bila hatiku berbicara

Selsema Babi – Bicara Allah Buat Kita

Posted on: Ogos 15, 2009

Berikut adalah beberapa isi khutbah Fadhilat al-Syaikh Dr. Yusri al-Hasani


Pertama: Allah Taala Sedang Berbicara Dengan Kita.


Semasa zaman para nabi dan para rasul, Allah berbicara dengan mereka yang mulia ini melalui perantaraan wahyu. Namun apabila Nabi dan Rasul terakhir, Sayyidina Muhammad kembali ke hadrat Allah Taala, maka wahyu sudah tidak lagi menjengah bumi. Namun Allah tetap terus berbicara dengan manusia melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kita perlu memandang setiap musibah dan ujian yang berlaku sebagai satu bentuk ucapan dari Allah yang ingin menyampaikan sesuatu kepada kita.


Kedua: Penyakit Yang Belum Pernah Berlaku Sebelum Ini Apabila Muncul Pada Zaman Ini…


Rasululllah pernah menyatakan bahawa apabila manusia semakin menjauhi Allah Taala, maka Allah akan menimpa mereka dengan pelbagai wabak dan penyakit yang belum pernah ditimpa kepada orang-orang terdahulu. (Saya akan paparkan kepada saudara hadith-hadith tersebut sedikit masa lagi). Ini adalah bukti kebenaran Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wasallam.


Ketiga: Bala Yang Berlaku Adalah Natijah Jauhnya Manusia Daripada Mengikut Perintah Allah.


Apabila kemusnahan dan musibah itu berlaku kepada tanaman, maka Allah ingin berbicara dan menyatakan kepada kita bahawa manusia tidak menunaikan hak Allah yang ada pada tanam-tanaman. Lalu Allah membinasakan tanaman agar manusia kembali sedar bahawa mereka tidak menunaikan hak mereka terhadap golongan fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan.


Apabila kemusnahan itu berlaku pada binatang ternakan, maka itu adalah tanda bahawa kewajipan yang berkaitan dengan binatang ternak tidak dilunaskan oleh manusia. Berapa ramai pengusaha jualan daging ayam tidak menunaikan zakat perniagaan. Akhirnya Allah ingin menarik kembali orang Islam daripada terus lalai dengan cara menurunkan selsema burung yang menyerang binatang-binatang ternakan agar orang yang berfikir dapat memahami bicara Allah.


Hari ini kita diserang dengan satu wabak baru iaitu selsema babi. Babi adalah binatang yang Allah haramkan orang-orang Islam memakannya. Bagaimana binatang yang diharamkan ini boleh diternak dan dibiakkan di dalam negara-negara umat Islam?!! Ketua Paderi Mesir; Baba Syanoda sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa agama Kristian turut mengharamkan penganutnya memakan babi sebagaimana yang termaktub di dalam Old Testament.


Akhirnya bagi menyedarkan orang-orang Islam bahawa mereka wajib melunaskan suruhan Allah yang berkenaan dengan babi, Allah menurunkan selsema babi sebagai amaran dari Allah.


Keempat: Apabila Seseorang Muslim Itu Menjauhi Allah, Dia Akan Diuji Oleh Allah.


Ujian yang Allah timpakan kepadanya hanyalah agar dia kembali berfikir dan bertafakkur dalam menginsafi diri atas maksiat yang dilakukannya. Maka dia akan menyatakan dari jauh hati kecilnya bahawa Allah menimpanya dengan pelbagai masalah dan musibah hanya semata-mata kerana ingin dia kembali pada Khaliqnya.


Suasana ini sangat berbeza dengan orang yang bukan Islam. Semakin mereka menjauhi Allah, mereka akan diluaskan dengan pintu nikmat dan kemewahan kerana kemewahan yang mereka kecapi hanyalah di dunia ini semata-mata. Selepas mereka menemui Allah, mereka akan menanggung kemurkaan Allah selama-lamanya. Azab dan siksa yang tidak akan berlalu akan terus dirasai oleh mereka disebabkan kekufuran mereka kepada Allah Rabbul Jalil.


Kelima: Penyakit Taun Yang Dahsyat


Berlaku pada zaman Mamalik di Mesir satu musibah yang cukup mengerikan yang menyerang Mesir ratusan tahun yang lampau. Mesir pernah dilanda dengan wabak taun yang telah membunuh 20% penduduk Mesir ketika itu. Sejarawan menyatakan bahawa wabak yang dahsyat ini telah menyebabkan berlakunya satu fenomena iaitu: harta seseorang yang baru meninggal dunia kerana diserang taun ini akan berpindah milik pada hari kematian tersebut kepada golongan yang ketujuh yang berhak menerima harta pusaka. Ini kerana seusai matinya seseorang itu, anak-anaknya akan turut mati dan seterusnya dan seterusnya sehingga harta pusaka akan terus beralih kepada pihak yang ketujuh disebabkan pihak yang pertama hingga pihak yang keenam turut meninggal dunia pada hari yang sama.


Sekiranya diteliti kepada suasana yang berlaku sebelum taun yang menggila ini menyerang Mesir, kita akan mendapati bahawa jenayah LIWAT adalah tersebar luas di kalangan pemerintah Mesir ketika itu (golongan Mamalik) sehingga setiap seorang di kalangan mereka memiliki seorang kekasih lelaki yang akan diliwatnya.


Allah yang Maha Adil dan Maha Penyanyang akhirnya membersihkan Mesir daripada kekotoran ini dengan mengutuskan wabak Taun untuk dijadikan pengajaran kepada umat-umat yang mendatang.


Keenam: Teruskan Amalan Baik Anda.


Menjadi satu fitrah dan Sunnatullah bahawa seseorang yang sudah biasa dan melazimi satu perbuatan baik tertentu apabila dia meninggalkan kelaziman tersebut, Allah akan memberikan kepada dia ujian dan musibah agar dia kembali memikirkan kesilapannya. Ujian yang diberikan ini hanyalah kerana Allah inginkan perbuatan baik dan soleh itu diteruskan.


Berlaku pada diri Dr. Yusri sendiri apabila seorang wanita Mesir dalam lingkungan umur 60 tahun datang menemui Dr. Yusri yang turut merupakan seorang pakar bedah. Wanita tersebut mengadu bahawa dia mengalami kesakitan yang amat sangat di bahagian perutnya. Dr. Yusri dan para doktor yang lain kebingungan apabila segala penelitian dan ujikaji kedoktoran yang telah dibuat tidak menatijahkan sebab penyakit tersebut. Punca kesakitan itu tidak berjaya ditemui namun si sakit tetap merasai kesakitan yang amat sangat.


Wanita itu akhirnya menceritakan kepada Dr. Yusri al-Hasani bahawa beliau mempunyai satu sikap yang baik iaitu menyembelih kambing setiap tahun dan menyedekahkan daging kambing tersebut kepada fakir miskin di kampungnya. Namun sudah dua tahun dia tidak menyembelih kambing untuk disedekahkan kepada fakir miskin.


Sebaik sahaja Dr. Yusri mendengar kisah wanita tua ini, beliau terus menyatakan di dalam hatinya bahawa inilah punca wanita ini diuji Allah.


Beliau terus meminta wanita ini menelefon keluarganya agar membeli seekor kambing, menyembelihnya dan menghadiahkan daging tersebut kepada fakir miskin sebagaimana kebiasaan wanita ini sebelum ini.


Subhanallah. Selepas dua hati daging kambing disedekahkan kepada fakir miskin, penyakit wanita ini hilang serta merta. Maha Suci Allah yang menurunkan penyakit dan Maha Suci Allah yang menyembuhkan penyakit.

http://hairulnizammathusain.blogspot.com/

Advertisements

10 Respons to "Selsema Babi – Bicara Allah Buat Kita"

salam akak nuriman ittewww.. selamat menyambut bulan ramadhan almubarak..

Salam En Me belum tulis bab ramadhan lagi la..tp xpa la selamat menyambut ramadhan..la ni duk bimbang selsema babi…kat malaysia dah ramai mati..esok pasti ada lagi. Maaf kalau saya katakan ini semuanya bala dari Allah s.w.t Nauzubillahiminzalik. Mohon Allah ampunkan segala kesalahan dan dosa2 kita…

Allah kalau nak turun bala semuanya kena…pk2lah…..

Asalamualaikum

dilaman ni pantunnya kena tertib dan sopan sikit

Dicipta tuhan alam semesta
jasad jiwa raga dan benda
untuk kehidupan manusia
menyembah tuhan maha Esa

manusia menghayati alam semesta
rohani jasmani jiwa dan raga
menyembah tuhan maha Esa
Kudrat Iradat Ilmu HayatNya

buah cempedak di luar pagar
masak sebiji tolong jolokkan
hamba baru hendak belajar
kalau salah Nuramin tunjukkan

Terima kaseh salam hormat.

peringatan utk kita semua.. masih lagi yg alfa dan tidak mengambil iktibar dari apa yg berlaku..

Waalaikumusalam pakcikli dan zino

Semoga Allah jauhi dari penyakit ini. Selsema babi tp babi masih hidup dengan aman…manusia yg kena selsema dan meninggal. Bukan salah babi tp salah manusia yg biakkan babi banyak2. Allah dah haramkan babi…tp manusia yg mempertahankan babi. Allah dah turunkan bala itu peringatan atau amaran dariNYA.

Gelombang kedua H1N1 mungkin oktober ini

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan ROSMALINA ABD. KADIR
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Perkembangan wabak selesema babi atau H1N1 yang semakin serius sudah memberi petanda bahawa gelombang kedua pandemik itu dengan kesan yang lebih meluas dijangka melanda negara pada musim tengkujuh bermula Oktober ini.

Jika ramalan itu menjadi kenyataan, kerajaan akan mengumumkan perintah darurat kesihatan lebih awal bagi mencegah penularan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, musim tengkujuh tahun ini lebih berbahaya berbanding tahun-tahun terdahulu kerana kecenderungan orang ramai mendapat selesema boleh membawa kepada lebih banyak kes H1N1.

“Kita serah kepada Majlis Keselamatan Negara untuk menentukan waktu terbaik mengumumkan tempoh darurat kesihatan kelak,” katanya pada Persidangan Kesihatan Asia 2009 di sini semalam.

Sementara menunggu gelombang kedua wabak itu, Kementerian Kesihatan memperhebatkan usaha pembendungan wabak dengan mengarahkan semua doktor memberikan suntikan antiviral kepada pesakit yang mengalami demam lebih daripada dua hari.

Mengenai isu kekurangan bekalan penutup hidung dan mulut, Tiong Lai berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan berbincang untuk menjadikannya barangan kawalan.

“Kita akan bincang bekalan dan menetapkan harga mengikut jenis-jenis topeng mulut yang ada supaya tidak ada pihak sesuka hati mengambil kesempatan di atas keperluan mendadak barangan itu,” tegasnya.

Keputusan mengenai harga siling penutup mulut dan hidung itu dijangka diumumkan lusa.

Tindakan segera menetapkan harga barangan itu dibuat selepas ada peniaga menaikkan harga topeng mulut dari 40 sen sekeping kepada RM5 ekoran permintaan yang meningkat.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman tidak percaya dengan andaian sesetengah pihak yang bimbang mereka yang berpuasa akan lebih terdedah kepada H1N1.

“Jangkitan wabak H1N1 bukan pasal tidak makan tetapi hubungan langsung seseorang itu dengan persekitaran,” jelasnya ketika dihubungi semalam.

Sewaktu umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan Dr. hassan mencadangkan mereka mengambil makanan berkhasiat dan meminum banyak air pada waktu bersahur bagi mengelak imunisasi tubuh menjadi lemah.

salam buat semua teman2…

sesuatu yang ingin kak kongsi bersama dalam mengharungi wabak H1N1 yang semakin merisaukan…

selalu amalkan zqru di bawah ini selepas setiap solat 5 waktu, insyaAllah….akan terhindar..

Salamun qaulan mirrabbirrahim”(surah yassin:58)

War-warkan lah kepada semua kengkawan kita yang lain… Semoga kita dapat membendung seterusnya menghapuskan terus wabak ini secepat yang mungkin.

Terima kasih kak..insya Allah akan saya amalkan…..

Alhamdulillah berkat ramadhan tiada kematian di catatkan. Syukur alhamdulillah mudahan ianya tidak akan datang lagi..

rupanya dah 70 org meninggal akibat H1N1…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2009
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 840,659 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: