bila hatiku berbicara

sugguh kejam

Posted on: Februari 26, 2010

Anak mati didera kekasih ibu

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
mohdzaini.samsuhadi@kosmo.com.my

SYAFIA


KUALA KUBU BARU – Polis menahan seorang pemandu teksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali semalam.

Kejadian pukul 8.30 malam itu terbongkar selepas lelaki berusia 28 tahun terbabit membawa mayat kanak-kanak itu, Syafia Humairah Sahari ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, selepas diteliti, pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan kanak-kanak tersebut termasuk di perut dan bawah telinga selain luka di dagu yang tidak selari dengan cerita kemalangan.

~bila kasih sayang sudah hilang tidak mustahil benda2 macam ini akan berlaku. Apakah salah dan dosanya anak sekecil ini sehingga sanggup di perlakukan sebegini. Sungguh tidak berperi  kemanusiaan….di saat pasangan lain inginkan zuriat tak dapat2 juga….sedihnya….

Advertisements

4 Respons to "sugguh kejam"

satu lagi kejadian pembuangan bayi di johor….bayi yang baru dilahirkan ..dibuang oleh ibu kandung sendiri yang melahirkan anaknya di tandas sekolah belajar memandu..dibuang anak tu ke tangki pam demi utk menutup rahsianya…
YA ALLAH..entah apa-apa lagi yang akan terjadi…
DUNIA…DUNIA……..

jika cinta dan kasihkan Rasulullah ikut sunnah Rasul dan tinggalkan apa yang di larang….anak2 sedari kecil tanam cintakan Rasul…baca sirah2 Rasul..anak2 perempuan di ajar tutup aurat sedari kecil lagi…bila dah baligh ajar halal dan haramnya…kita di ajar jangan PEGANG babi haram..tp pegang lelaki perempuan(lebih dasyat buat benda terkutuk)lebih haram lagi kerana tak boleh nak samak,melainkan dengan taubat nasuha………macam2 kejadian berlaku tanda2 kiamat kecil sudah bermula..malam tadi tengok tak halaqah?sungguh terkesan di jiwa..getaran dan air mata sedihnya ya Allah…. sayangkah kita kepada RAsulullah?kalau syg kenapa tak ikut apa yg di ajar RASULULLAH? kenapa masih ada yg menghina Rasulullah?….

MANUSIA JENIS SETAN AGAKNYA….

Azab Syafia
Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my

JENAZAH Syafia Humairah dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Kuala Kubu Bharu, semalam.

Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.

“Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu.

“Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan.

“Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.

Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu.

Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah.

Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.

“Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang.

Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu.

Dosa bersekedudukan dikongsi semua

KUALA LUMPUR: Dosa pasangan bersekedudukan turut ditanggung ibu bapa mereka termasuk masyarakat jika membiarkan perbuatan terkutuk itu terus berlaku.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Khir Jamil Baharom berkata, pasangan wanita lelaki yang tinggal bersekedudukan memang terbukti mereka bersalah kerana tinggal bersama tanpa akad nikah tetapi ‘saham’ itu dikongsi ibu bapa dan masyarakat jika tidak ambil peduli dan membiarkannya.

“Ibu bapa perlu ambil tahu bagaimana anak mereka bernikah, bila tarikhnya, siapa wali atau siapa izinkan. Mereka bersekedudukan memang bersalah tetapi paling penting masyarakat prihatin dan ambil perhatian perbuatan terkutuk itu dapat ditegah.

“Tidak hanya membabitkan mana-mana kes tetapi isu pasangan bersekedudukan amat merisaukan dan perkara itu perlu ditangani supaya tidak terus berleluasa,” katanya.

mengulas kes seorang ibunya yang tinggal bersekedudukan dengan kekasihnya sehingga menyebabkan anak perempuannya berusia tiga tahun mati dipercayai disepak dan ditendang oleh teman lelaki dalam kejadian di Ulu Yam, dekat Batang Kali, Khamis lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pengeluaran Kad Nikah 1 Wilayah 1 Jam dan Pelancaran Logo Rasmi Jawi di sini semalam. Hadir Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Februari 2010
I S R K J S A
« Jan   Mac »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: