bila hatiku berbicara

Mana nak cari MB macam ni (Air Milo + Nasi Berlauk kat kedai sorg2)

Posted on: April 21, 2010

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR.


Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

SEmoga Allah panjangkan usia Tok Guru...

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..


* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada       publisiti sahaja.


Kataku~ saya bangga jadi anak jati Kelantan..mana ada MB zaman sekarang seperti MB Kelantan.

Advertisements

10 Respons to "Mana nak cari MB macam ni (Air Milo + Nasi Berlauk kat kedai sorg2)"

ya
akak jumpa tuan guru ke ?
kagumnya

Akak tak jumpa Tuan Guru lagi Wanto tp kiriman seorang hamba Allah yg di forwardkan..

Itulah baru pemimpin sebenar……bkn dekat mengundi jer napak batang hidung…….hahaha…..Tok guru memang macam tu…mudah mesra dgn rakyat….

Ya betui tu Ustaz…meme susoh nak jumpo laaa MB lain..

itu la MB ambe, ambe bangga dengannya.

Bila memilih pemimpin berdasarkan agamanya dan akhlak….. maka kita dapat menilai kesungguhannya…..
jadilah kita orang yang bijak memilih……..

betul tu Sumayah..tp kat Hulu selangor mereka di butakan hati dengan pitih…

salam. tahniah kerana dapat jumpa tok guru nik aziz. saya dah biasa jumpa beliau terutamanya bila belajar kat maahad muhammadi lelaki dulu. kerapkali juga bermalam di rumah sepupu di pulau melaka, dekat rumah tok guru. berjemaah di masjid tok guru. semoga Allah panjangkan usia tok guru.

betul tu, tak ada mb yang boleh di contohi sebab dia tidak ada mb yang nak ikut jejaknya termasuk rakan barunya mb negeri terkaya di malaysia.

amim…semoga allah s.w.t pjgkan usia tok guru kito..ambo banggo jd anok jati kelate..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2010
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: