bila hatiku berbicara

Pelihara maruah diri

Posted on: Jun 4, 2010

MARUAH dan harga diri mesti dijaga dalam kehidupan setiap Muslim. Tanpa maruah dan harga diri, seseorang itu akan mudah terjebak ke kancah maksiat atau terjerumus ke lembah kehinaan.

Justeru, dalam kehidupan orang Melayu akhlaknya berteraskan kepada ajaran Islam. Melalui didikan akhlak seseorang itu akan dapat menjaga maruah dan harga dirinya. Selain itu, sifat malu menjadi separuh daripada iman yang membentengi akhlak dan maruah dirinya.
Dalam Islam maruah lebih menjurus kepada keimanan. Orang yang beriman akan sentiasa menjaga maruah dan harga dirinya. Oleh itu, elakkan daripada perbuatan tingkah laku yang rendah dan akhlak tercela. Setiap Muslim diingatkan supaya menghindari melakukan perbuatan dosa dan tingkah laku yang memalukan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Iaitu, mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji, kecuali kesalahan-kesalahan kecil. Sungguh Tuhanmu Maha luas ampunan-Nya. Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu daripada tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (Surah An-Nam: 32) Sebagai umat Islam yang berakhlak mereka akan sentiasa menjaga maruah dan harga diri dengan menghindari perbuatan yang boleh merosakkan akhlaknya. Allah memberi peringatan yang jelas melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta dipertanggungjawabkan.” (Surah Al’Isra’: 36) Peringatan dan ingatan ini hendaklah dijadikan panduan dalam kehidupan yang penuh cabaran ini. Kehidupan pada akhir zaman memang banyak dugaan kepada setiap orang. Hanya keimanan dan akhlak yang baik akan menjaga hati dan dirinya tidak terjebak kepada perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah dan harga diri.
Dalam menjaga maruah diri, jangan letak diri kita di tempat yang bukan tempatnya. Hindari daripada bercampur-gaul dengan orang yang berakhlak buruk dan orang yang tidak pernah bosan mencaci, memfitnah dan mengumpat orang lain.
Jadilah Muslim yang mempunyai akhlak tinggi dan terpuji, jangan menjadi hamba kepada perut dan hamba kepada nafsu sendiri. Miskin harta bukanlah suatu kecacatan atau kelemahan. Tetapi kecacatan dan kelemahan yang sebenarnya adalah kerana ketiadaan maruah diri. Seseorang itu akan dipuji kerana keelokan perangainya bukan kerana kecantikan dan kekayaannya.
Jagalah maruah dan harga diri daripada menjadi orang yang meminta-minta tanpa berusaha terlebih dulu. Seseorang yang sihat, mampu dan bertanggungjawab mencari rezeki untuk diri dan keluarganya. Jika membantu orang lain yang dalam kesusahan, jangan jadikan bantuan itu jalan untuk menghina serta merendahkan dirinya.
Orang yang beriman juga memiliki sifat terpuji memaafkan orang yang pernah menganiayai dirinya pada ketika dia dapat membalasnya. Amat terpuji orang yang berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat jahat kepada anda walaupun anda lebih kuat daripadanya untuk membalas kejahatannya.
Sentiasa berkata benar dan tegas sebagai tanda sifat terpuji walaupun dalam keadaan miskin dan papa. Mendidik diri dengan sifat mulia mestilah dimulai dalam diri sendiri. Seseorang yang mempunyai maruah dan harga diri akan sentiasa berpegang kepada kebenaran dalam hidupnya.
Sebahagian daripada kemuliaan diri, selalulah bermuka manis, bersopan santun dan berpakaian kemas dalam pergaulan. Sifat-sifat ini juga sebagai petanda orang yang bermaruah dan mempunyai harga diri. Elakkan daripada mengeluarkan perkataan kotor serta memfitnah orang lain.
Ingatlah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Orang beriman dengan orang beriman yang lain adalah seperti satu bangunan, antara satu sama lain saling menguatkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Seseorang yang beriman sentiasa menjaga maruah dan harga dirinya. Selain itu, sentiasa menjaga keluarga, agama, bangsa dan tanah airnya daripada dihina dan dijajah. Bimbingan dan didikan akidah, ibadah dan akhlak mestilah dilakukan sejak seseorang itu masih kecil dan berterusan hingga dewasa.

Keimanan dan akhlak mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Ini jelas daripada sabda Nabi yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Ahmad) Menurut Imam al-Ghazali, manusia itu ibarat sebatang pokok dengan akarnya ialah akidah, batangnya (kefarduan), daun-daunnya (amalan sunat), maka buah atau batangnya itulah yang dikatakan akhlak.
Sebab itulah manusia yang berakhlak dalam Islam dianggap orang yang menyempurnakan agama kerana akhlak melambangkan keindahan Islam. Daripada Abdullah ibn Umar r.a, katanya, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya.
Tumpuan, pengajaran dan pembelajaran di sekolah juga memfokuskan kepada akhlak yang baik dan sempurna dapat ditanamkan dalam pemikiran, hati dan diri pelajar seterusnya menjauhkan mereka daripada akhlak keji yang menjatuhkan maruah dan harga diri.
Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu.

Advertisements

4 Respons to "Pelihara maruah diri"

kini ramai remaja yg tidak pandai menjaga maruah diri..sehingga sanggup mereka menjatuhkan maruah rakan2 di hadapan bukan muhrim..dilarang takut dikatakan tidak sporting namun ia amat memalukan apabila aib diri di ketahui org..

skrg nie dah susah nak cari bdk pmpuan yang masih lagi ada harga diri..haiya!!! aperw nak jadi ngan dunia skrg

ini pengalaman betul yang berlaku padaku……aku berumur 38 tahun dan baru bekerja selama 3 bulan disyarikat berbangsa cina,masalah sejak awal bulan ini kawan aku staf perempuan sering dimaki dan dihina oleh bos cina mengatakan”kamu ni bodoh setengah mati”…..lalu awal bulan ini staf perempuan tu berhenti…..sekarang ni giliran aku plak nak kena maki cam tu….baru hari ni berlaku satu kes aku dimarahi bos kerana satu perkara yang tak masuk akal iaitu aku disuruh menghantar barang keteluk intan mengunakan syarikat transport yang biasa digunakan oleh syarikat aku,aku keluar dari pejabat kul 3.30 ptg tadi dan selang lepas 10 minit aku pun sampai disyarikat transport dan aku meminta staf disitu menaikkan barang yang aku bawa….bila barang yg aku bawa sudah dinaikkan dan siap utk dihantar,lalu bos aku pun menelefon aku membawa barang itu balik ke ofis,bila tiba di ofis aku dimarahi serta ditengking oleh bos…..apalagi aku pun naik angin lalu aku pun memaki bos cina”butuh la bos kerja cam ni,aku berkata saya berhenti” lalu aku start motor terus blah meninggal bos aku….dulu aku pernah bekerja dengan orang masa umur aku 30 kebawah dan sejak aku berkahwin umur 31 keatas hingga awal umur aku 38 aku berniaga dan atas sebab yg tak dapat dielakkan meniaga aku tersadai….sebab tu aku bekerja ditempat yg baru ni……masalahnya disini bos cina itu sering memijak-mijak maruah bangsa melayu dibuat macam anjing,kawan aku yang sudah lama bekerja sering disalahkan dan dimaki tak tentu hala,aku yang baru terkena sejak mula bekerja aku patut melawan bos cina tu bukan utk tunjuk hero atau kuat kerana aku merasakan bangsa aku diperbodohkan oleh orang cina dan staf yg lama itu tak berani nak melawan sangat sebab terikat dengan hutang company serta baru berumur 28 tahun…..bukan apa aku tengok masa umur aku 30 an dulu aku bekerja tapi masa tu cina tak berani lebih-lebih dengan orang melayu dan aku lihat pemuda yang berumur 30 an kebawah tak berani nak melawan dengan majikan cina kerana pentingkan karier,duit walaupun maruah diri dan bangsa dipijak dibiarkan begitu sahaja,wajarkah perbuatan aku melawan kerana aku sedar maruah bangsaku dipijak2 dan dipermainkan sedemikian rupa….berikan komen para sahabat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2010
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 845,678 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: