bila hatiku berbicara

teruskan perjuanganmu

Posted on: Februari 26, 2010

Wardina tak takut

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my



NAMA pelakon dan pengacara terkenal Wardina Saffiyyah tiba-tiba meledak gara-gara kelantangannya bersuara mengkritik senario yang berlaku dalam industri hiburan. Selepas itu, muncul pula isu dia berjumpa dengan orang kuat parti pembangkang. Rentetan dua peristiwa itu menjadikan nama Wardina panas.

Cemuhan dan kritikan diterima seperti gerabak keretapi, tak berhenti, termasuk mendakwa kelantangannya itu sebagai pencetus kepada publisiti murahan.

Tetapi mengenal seorang Wardina Saffiyah, wanita berusia 31 tahun ini bukanlah seorang yang gila publisiti dan bercakap tanpa berfikir panjang. Setiap kata yang terluncur keluar daripada mulutnya di susun rapi, katanya bimbang akan mengguris hati orang lain.

Namun akuinya, gara-gara kelantangan tersebut, dia sendiri agak kaget dengan penerimaan orang sekeliling. Tetapi sebagai hamba Allah, dia reda.

“Saya tidak takut dengan penerimaan orang kerana saya tahu setiap apa yang kita buat akan ada dua respon. Satu akan puji dan satu lagi akan kritik. Kritikan akan membantu saya menjadi orang yang lebih baik.

“Jika semua orang asyik puji pun susah juga. Bila saya dikritik oleh sesetengah pihak yang tidak senang dengan kelantangan saya bersuara, saya sedar ada perkara yang harus dibuat dengan hati-hati seperti mengeluarkan pendapat,” ujarnya yang ditemui dalam satu sesi fotografi khas baru-baru ini.

Meskipun begitu, ibu kepada tiga orang anak itu tidak sesekali takut atau berhenti untuk bersuara mengikut gerak hatinya. Baginya, bergelar selebriti, maka dia disusuli dengan satu tanggungjawab besar yang merupakan satu anugerah yang jarang diperolehi oleh orang lain.

WARDINA turut memberitahu pendapat yang diberikan adalah lambang kasih sayang buat pelapis industri seni dengan harapan mereka juga bangga menonjolkan jati diri seorang Islam.


Justeru, dia menggunakan sepenuhnya peluang itu untuk membawa peminat dan orang ramai ke arah kebaikan. Jelasnya, perkara paling ditakuti apabila ada orang menyalahertikan niatnya itu.

“Jadi selebriti bukan sekadar ada bakat seni tetapi juga pakej dengan tanggungjawab yang berat. Saya tidak kata saya baik sangat, saya pun ada kekurangan sebagai manusia biasa. Selagi saya boleh mendidik dan bawa perkara baik saya akan lakukannya,” kata pengacara program Malaysia Hari Ini itu lagi.

Sungguhpun dia mengkritik segelintir artis tetapi, Wardina tetap bersyukur kerana dia terjebak dalam dunia hiburan. Dia yang kini yang kerap dijemput sebagai panel dalam program ilmiah mengatakan dunia hiburan banyak mengajarnya mengenal ragam manusia serta asam garam kehidupan.

Keberanian bersuara yang diperoleh hari ini juga berpunca daripada dunia hiburan. Tambahnya, jika bukan kerana dunia hiburan dia tidak sedar akan keberanian serta bakat yang dimiliki.

“Masuk dunia hiburan kena berani kerana cabarannya terlalu besar. Jika dulu saya seorang pendiam dan tidak berani bersuara. Sekarang berbeza, semuanya kerana pengalaman,” ujar Wardina lagi.

Idola

Beralih bicara kepada sambutan Maulidur Rasul yang jatuh hari ini, 12 Rabi’ul Awal 1431, Wardina tidak meletakkan ia sebagai sambutan semata-mata tetapi yang paling penting adalah pengisian pada hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. itu sendiri.

Tambahnya, Nabi Muhammad S.A.W. manusia yang dikasihi Allah dan dia yang sepatutnya dijadikan idola dalam hidup.

“Bagi saya Rasulullah seorang yang amat baik dan tidak pernah melakukan dosa. Tetapi sebaik-baik Rasululllah dia dibenci dan dihina oleh kafir hanya kerana ingin mengajak ke arah kebaikan.

“Saya mengambil itu sebagai contoh. Sebab itu bila dikritik dicemuh dan difitnah saya mengambil itu sebagai dugaan. Mana yang baik saya ambil, perkara yang buruk dan bertujuan untuk jatuhkan saya, saya tolak ketepi. Saya berfikiran positif dan saya selesa menjadi diri saya sendiri,” tuturnya.

Tegasnya lagi, dia juga mendidik anak-anaknya supaya mengenali Rasulullah dengan lebih dekat melalui cerita dan bahan bacaan.

TIDAK menolak untuk terlibat sebagai penceramah bebas kelak.


“Anak-anak sekarang kalau sebut kartun, semua jenis kartun mereka pandai sebut. Jadi, apa salahnya kita sebagai ibu bapa terapkan perkara yang sama kepada anak-anak, apa yang bezanya adalah ia tentang Rasulullah.

“Kata orang, tidak kenal, maka tidak cinta. Insya-Allah, kalau anak-anak kita mengenali Rasulullah dengan cara yang betul mereka akan menjadi seorang anak yang baik,” terangnya yang sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang psikologi.

Apabila ditanya mungkinkah dia akan menjadi salah seorang penceramah bebas yang terkenal pada masa hadapan kerana dia dilihat semakin kerap menerima undangan sebagai penceramah, Wardina hanya tersenyum.

Katanya yang bakal lahir dengan sebuah buku nukilannya yang dijangka dipasarkan sempena sambutan Hari Ibu pada Mei depan, dia memang sedang merancang ke arah itu (penceramah bebas) tetapi masa hadapan tidak boleh diramal. Apa yang mampu dilakukan hanya merancang dan membuat persediaan.

“Saya mengaku memang sekarang saya sedang ke arah itu (penceramah), sebab itu sekarang saya banyak belajar tentang agama. Mana tahu, ilmu yang saya belajar itu boleh membantu orang lain pula.

“Dunia ini hanya sementara, hidup tidak lama. Saya mahu bila saya meninggal dunia kelak, orang akan kenang perkara baik yang saya lakukan kepada masyarakat,” katanya yang memegang falsafah lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita menerima.

Advertisements

3 Respons to "teruskan perjuanganmu"

Tok Guru Nik Aziz ikon ulama – Amy Search Harakahdaily

PETALING JAYA, 1 Mac: Ikon rock tanah air, Amy Search menjadikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ikon ulama kerana mempunyai sikap kesederhanaan dalam kehidupan.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaacob sebagai pengerusi pada majlis forum yang bertajuk ‘Islam Untuk Semua’ anjuran Masjid Kota Damansara, dekat sini, malam tadi.

Turut menjadi ahli panel pada forum yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 itu ialah pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.

Baginya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama yang amat dihormati dan mudah didampingi yang pernah menjemputnya ke Kelantan untuk menyampaikan ceramah kepada golongan muda.

Pendapat beliau itu turut disokong oleh bekas penyanyi kumpulan rock, Ringgo yang menghormati pendirian Menteri Besar Kelantan itu sebagai ulama.

Beliau turut membuat persembahan pada majlis tersebut dengan menyampaikan sebuah lagu berunsur Islam.

Sementara itu, Amy juga menyeru golongan ulama supaya mendampingi artis bagi mendorong ke arah yang lebih baik.

“Saya harap ulama, ustaz-ustaz dampingi kami (artis), tanpa ulama tegur kami, kita mungkin lalai,” ujarnya.

“Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….” (HR. Muslim no. 2699)

Salam KENAL dan Saling MENGUNJUNGI serta SALING BERBAGI…
Wah…WEBSITENYA INFORMATIF.Oya, bisa tukeran BANNER/ LINK ga yah…???

http://DUTACIPTA.WORDPRESS.COM
🙄

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Februari 2010
I S R K J S A
« Jan   Mac »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Blog Stats

  • 838,637 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: