bila hatiku berbicara

mungkin itu yang terbaik

Posted on: Oktober 1, 2009

“Akan dikabulkan doa seseorang selama dia tidak terburu-buru sehingga dia mengatakan, aku sudah berdoa tetapi tidak di kabulkan”(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarimizi dan Ibnu Majah)

“Jangan kamu ragu akan janji Allah jika belum beroleh apa yang di janjikan, meskipun zamannya telah tertentu. Janganlah keraguan itu menimbulkan kerosakan dalam mata hati kamu dan memadamkan cahaya(nur) rahsia hatimu.” (Kata hikmah ahli sufi, Ibnu Athaillah).

Kita mungkin sudah kerap berdoa tetapi belum termakbul hajat yang di pohon. Kita mungkin rasa bosan kerana sekian lama berdoa meminta, masih tidak tercapai hasrat.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui waktu dan bentuk yang paling sesuai untuk mengabungkan doa hamba-Nya.

Hasrat kita lambat tertunai, mungkin belum masanya untuk kita menerima. Barangkali juga Allah akan gantikan dalam bentuk yang lain, yang jauh lebih baik dan berharga kerana permintaan asal tidak sesuai dengan diri kita.

Kejayaan dan kebahagiaan yang kita impikan, akan tetap hadir, hanya mungkin dalam bentuk dan waktu tidak kita duga. Atau dengan kata lain, ia berlainan dengan perancangan yang kita buat. Tetapi jangan ragu-ragu, kerana mungkin itulah yang terbaik untuk kita.

Bisikkan ke hati

“Aku tekun berdoa dan berusaha untuk kejayaan dan kebahagiaan, Aku sedar, ada ketikanya hajatku lambat terpenuhi dan mungkin Allah akan gantikan yang lain, yang lebih baik. Aku yakin kejayaan dan kebahagiaan itu akan jadi milikku walaupun mungkin dalam bentuk yang lain”.

Hadis&falsafah dari majalah Nur edisi Sept 2007

Advertisements

8 Respons to "mungkin itu yang terbaik"

Asalamualaikum

Pakcik doakan samoga segala doa anakanda Nuramin tercapai, amin, amin yarabil alamin. Di halaman Dukun Asmara sibuk hal nikah kawin buat masa ini, mana yang salah tolong tunjukan, pakcik ni bukannya ramai sangat sahabat tapi yang berkunjung tak putus putus bertali arus, mungkin ada yang nak kawin lagi kot, pakcik doakan samoga apa yang mereka hajati berjaya, tapi jika tak sanggup menanggung bebanan nanti jangan menyesal atau pun menyesal tak sudah.

Terima kaseh salam hormat.

Waalaikumusalam pakcik selamat hari raya….kalau mampu dari segi zahir dan batin tak salah pak cik asalkan mengikut sunnah Nabi..tp kalau dapat gaji makan bulan lupakanlah hasrat tu ya..bimbang takut periuk melayang atas pala kan susah ahaksssss….gurau je pakcik….trima kasih…

Salam,

Hai K. Iman… rindunya pada akak. Moga sihat sejahtera deisi keluarga.

Manusia hanya merancang, namun Allah yg menentukan segalanya. Hanya Dia yg maha tahu dan maha Pemberi atas segala nikmatNya. Andai doa termakbul, syukur atas segala pemberianNya. Andai tidak, hanya Dia juga yg maha mengetahui akan rahsianya kerana yg pasti hanya Dia maha mengetahui dan memiliki segala sesuatu kesempurnaan.

Moga kita sentiasa dipimpin ke arah mencari kesempurnaan taqwa.

salam Lissa…akhirnya Lissa sampai gak di rumah akak ya. Terima kasih banyak2 ya..erm rindu gak tp apakan daya hanya ini saja yg jadi penghubung silaturahim.

Yalah Lissa kan, kekadang kita ni sedih bila sesuatu hajat kita tidak tertunai sedangkan hanya DIA sahajalah yang memberi segala keperluan kita. Kekadang kita tidak beryukur dengan apa yang ada….padahal masih ada lagi yang lebih teruk dari kita. Moga2 Allah pimpin kita ke jalan yang diredhaiNYa amin….

sebak lah baca entry atas ni.

)=

tidak semua yang kita inginkan tercapai..itu adalah rahsia Allah kepada kita..sebagai hambaNYA kita harus redha dan bersabar kerana semuanya hak milik mutlakNYA…

salam k.nuriman..
tabah benar hatimu…mungkin pengalaman menguatkan hati, menabahkan jiwa…tapi saya x sekuat dan setabahkan akak….hari-hari yang berlalu dirasakan begitu sukar untuk dilalui….

Salam fazilah

Saya tak sekuat itu fazilah…artikel ini sebagai semangat untuk saya mungkin kawan2 yang lain….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 848,179 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: