bila hatiku berbicara

`Mungkin balasan buat kita’

Posted on: Oktober 4, 2009

PADANG: “Ini mungkin malapetaka dan balasan daripada Tuhan kerana masih ramai masyarakat Padang bergelumang dosa dan amalan syirik,” kata imam Masjid Raya Ganting, Drs Suhardi dalam khutbahnya kepada lebih 400 jemaah solat Jumaat, semalam.

Menurutnya, umat Islam di Padang yang dianggap Serambi Makkah kedua selepas Aceh, perlu menginsafi diri dan kembali ke jalan benar.

Gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter yang berlaku petang Rabu lalu menyebabkan masjid tertua di Padang, Masjid Raya Ganting, hampir musnah sama sekali bersama puluhan masjid lain.

Tinjauan Harian Metro mendapati pihak pengurusan masjid itu terpaksa menutup sepenuhnya pintu utamanya manakala sejadah panjang terpaksa dihamparkan di kawasan meletak kenderaan bagi membolehkan solat Jumaat dijalankan tepat jam 12.05 tengah hari waktu tempatan.

Walaupun tanpa bumbung selain terpaksa menahan terik matahari, beratus-ratus penduduk berhampiran tetap datang menunaikan solat Jumaat di kawasan terbuka.

Tanpa bekalan elektrik yang terputus sejak tiga hari lalu, solat Jumaat di masjid itu tampak sunyi berikutan azan dan khutbah tidak dapat didengari dengan jelas.

Jemaah yang berpeluh menahan panas cuba mengurangkan bahang dengan menutup kepala masing-masing menggunakan surat khabar.

Ternyata suhu panas mencecah lebih 32 darjah Celcius cukup menyeksakan terutama bagi kanak-kanak yang turut berjemur untuk menunaikan solat Jumaat.

Hakikatnya warga Padang dan daerah lain di wilayah Sumatera Barat, cukup sabar dengan dugaan bencana terbabit walaupun ketulan batu runtuhan masjid berkenaan masih berselerakan dan belum sempat dibersihkan.

Sementara itu, imam kedua Masjid Raya Ganting, Hidayat Juli, 36, yang ditemui selepas solat Jumaat berkata, tiada apa yang boleh dilakukan berikutan semua struktur tiang utama masjid berusia 194 tahun itu retak dan menunggu masa untuk roboh.

“Setakat ini bahagian hadapan, tempat menyimpan kasut, mimbar dan tempak wuduk wanita ranap sepenuhnya manakala ruang solat dalam masjid tidak boleh digunakan lagi. Bimbang jika ia boleh ambrok (runtuh) bila-bila masa.

“Malah, semua 25 tiang utama masjid yang diberi nama nabi daripada Adam A.S hinggalah Nabi Muhammad s.a.w turut patah dan menanti masa untuk tumbang,” katanya.

Menurutnya, masjid terbabit tidak mungkin dapat dibaik pulih dan hanya akan tinggal sejarah serta perlu diruntuhkan berikutan kerosakan teruk dialami.

Sementara itu, tinjauan wartawan Harian Metro mendapati lebih 20 masjid utama di sekitar bandar Padang, antaranya Masjid Raya Andalas dan Masjid Ukhuwwah Muhammadiah ranap sama sekali sehingga tidak dapat digunakan lagi.

Seorang pengurus masjid yang ditemui, Nurzuhud Hussin, 67, berkata kerosakan berlaku hampir di semua masjid di sekitar kota Padang.

“Sukar untuk dijelaskan mengapa banyak masjid musnah teruk dalam kejadian ini dan ia hanya menjadi `rahsia’ Tuhan. Sebagai manusia, kami perlu memikirkan iktibar sebaliknya,” katanya.

Pesara Jabatan Pertanian itu mendakwa apa yang berlaku adalah peringatan daripada Allah s.w.t kepada umat Islam Padang supaya tidak alpa.

“Di sini masih ramai anak muda gemar berlibur dan tidak suka ke masjid manakala yang tuanya gemar bersabung ayam atau lebih cinta pada duniawi,” katanya, kesal.

Sementara itu, masalah bekalan air terputus di bandar Padang sejak kejadian menyebabkan penduduk terpaksa berwuduk di parit dan terusan sebelum menunaikan solat.

___________________________________________________________

~Menonton berita  di kaca TV  membuat hati ini begitu sedih sekali bila melihat negara jiran kita yang di timpa musibah seburuk itu. Takziah kepada mereka yang di timpa musibah ini.  Harap mereka bersabar dan tabah menerima segala musibah ini.  Sebak  melihat anak-anak kecil dan ibu berlari ketakutan.

Sebelum ini bermacam kisah kita baca di bog-blog negara jiran kita di  maki hamunnya negara kita Malaysia, di panggilnya kita malingsia. Akhbar-akhbar merekapun tak kurang hebat memprovokasikan keadaan yang semakin memburuk. Pelajar-pelajar kita di ancam dengan buluh runcing, hanya kerana nafsu amarah yang membuta tuli mereka. Jadilah orang-orang yang bertamadun dalam melakukan sesuatu tindakan bukan  mengistiharkan perang ke negara kita. Kalau baca di blog bro Mazidulhttp://mazidulakmal.blogspot.com/ di dalam komen-komen rasa nak menyokong je apa yang diorang komen. Tetapi sebagai manusia belas ehsan sesama manusia tu tetap ada. Tsunami melanda Achehpun tidak meranapkan masjid tetapi kali ini masjidpun ranap. Mungkin i ni  amaran dari Allah S.W.T tetapi menusia tidak mengambil ikhtibar apa yang berlaku….

Baiknya orang Malaysia, dengar sahaja Indonesia di timpa musibah negara kita jugak yang hantar bantuan. Sudahlah ramai rakyat mereka masuk ke negara kita mencari rezeki di negara kita………..

Bumipun dah marah siapalah kita ini hanyalah manusia yang lemah. Sekali di goncangnya bumi habis musnah segala benda dan nyawapun melayang hanya sekelip mata.  Moga kita di jauhi dari malapetaka ini. Walau bagaimanapun kita jangan merasa terlalu selesa kerana apa yang berlaku atas kehendaNYA. Sejak akhir-akhir ini banyak sangat kejadian bencana alam. Moga di jauhi dari segala musibah ini dan kembali kepada ajaran Allah s.w.t….

Ya Allah ini hanya goncangan gempa di dunia, di padang masyar hanya Allah sahaja yang tahu, saya dapat rasakan gegeran kecil di rumah saya hari itu……… Bermuhasabahlah diri………………..

Advertisements

4 Respons to "`Mungkin balasan buat kita’"

Gadai maruah untuk hidup mewah

KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir siswi institusi pengajian tinggi (IPT) yang hanyut dengan corak hidup kota sehingga melanggar batasan agama semata-mata kerana ingin hidup mewah adalah perbuatan yang menghina Islam dan boleh dianggap munafik.

Pendakwah bebas dan perunding motivasi, Datuk Md Daud Che Ngah, berkata adalah berdosa besar apabila seseorang itu hidup mewah dengan cara yang menyalahi agama Islam.

Katanya, tindakan segelintir siswi itu bukan saja merosakkan diri sendiri tetapi menghina agama Islam apabila ada antara mereka menuntut dalam bidang itu.

“Mereka sepatutnya menuntut ilmu tetapi sebaliknya yang berlaku apabila terpesong dengan apa yang dipelajari. Lebih mengecewakan jika ada yang menuntut dalam bidang agama Islam tetapi terbabit sama dengan gejala sosial hari ini.

“Dalam Islam, jelas wang yang diperoleh tanpa mengikut syarak adalah haram, malah mereka yang didapati berzina misalnya boleh dikenakan hukuman sebat 100 rotan dan pasangannya pula jika sudah berkahwin, direjam hingga mati,” katanya mengulas gejala sosial siswi IPT hari ini, termasuk sanggup menggadai maruah, berikutan jauh daripada pemantauan ibu bapa.

Beliau yang turut melahirkan rasa sedih berkata, meskipun gejala sosial bukan perkara baru di kalangan penuntut universiti di negara ini, ia perlu dibanteras kerana semakin membimbangkan.

“Saya menyeru kepada siswi serta mereka yang terbabit dengan pelbagai gejala sosial supaya segera bertaubat kerana jelas menyalahi peraturan, malah menghina agama dengan apa dilakukan. Tempat bagi orang seperti ini adalah di neraka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan jabatan agama khususnya perlu mengambil tindakan drastik, termasuk mewujudkan peraturan dan hukuman lebih berat, supaya masalah itu dapat diatasi.

Beliau turut mengharapkan institusi pendidikan ada kaedah terbaik untuk membendung penuntut mereka daripada terbabit dalam gejala tidak sihat.

p/s kalau nak copy n paste kat sini jenuh la..tp tu lah kan kat Malaysia pun dah teruk sekarang ni..pergaulan bebas remaja, pakaian yang menjolok mata dll…pklah sendiri..Bimbang takut bumi marah dan Allahpun turunkan amaran seperti Indonesia…Nauzubillah………..

kak, kat kl tu ribut kuat dok masa ari kejadian? di kelate ribut nauzubillah…takut saya..

Salam kak long..kat sini ada jugak angin kuat hari tu..sekita kul 6 petang gegeran terasa beberapa minit..tp taklah kuat sangat..tp kata kawan dia duk kat flet rasa bergoyang umahnya…minta Allah jauhkan dari petaka ini kan..

Kembara rawan tanah adat: Keinsafan hanya untuk seketika

PELBAGAI cerita menakutkan terpacul keluar mulut warga ‘gampo’ Padang apabila rata-rata alim ulama tempatan menganggap bencana yang berlaku kini tidak ubah seperti kiamat kecil yang akan berulang lagi.

Walaupun kejadian gempa sama pernah berlaku dua tahun lalu, ia didakwa belum cukup untuk menginsafkan warganya dikatakan hanya insaf untuk beberapa bulan sebelum lalai kembali dengan suruhan Yang Maha Esa.

Saya yang sempat berbual panjang dengan seorang anggota jawatankuasa fatwa Majlis Ulama Indonesia, Gadhafi Umar, berkata, bencana silih berganti yang menimpa Indonesia bukan hanya perlu dilihat dari sudut geografi, malah ia juga membawa mesej daripada pencipta sekelian alam.

Dia yang banyak memberi kuliah agama memberitahu, gempa bumi yang berlaku tempoh hari hanyalah sebahagian daripada rentetan malapetalaka melanda Indonesia selepas tsunami, banjir besar, letusan gunung berapi, puting beliung dan kemarau panjang.

Menurutnya, bencana yang didatangkan Allah bukan hanya bererti kematian, malah turut mengakibatkan ekonomi jatuh sekali gus membawa kepada pengangguran dan kemiskinan.

Apakah bumi ini (Indonesia) dilaknat Tuhan? Saya tidak punya jawapan kecuali anda memikirkannya sendiri,” katanya selepas selesai menunaikan solat ghaib selama satu jam di hadapan bangunan sebuah stesen televisyen di Jalan Tarandam, Kota Padang, pagi semalam. – Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Takziah dan Al Fatihah kepada mereka yang telah pergi. Semoga Allah tempatkan mereka di sisi orang2 yang beriman amin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 835,570 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: