bila hatiku berbicara

Bulan madu terakhir Asri

Posted on: Ogos 15, 2009

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

SAAT kehilangan orang tersayang memang satu hakikat yang pahit- nya sukar ditelan. Terpisah oleh jarak lagikan mengundang seribu keresahan, inikan pula dua insan yang sudah berikrar sehidup semati dipisahkan oleh dua dunia yang berbeza. Hanya kena- ngan lalu menjadi pengganti diri, saat kerinduan datang menyapa.

Kelmarin, seorang wanita bergelar ibu kepada enam cahaya mata berdepan satu takdir, takdir kematian yang kalau boleh mahu ditolak ke kemudian hari.

Dia bukan sesiapa, tetapi kerana pekerti mulia dan nama besar milik Allahyarham suaminya, Asri Rabbani, duka wanita bernama Halizah Shahzan, 39, meresap ke jiwa.

Segagah manakah hati wanita Halizah saat diterpa berita kematian sang suami, itu yang terdetik di fikiran ramai. Kosmo! mendekati isi hati Halizah selepas 24 jam dia kehilangan suami tercinta. Sungguh! Kami kagum sekali dengan ketabahan wanita ini yang lewat bicaranya kelihatan cukup reda dengan tragedi kehilangan yang tiba-tiba bertandang itu.


KHAZANAH seni yang ditinggalkan Asri akan terus menjadi penyubur pahala buatnya.

Bagaimanakah Halizah melalui hari pertama tanpa arwah?

HALIZAH: Kehidupan saya sehari tanpa arwah memanglah sedih, siapa yang tidak sedih. Namun yang lebih penting ialah kita perlu teruskan kehidupan. Sudah menjadi satu kelaziman arwah sering pulang ke rumah pada pukul 3 pagi setiap hari. Kalau arwah bawa kunci rumah, arwah akan buka pintu sendiri tetapi selalunya sebagai isteri saya tetap akan bangun dan menyambut kepulangannya. Sebab itu malam tadi (malam pertama arwah meninggal), tepat pukul tiga pagi secara tiba-tiba saya tersedar dari- pada tidur. Terasa seperti dikejut- kan oleh sesuatu. Mungkin roh arwah pulang untuk melihat-lihat keadaan kami sekeluarga di rumah semalam.

Ramai yang ingin tahu bagaimana kehidupan Halizah bersama arwah, pernah bergaduh atau tidak?

Selalunya tidaklah sampai peringkat nak bergaduh sebab kalau ada percangga- han antara kami, arwah akan cepat memujuk, jadi pergaduhan kami tidak sebesar mana, saya pun tak jadi nak marah. Cuma saya selalu mengawasi arwah dari segi syariat seperti peminat perempuan. Itu saja, yang lain tidak ada. Arwah seorang yang lembut, susah hendak marah.


KENANGAN akhir arwah bersama isteri di Hudaibiah, Mekah ketika dalam percutian menunaikan umrah sambil berbulan madu.

Kenangan paling manis bersama arwah?

Alhamdulillah kenangan manis terakhir saya bersama arwah ialah kami dapat mengerjakan umrah sambil berbulan madu di Mekah pada cuti sekolah yang lepas pada bulan Jun. Saya tidak tahu itu petanda terakhir kerana sebelum itu arwah ada cakap untuk bawa saya mengerjakan umrah bersamanya kerana dia memang selalu buat umrah tetapi saya tidak pernah ikut. Hasrat pergi umrah bersama itu tidak pernah tercapai kerana ada saja halangannya. Masa cuti sekolah itu buat pertama kali saya mengerjakan umrah dan dapat pergi bersamanya.

Apakah itu kenangan paling manis sepanjang perkahwinan?

Ya, itu salah satu di antaranya. Dan kenangan itu tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.


ANAK-ANAK dan isteri setia menemani di sisi saat jenazah Allahyarham Asri dikafankan.

Apakah pesanan arwah kepada Halizah dan perancangan masa depan untuk anak-anak?

Arwah bukan jenis yang suka mengikat sesuatu, cuma arwah kata arwah nak anak jadi ahli tahfiz, selebihnya pandai-pandai sayalah untuk mengarahkan anak ke arah itu. Mungkin bila anak sudah besar kalau mereka ada bakat macam arwah, saya tidak menghalang tetapi harus utamakan pelajaran terlebih dahulu.

Adakah di antara anak-anak yang bakal ikut jejak langkah arwah sebagai pendakwah melalui irama nasyid?

Apa yang saya lihat belum ada lagi yang menunjukkan bakat, sebab mereka semua pemalu seperti arwah.


DALAM ketabahan, Halizah tidak mampu menahan kesedihan.

Bulan Ramadan bakal menjelang, bagaimana agaknya situasi anak-anak?

Bulan puasa atau raya sama sahaja bagi saya, Allah sudah aturkan semuanya. Sudah jalan- nya begini, kami kenalah terima. Buat masa sekarang saya kena pentingkan pelajaran anak- anak, itulah yang arwah mahu- kan. Kalau ikutkan hati memanglah terasa, tetapi yang pergi tetap akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Insya-Allah, kita harap semua orang akan mendoakan yang terbaik buat arwah di alam barzakh.

~Yang pergi tetap pergi, yang hidup teruskan kehiupan ini dan menjaga amanah yang di tinggalkan. Kekadang terfikir juga saya kalaulah suatu masa nanti salah seorang di antara kami di panggil entah bagaimana hendak menjalani hidup ini. Doa selalu di panjatkan semoga panjang umur, tetapi ajal,maut jodoh pertemuan sudah tertulis semenjak azali lagi. Ya Allah andai ada  belas kasih MU mohon di panjangkan umur ingin beribadat kepadaMU( belum cukup bekalan untuk menemuiMU Ya Allah). Ingin melihat anak membesar, berjaya dalam hidup, berumah tangga dan beranak cucu. Ingin menunaikan ibadah haji di Mekah. Mungkin semua orang berdoa begitu tetapi kita ini milikNYA.  Mati tidak mengira siapa, kecik besar tua dan muda.Ya Allah panjangkanlah umur kami amin amin amin~

P/s Maaf kawan-kawan sebagai peminat nasyid  Ustaz Asri saya mengabadikan artikel ini sebagai kenangan.

Advertisements

2 Respons to "Bulan madu terakhir Asri"

assalamualaikum,

Pergi tetap pergi kita yang masih hidup teruskan perjuangan..
kata-kata allahyarham membuat semua sedar dari tidur.. iaitu

” Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Aku yakin bahawa akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku.”

“WALAU SELAMA MANAPUN KITA HIDUP, PENGHUJUNGNYA PASTI MATI. JADI JANGAN LUPA BAWA BEKALAN UNTUK PULANG”..

Kata-kata allahyarham mangajarku mengenal diri.munasabah diri lebih penting dari segala-galanya.sama-sama kita hayati….wslm

Waalaikumusalam alhamdulillah zikir dan munajatnya masih ada di saluran asis…puisinya menyentuh jiwa..yg pergi tetap akan pergi..cuma amalan sahaja yg di bawa…kita yg hidup teruskan hidup dengan memperbanyakkan bekalan utk ke SANA…baik ataukah sebaliknya.berpisah sudah segalanya yang tinggal hanyalah kenangan..dari dulu (Nadamurni)sehingga kini sy suka dengar nasyidnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2009
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: