bila hatiku berbicara

binatang ke apa ni?

Posted on: April 21, 2010

TELUK INTAN: Seorang remaja perempuan bukan saja menderita kesakitan apabila tangan kirinya patah akibat kemalangan tetapi menjadi mangsa rogol seorang lelaki kejam yang sebelum itu menyembur sesuatu ke mukanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi semalam, mangsa berusia 19 tahun yang menunggang motosikal bersama rakannya berusia lingkungan 40-an, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jalan Pasir Pedamar di Kampung Pasir Pedamar, dekat sini.
Bagaimanapun, sebaik tiba di sebuah sekolah rendah di Jalan Pasar, mangsa menyedari seorang lelaki berbadan sasa mengekori motosikal yang ditunggangnya menyebabkan mangsa bertindak memecut motosikalnya.
Suspek kemudian memintas motosikal ditunggang mangsa sebelum menyembur sesuatu ke arah muka mangsa menyebabkan dia hilang kawasan sebelum terbabas dan jatuh ke tepi jalan.
Timbalan Ketua Polis Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun, berkata mangsa yang juga anak bongsu daripada lima beradik, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai bekerja sebagai pembantu ibunya di sebuah kedai makan.
“Kemalangan itu menyebabkan mangsa patah tangan kiri dan luka di paha kiri, manakala rakannya cedera ringan di badan dan kaki,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang meraung kesakitan, kemudian dihampiri suspek yang bukannya cuba menolong sebaliknya bertindak meraba bahagian sulit mangsa.
Katanya, suspek turut mengugut akan mencederakan mangsa dengan topi keledar jika dia cuba melawan.
“Suspek yang tidak mengendahkan jeritan kesakitan mangsa bertindak mengangkat dan membawanya menunggang motosikal ke sebuah tandas awam tidak jauh dari tempat kejadian.

Sebaik membawa masuk mangsa ke dalam tandas, suspek merogolnya dan melarikan diri selepas kejadian itu,” katanya.
Mohd Zaki berkata, mangsa kemudian berjalan pulang ke rumahnya dalam keadaan kesakitan sebelum memberitahu kejadian itu kepada ibunya yang sebelum itu dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa anak bongsunya itu oleh rakan mangsa yang turut cedera.
Mohd Zaki berkata, ibu mangsa kemudian membawanya ke Balai Polis Teluk Intan untuk membuat laporan mengenai kejadian itu sebelum mangsa dan rakannya dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) bagi menerima rawatan.

~Geramnya  baca berita ni, apa nak jadi dengan Malaysia ni?Wanita-wanita dah tak selamat di luar sana?~

Advertisements

4 Respons to "binatang ke apa ni?"

Binatang kot…………klu manusia mesti dia ada perasaan ingin menolong bknnya menambah dan mengambil kesempatan…………..

Jahat bebenor manusia ni…kesian kat budak pompuan ni..wanita2 zaman sekarang dah tak selamat kat Malaysia ni..hari2 duk dengar berita buruk je…itulah kalau jadi hamba nafsu….

Ini lebih dari binatang…..binatang pun tak sanggup buat macam ini……tanda manusia akhir zaman….dunia dah semakin amat tua….. manusia semakin hilang kemanusiaan…..

…manusia ni tak pakai akal yg di anugerahkan Allah s.w.t. Sedangkan binatang tidak punya akal…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2010
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 835,525 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: