bila hatiku berbicara

Keluarga juvana tuntut penjelasan polis, pemberita

Posted on: April 27, 2010


harakahdaily

Dzulfikar Mashoor
SHAH ALAM, 27 April: Norsiah Mohamad, 60, ibu kepada juvana yang mati terbunuh petang tadi menyuarakan rasa kecewa dengan dakwaan polis serta laporan media kononnya arwah Amirul Rashid Hamzah dibunuh kerana polis mensyakinya sebagai penyamun.

“Bila polis kata (dakwa) anak saya disyaki terbabit geng samun, saya sekeluarga memang tidak boleh terima,” ujar beliau sambil sebak menahan air mata di kediaman mereka sekeluarga.

“Dia anak yang baik, dia pemain ragbi, ahli sukan, semua sukan dia masuk (dan) kalau bulan puasa, dia memang di Surau, kalau pergi (ke) surau, siapa tak kenal dia.”

Disebabkan itu, beliau meminta pihak berwajib memberikan pembelaan yang sewajarnya kepada anak bongsu pada lapan beradik tersebut.

“Saya ibu pada arwah, anak bongsu saya (Aminul) ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.”

“Saya harap anak saya disiasat dengan telus, itu saja,” beliau menambah.

Salah seorang kakak Tuty Syaninza Anum Hamzah, 36, pula mengaku bahawa beliau tidak sedar bahawa arwah memandu kereta milik suaminya untuk keluar bersama-sama kawan sekelas menonton kejohanan bola sepak Eropah.

Beliau mula menyedari apabila suaminya, Muzaffar Mahalli, 36 menghubunginya dan meminta beliau melihat keadaan kereta mereka di luar kediaman.

Pada ketika itu, menurut beliau, kelihatan Polis serta penduduk tempat sedang berhimpun mengelilingi keretanya.

Pun begitu, beberapa pegawai polis, menurut beliau, seakan cuba mengelak untuk memberitahu keadaan sebenar pemandu kereta terbabit, iaitu adiknya.

Sekitar jam 3 pagi, beliau bersama suaminya membuat laporan Polis di Balai Polis Seksyen 11, di sini.

Ditanya tentang wujudnya senjata berupa parang di dalam kereta terbabit seperti yang didakwa Polis dan media, beliau menafi sekeras-kerasnya.

Bagaimana pun, Kamaruddin Hassan, waris terdekat kepada arwah dalam nada yang pasrah meminta Polis menyiasat insiden tersebut serta memberi kebenaran seperti yang dituntut oleh keluarga arwah.

“Biarlah polis siasat, sebelah pihak dah buat laporan, kita pun dah buat laporan, biar polis buat laporan, kita hanya nakkan kebenaran,” ujar beliau di depan lebih 15 wartawan.

Dalam perkara yang berkaitan, selain insiden bunuh yang membabitkan juvana tersebut, integriti polis Oktober tahun lalu turut tercalar oleh kes tembakan liar yang membabitkan seorang balu, Norizan Salleh.

p/s turut bersimpati semoga keluarga mangsa banyak2 bersabar…moga2 kematian remaja ini mendapat pembelaan yang sewajarnya…

Advertisements

7 Respons to "Keluarga juvana tuntut penjelasan polis, pemberita"

kebenaran perlu di cari segera…

saya sebenarnya sebak baca kisah ni…apalah malangnya nasib adik ini di tembak membabi buta…mentang2lah dia polis……tak kanlah budak umur 15 tahun di tuduh penjenayah…polis 1 Malaysia macam ni lah agaknya…ikut sedap depa nak bunuh orang..sedangkan dia tidak ada hak utk mencabut nyawa manusia…mungkin dah ajal adik ni…yg pasti adik ini akan bertemu polis ini di mahkamah Allah..ALLAH HU AKBAR…

Kematian Aminulrasyid satu pembunuhan – peguam
Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 28 April: N. Surendran (gambar kanan), peguam bagi keluarga Aminulrasyid Amzah (kiri) remaja yang ditembak polis berkata, apa yang berlaku kepada mangsa adalah satu pembunuhan.

“Kita melihat ini sebagai satu pembunuhan,” ujar beliau semalam dalam suatu kenyataan media di kediaman Aminul.

Menjawab soalan pemberita, Surendran berkata, insiden yang menimpa Aminul sama motifnya dengan yang berlaku kepada Norizan Salleh yang ditambak lebih lima das tembakan oleh polis pada Oktober lalu.

“Ya, kes ini lebih kurang sama dengan kes tembak Norizan Salleh tahun lepas,” tambahnya lagi.

Menyifatkan kes itu sebagai berat, polis katanya tidak cukup hanya mengeluarkan kenyataan sedang menyiasat, sebaliknya mahu polis mengambil tindakan tegas kepada anggota polis yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau yang juga peguam bagi pihak Norizan berharap polis dan Menteri Dalam Negeri supaya tidak mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap kes Aminul sebagaimana yang dilakukan mereka ke atas kes Norizan sebelum ini.

“Kita juga minta semua polis yang terlibat dikenakan tindakan yang tegas,” katanya lagi.

Beliau turut menjelaskan bahawa pasukannya sedang menyiapkan persiapan penghujahan sebelum memfailkan kes pembunuhan Aminul di mahkamah.

“Sekarang ini, kita sedang berbincang dan mendapatkan maklumat penuh,” jelasnya beliau lagi.

Turut menyertai Surendren, Latheefa Koya (peguam, Ketua Penerangan PKR) dan Cik Puspawati (Peguam Muda).

Ekoran memandu kereta tanpa mempunyai lesen memandu Isnin lalu, juvana terbabit dilaporkan media ditembak di kepala sehingga mati oleh polis.

Bagaimana pun, seorang juvana yang turut bersama Aminul ketika insiden tersebut berlaku berjaya melepaskan diri.

Dalam laporan polis semalam, juvana terbabit yang kini dianggap sebagai saksi utama kes pembunuhan tersebut, mendakwa polis menendang beliau walaupun pada asalnya beliau telahpun bertindak untuk menyerah diri.

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!
Hamba Allah

Peristiwa polis menembak mati pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia adalah rentetan perbicaraan terbuka rakyat terhadap pasukan keselamatan negara di bawah Musa Hasan.

Sepanjang perkhidmatan Musa Hasan sebagai ketua Polis negara terlalu banyak kes melibatkan kematian di tangan polis. Siapa yang bersalah masih tiada jawapan.

Kes terbaru melibatkan pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia mengejutkan kerana pelajar itu tidak memiliki senjata api. Ia di bawah umur.

Tiada bukti selain dakwaan anggota polis pelajar tersebut menyerang. Jika betul serangan dengan senjata parang, mengapa perlu ditembak hingga mati sedangkan dari laporan , anggota polis terbabit melebihi dua orang.

Atas apa alasan sekalipun, pembunuhan pelajar bawah umur tanpa senjata api sangat memilukan. Berbagai persoalan timbul, apakah pelajar terbabit memiliki kes jenayah sebelum ini hingga satu tindakan kejam begitu dilakukan?

Apakah tiada cara lain selain menembak? Apakah polis yang cekap tidak mampu menangani pelajar 15 tahun yang hanya dikatakan bersenjata parang panjang?

Lebih menimbulkan persoalan ialah dakwaan rakan pelajar terbabit bahawa pihak polis telah menembak kereta mereka ketika memotong MPV polis. Rakan pelajar terbabit mendakwa polis membelasahnya beramai ramai dan beliau sempat lari.

Sebagai rakyat Malaysia, tentunya kita amat sedih dengan apa berlaku. Lebih memilukan ia berlaku terhadap seorang pelajar melayu di bawah umur. Tindakan kenyataan pihak polis ketika siasatan masih dijalankan juga suatu tindakan diluar peraturan.

Kita amat berharap agar siasatan yang telus dijalankan serta memberi keadilan . Jangan ada usaha menutup kesalahan terutama pihak polis. Jika rakyat meragui siasatan tersebut, kesannya amat besar.

Hilang kepercayaan kepada pihak polis akan menyebabkan kesan yang serius. Kita adalah negara yang mempunyai undang undang dan BUKAN NEGARA POLIS!

Sumber Harakah daily…..

Tembak: Najib, Hishammuddin mesti pandang serius
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 April: Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memandang serius kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati ditembak anggota polis, pagi kelmarin.

Presidennya, Mohd Idris Mohd Yussoff berkata, pihaknya berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes itu seadil-adilnya.

“Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan bahkan masih ada yang belum diselesaikan.

“Dalam kes allahyarham Adik Aminulrasyid, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, pagi ini.

Menurutnya, keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.

Berikut ialah kenyataan penuh Gamis:

Pendahuluan

Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian allahyarham adik Aminulrasyid, 15 tahun, pelajar Sekolah Menegah Seksyen 7, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun namun dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda dan polis bertindak melepaskan tembakan yang membunuh Aminulrasyid.

Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrasyid yang ada bersama allahyarham dalam kereta semasa kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, kawan yang sebaya dengan allahyarham menegaskan Aminulrasyid dalam ketakutan apabila terlanggar kenderaan lain dan memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrasyid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi ini melaporkan beliau kemudian dipukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.

Pendirian Gamis:

Justeru, dalam kes ini, Gamis berpendirian:

1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. Gamis berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan tambahan pula, kalaupun allahyarham Adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana kerana masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam. Kemungkinan ianya turut menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.

2. Gamis ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam kenyataan media sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.

3. Gamis juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. Gamis amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. Gamis berharap perkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.

4. Gamis berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. Gamis berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan bahkan masih ada yang belum diselesaikan. Dalam kes allahyarham Adik Aminulrasyid, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.

Penutup

Gamis turut bersedih dalam isu ini serta ingin mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. Gamis juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.

kpd ibu bapa harap2 pedulikan di mana anak2 kita berada, ada dalam bilik ke takde ke……anak2 zaman sekarang beraninya tahap luar biasa..kalau dah jadi macam ni menyesal tak sudah…

zaman kita tak sama dengan zaman sekarang……kita dulu tak berani keluar malam..kalau keluar mengaji malam2 di temani abang dan kakak…habis mengaji balik rumah..kalau nak pergi tengok tv rumah jiran abang dan kakak ikut sama …

mungkin dah takdir adik ni ..apa2 pun redha..berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul…Al Fatihah…

pertama kali alfatihah untuk allahyarham dan takziah untuk keluarga allahyarham. apa yang saya dengar polis terbabit ditukarkan ke bahagian lain BETUL ke? sepatutnya polis tersebut direman untuk siasatan dan di bicarakan…

kalau benar bagaikan di kata memang tidak adil untuk allahyarham adik Aminulrasyid. Baru2 ni saya bersembang dengan seseorang…bukan niat sebenarnya hendak mengeluarkan topik ni..tp entah macam mana saya kata kesian kan kat remaja yg kena tembak tu? Jawapan yang amat mengecewakan keluar dari mulutnya..dah budak degil…siapa suruh lari….
tersentuh hati saya sebab dia kata budak degil..sedangkan kita tidak kenal adik ini..kita tidak kenal keluarga ini..keluarganya yg lebih tahu tentang arwah.,.kenapa sesuka hati mengatanya degil..inilah kalau dah selalu sangat menonton buletin tv3 dan rtm…percaya bulat2 apa yg media kata)..

entah mengapa saya rasa emo…saya kata memang saya tak dapat maafkan polis tu tembak org sesuka hati..bukan budak itu penjenayah…andai kata kalau keluarga kita di tempat mereka apa perasaan kita? dia kata selama ni pun berapa ramai polis yang kena langgar kat penjenayah….tp saya kata ini melibatkan nyawa…orang…apakah bagi mereka nyawa manusia sudah tidak ada nilainya lagi…sedih sekali….

rupanya hamba Allah ini adalah adik kepada salah seorang yg bergelar datuk yg kerja di Bukit aman…kini baru kutahu…tp walau bagaimanapun sy tetap baik dengannya…selepas ini sy akan berhati2 bila bercakap dengannya…saya dah faham semuanya….

bila saya ajak isterinya pergi belajar fardu ain dan dengar kuliah dhuha, mengaji al quran…balik2 dia labelkan semua itu melibatkan politik…sedangkan sedikitpun tidak di sentuh tentang politik…..

Penceramah seperti Ustaz Zamri Zainulddin…Ustaz Uda Kassim dll tidak pernah menyebut tentang politik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2010
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 853,974 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: