bila hatiku berbicara

Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal

Posted on: November 4, 2009

Nov 2, 09 5:01pm
Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

“Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

“Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan,” katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

“Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA

 

~Banyak mana gelatin dah masuk dalam tubuh kita ni ek …..Nauzubillah~..

Advertisements

10 Respons to "Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal"

salam jumaat akak nuriman tewww..

salam en me…..hari jumaat yg mulia…

salam kak

oh saya kenal dr gam itu.dia buat kajian dkt makmal kami.:)aah mmg betul apa yg diberitahu.sbb itulah kena buat kajian.sebenarnya banyak benda di dunia ni yg kalau kita kaji was2.sbb tulah kadangkala apabila saya sendiri buat kajian,bila tahu je sekian2..terkejut sesangat,huhu

hisy menakutkanlah….

Salam Kak Nuriman… salam kenalan dari Siti

Izinkan sy untuk mengambil artikel ini untuk di kongsi di blog atau email sebaran agar rakan2 lain yg tidak membace artikel ini tersedar dan berusaha mencari yg halal…

salam kenal siti silakan…ambillah akakpun copy jugak..

“makanlah makanan yg baik lagi halal”
tah le akak.. mcm2 dunia skrg ni… nk mkn ubat yg dlm kapsul pun dah takut… waaaa…

hari tu tengok ayam cocok..ni yg buat tak berani nak makan ayam kat sini ni..nasiblah ada ayam HPA dan organik…akak tak makan ubat kalau sakit selsema ke astma ke..demam ke sakit kepala ke…malas..biar sembuh dengan sendirinya…kalau asthma datang akak cuba tenangkan fikiran n buat apa yg kita suka…kalau sakit kepala selagi bukan penyakit krnik inssya allah akan hilang dengan sendirinya…

kalau selsema embunkan air pastu basuh hidung dan kepala..itu petua emak mertua akak…insya allah

Untuk Peringatan kita bersama ……………………………………..

Salam and Good Day,

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.
Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan —– —– di unit serbuan.
Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah..Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..
Ceritanya macam nie:-

Jab. —– —– pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan…nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu..itulah yg —- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’
AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????…mesti kenkawan selalu minum milo kan…..yes..daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…
Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…

n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu..

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….

Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…
Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….
wallahhualam…

Brgds,
aNa MoSLeM

banyak benda yg kita dgr sekarang ni…nuget, bebola ikan…burger dll..duk kat negara islampun susah nak dapat benda halal ke..kalau macam ni rakyat malaysia kena ubah makan buah dan sayur sajalah…ada sanggup ke?sy sendiripun tak sanggup…..tu lah banyak sangat bela babi kat malaysia semua barang nak masuk babi…..kalau korang nak makan makanlah..sy dah lama tinggal benda2 ni……tepuk dada tanya iman..tak makan benda2 ni pun tak apa…..

Assalamualaikum semua, Sepertimana yang telah kita ketahui sekarang ni, terdapat banyak rungutan daripada orang ramai khususnya di kalangan orang Islam mengenai keraguan status halal pada makanan yang dijual, walaupun mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan. Apa yang berlaku selama ini boleh menimbulkan persoalan kerana pihak yang berkenaan dikatakan mungkin telah dibayar dengan bayaran tertentu agar perbuatan yang menyalahi undang-undang dan melibatkan soal halal/haram dibiarkan terus berlaku. Kalaulah perkara seperti ini benar-benar berlaku, kepada siapa lagi yang boleh kita harapkan? Sama-samalah menjaga diri kita dan ahli keluarga daripada termakan makanan yang belum pasti halal atau haram, sekalipun makanan tersebut telah disahkan halal oleh pihak yang berkenaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

November 2009
I S R K J S A
« Okt   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: