rahmatullah

Posted on: Ogos 13, 2009

Bagaikan tak percaya bila menonton buletin 1.30 di TV3  Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani telah kembali ke Rahmatullah. Saya meminati nasyid Ustaz Asri semenjak dia dengan  Nadamurni lagi. Lagu pergi tak kembali memang mencuit hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Kini ustaz telah  pergi tak kembali dalam usia yang masih muda. Semoga zikir dan munajat di Astro  Oasis akan berterusan biarpun dia sudah tiada lagi….

Semoga Allah mencucuri  rahmat ke atas  roh Ustaz Asri dan di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman Al Fatihah. Untuk membaca lebih terperinci di blog ni Ustaz Amin http://www.ustazamin.com/

Asri Rabbani meninggal – Rebah sewaktu pegang mikrofon pada sesi latihan di RTM

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my


Jenazah Asri dibawa keluar dari rumahnya di Kampung Bukit Kanchong untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam malam tadi.

KUALA LUMPUR – Vokalis dan ketua kumpulan nasyid popular Rabbani, Mohd. Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia secara mengejut selepas rebah di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri di sini semalam.

Beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Asri di kalangan rakan-rakan artis menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 pagi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar.

Anak kelahiran Bukit Naga, Klang itu tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri semasa menjalani sesi latihan untuk persembahan majlis pelancaran program Syahadah musim kelima terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).


Menurut seorang anggota Rabbani iaitu Mohd. Asri Ubaidullah, Asri kelihatan kurang sihat sejak Rabu lalu dan mengadu sakit tekak serta muntah pagi semalam.

“Sejak dua minggu lalu, memang kami agak penat disebabkan jadual dan aktiviti persembahan yang padat memandangkan bulan Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi.

“Pagi tadi (semalam) Allahyarham ada memberitahu bahawa dia sakit tekak dan muntah tetapi beliau segera minum air masak yang dicampur madu bagi mengurangkan masalah yang dihadapi.

“Beliau gagahkan diri juga untuk melakukan persembahan di RTM sempena pelancaran program Syahadah. Tiba-tiba tidak semena-mena sewaktu memegang mikrofon sebelum sempat membuat persembahan di atas pentas, Allahyarham rebah dan tidak sedarkan diri,” jelasnya.

Advertisements

4 Respons to "Ustaz Asri kembali ke Rahmatullah"

Asalamualaikum

Samoga Allah merahmati rohnya al Fatehah.

Wasalam

Asalamualaikum

Puan Nuriman

Sesamaislam minta puan memberi komentar keatas pos laman blog wajah barunya, sekarang ni dia sering minta laluan !.

wasallam

Waalaikumusalam…

Perginya sukar untuk di cari ganti, ianya terlalu mendadak…pada mulanya terkejut jugak. Tetapi itulah lumrah kehidupan setiap yang hidup pasti akan mati..lagu pergi tak kembal masih tergiang2 di telinga. Tuhan lebih sayangkan dia…semoga Allah mencucuri rahmat ka atas rohnya…

Sebelum nipun salah seorang kumpulan Hijjaz dan Raihan meninggal dunia.

Saya tak berapa reti nak komen bab2 politik, tp minat membaca bab politik ni..terima kasih datang berkunjung…….

Pergi Tak Kembali
Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

~selamat tinggal Ustaz Asri, amanlah di pembaringan terakhirmu~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2009
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 845,722 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: